21 Tempat Menarik di Melbourne Australia


Assalamualaikum dunia...dan Salam Ukhuwah kepada yang baru bertandang!



G'Day mate!

Hello Melbourne. Tiba-tiba rindu Melbourne. Dalam banyak-banyak kotaraya di Australia, simpan angan-angan ke Melbourne. Sebab apa? Sebab rata-rata beri REVIEW yang best tentang MELBOURNE. Melbourne ibu kota Victoria terletak di selatan timur Australia. Ada lebih 4 juta penduduk di sana. Nama Melbourne Australia, tapi penduduk kat sini, dari pelbagai warna kulit, agama dan keturunan. Campur habis semua. Rata-rata muka orang Asia. Paling unik cuaca di Melbourne. Kerap berubah sehingga dipanggil tempat empat musim dalam satu hari!

7 hari Azie & suami backpack ke Melbourne (2014) memang akan terpahat dalam ingatan. Kat sini Azie nak share 21 tempat menarik yang patut anda pergi jika ke MELBOURNE Australia. Let's check it out! 

1. Flinders Street Station

'"Meet me under the clocks". Gitulah ayat pasangan kekasih jaman dulu. Tempat pertemuan di Flinder Street Station. Kini bangunan ni dah berusia 114 tahun (sejak dibuka tahun 1909). Bangunan ini dah macam mercu tanda utama di Melbourne CBD. Bagi yang tak tahu, ini adalah station keretapi. 




Gambar di ambil dengan GoPro

2. Federations Square & ACMI - Australian Centre For Moving Image 

Orang Melbourne panggil Fed Square. Public space tumpuan ramai untuk pelbagai aktiviti. Menjadi tempat beristirehat atau lepak pelancong juga penduduk tempatan. Memang dibuka sepanjang tahun. Australian Centre for the Moving Image (ACMI) terletak di Federations Square. Ada galeri, teater, panggung wayang dan studio digital & animasi. 



3. Hosier Lane 

Legal untuk bergrafiti di tempat-tempat tertentu sekitar Melbourne CBD. Contohnya Hosier Lane, Rutledge Lane, Union Lane, Caledonian Lane, Centre Place. Paling ohsem ia PERCUMA. Boleh cuci mata dan bergambar sepuasnya. Jalan sempit warna-warni inilah menjadi tempat mereka mencurahkan kreativiti mereka. Macam-macam lukisan ada kat sini! Grafiti lama telah pudar sentiasa diganti dengan grafiti baru. 



4. The Nobbies Phillip Island 

Nak tengok kampung halaman Thor (Chris Hemsworth). Sinilah tempatnya. Menjelang matahari terbenam boleh tengok berduyun-duyun penguin terkedek-kedek naik ke pantai pulang ke sarang. Comel sangat sangat. Tapi ada caj dikenakan. Boleh memandu sendiri atau pergi dengan tour. Kami pergi dengan Australia Melbourne Tour. Pakej Phillip Island 90AUD per person. 



5. Maru Koala & Animal Park 

Nak selfie dengan kangaroo boleh datang sini. Jika ambil Philip Island Tour anda akan dibawa ke sini. Mula-mula seram. Takut kena tendang. Bhahaha. Rupanya kangaroo haiwan baik, jinak, tidak agresif dan kiut. Bulunya kasar. Kangaroo suka pegang tangan ketika diberi makan. Awas, kuku kangaroo tajam tau! Walaupun berkaki dua, tapi boleh berlari dengan laju ni. Berani setelah dipaksa oleh Mr Bob si tour guide. Hiks. 



6. Kennet River 

Jaraknya 174km dari Melbourne. Anda boleh jumpa tempat ni dalam perjalanan ke Great Ocean Road. Kennet River merupakan tempat terbaik untuk lihat hidupan liar di Australia seperti burung corella, burung warna warni macam pensil color luna, koala dan juga kookaburra di hutan tepi jalan. Cool kan. Takperlu ke zoo nak tengok semua binatang ni. Jinak pulak tu. Eh seronok pulak layan burung ni. Terima kasih Mr Bob sebab siap sedia makanan burung. S.E.R.O.N.O.K tak terkata. 



