Resepi Mudah Buat 'Meatball Cheesy Carbonara'



Assalamualaikum dan Salam Khamis!


Tiba-tiba jadi craving nak makan! Tsk..tsk..(sambil usap perut).

Cuba teka berapa bilangan meatball di dalam! 

Hari ni mahu kongsi resepi Meatball Cheesy Carbonara atau Meatball Lasagna atau Baked Carbonara Meatball Cheese. Wateverlah nak panggil apa. Azie tak kisah. Rasa serupa je. Menu ni selalu jumpa di butik vendor kan. Harga jual lingkungan RM11-13 kan. Rupanya cara buatannya sangat mudah, ringkas dan senang. Resepi Azie ambil di Facebook (lubuk resepi). So lepas ni boleh buat sendiri di rumah, makan seisi keluarga. 

Bahan-bahan
Bebola daging/ayam
1 tin sos preego carbonara mushroom (tin biru)
1/2 cawan fresh milk
1 biji bawang holland(potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu)
Sedikit blackpepper(tumbuk kasar2)
Mozarella cheese/cheese slice pon boleh

Cara buat Meatball Cheezy Cabonara





1. Goreng bebola daging guna sedikit olive oil
2. 1 biji bawang holland dan 1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu). Boleh goreng sekali dengan meatball tadi. Selesai, tutup api.
3. Masukkan meatball, bawang dan capsicum tadi dlm bekas aluminium foil
4. Dalam pan lain, masukkan satu tin sos carbonara mushroom. Masak sehingga mendidih. Masukkan 1/2 cawan fresh milk dan blackpper. Tutup api.
5. Tuangkan sos carbonara  sehingga menutupi meatball
6.  Tabur cheese. Ehemm...cheese lebih pliss! Bakar 10-15minit. Suhu 170°c. Ikut oven masing-masing.
7. Siap untuk dimakan meatball cheesy carbonara kita ni. Jemput makan semua...Nyuuums! (lap air liur)

Sempoi je resepi ni. I like. Sebelum makan tu, bubuh blackpepper sikit, tabur serbuk cili cikit. Kalau ada mixed herbs lagi cun. Memang umpphhh makan panas-panas dengan kopi O panas. ^_^

Selamat mencuba.


9 ulasan:

  1. Wahhh senang. Lepas ni boleh cuba :)
    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurafiqah,
      Sama-sama. Resepi2 mudah macam ni rajinla nak buat. Hihi. Selamat mencuba ya=)

      Padam
  2. sedappp! tertelan air liuq pagi2 ni,. hahaha
    sos prego tu ada gmbr tak kak? hehe

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Emy Effendi,
      Hai Emy darling! Nampak je sedapp tu. Ahaks.
      Silakan kalau nak share. Sharing is caring kan.
      Ok nanti akk ambik gambar tin tu tepek kat sini ya. Tungguuu...

      Padam
  4. bahan2 tu utk 1 hidangan ye..maksudnya 1 tin sos carbonara mushroom tu hanya utk 1 hidangan je ke?tq 😊

    BalasPadam
  5. sis. kalau ditukar kepada sos cheese tin kuning boleh ke ?

    BalasPadam
  6. Klw nk tkar kaedah bakar kpda kaedah kukus blh ke

    BalasPadam