7. Wye River 

Sebuah pekan kecil di Victoria yang terletak lebih kurang 155km dari Melbourne. Terletak di antara Lorne dan Apollo Bay. One of the most spectacular sections of the Great Ocean Road. Anda boleh juga memandu sendiri ke sini. Tak perlu buat IDP (International Driving Permit) untuk ke sini. Cara memandu mereka sama dengan di Malaysia (belah kanan). Yang perlu ada hanyalah Terjemahan Lesen. Pergi sahaja ke JPJ dan katakan mahu terjemahan lesen ke B.Inggeris. 



8. Great Ocean Road 

Kalau pergi Melbourne route WAJIB pergi ialah Great Ocean Road. The Great Ocean Road is one of the world's MOST SPECTACULAR drives. Jalan ini dibina antara tahun 1919 dan 1932 sepanjang 243km dari Torquay hingga ke Allansford. Nak tahu menakjubkan yang macam mana? Kena datang tengok dan feel sendiri. Kami ke sini dengan Melbourne Australia Tours. Pakej ke Great Ocean Road 75AUD per person. 



9. Port Campbell National Park - The Razorback Formation 

Keajaiban pembentukan dan formasi batu-batan yang terjadi akibat hakisan angin dan ombak. Batu ni rupanya macam mata pisau cukur. Sebab tu nama Razorback. Ahaks. Jangan risau anda akan dibawa ke sini jika ikut tour. Cuaca di sini panas tapi sejuk dingin. 



10. Port Campbell National Park - Loch Ard Gorge 

Sebahagian daripada Port Campbell National Park. Boleh turun ke bawah dengan tangga yang disediakan untuk melihat batu-batu secara dekat. Seronoknya dapat jejakkan kaki di pasir. Pasir di sini kasar dan dalam. Memang memerlukan stamina nak menapak sampai ke gigi air. 



11. Twelve Apostles 

Tunggul batu macam ni pun tersangat cantik tau. Ini bukan sebarang batu. Batu di sini ada 12 semuanya. Kini tinggal 7. Batu terakhir runtuh 10 tahun lepas disebabkan hakisan dan angin yang kuat. Lagi unik tengokla tebing di sini berjujukan. Boleh naik heli untuk lihat pemandangan spectacular dari atas udara. Rugi sangat tak naik aritu. Sebab tak tahu dan tak cukup bajet. Boleh request kepada tour. Tour akan bawa ke tempat heli. 



12. Puffing Billy Steam Train 

Kalau pergi Melbourne, silalah pergi sini. Sebab ini keretapi lama dari zaman 1900 dulu. Dah lebih 100 tahun umurnya! Walaupun dah tua tapi mampu bawa beribu-ribu penumpang setiap hari. Pastu keretapi kat sini ada keluar asap kepol-kepol dari serombong! Memang klasik sangat. Paling best boleh julur-julur kaki sambil layan scenery hutan Australia yang lawa gile dan angin sejuk dingin menyapu-nyapu pipi gebu korang. Dalam perjalan jangan lupa lambai dengan meriah kepada penduduk tempatan yang lalu lalang atau di dalam kereta yang berhenti untuk beri laluan kepada keretapi. Mereka sangat excited melihat anda! Entrance fee 29AUD per person. 



13. Grant's Picnic Ground

Tak jauh dari Puffing Billy Steam Train. Tempat berpiknik. Kat sini kami makan mee goreng dengan sandwich roti gardenia. Aman damai tenang sejahtera rasanya. Tiada sampah sarap dan sangat bersih. Lepas makan semua pelancong kemas sendiri tempat berpiknik dengan bersihnya. Kenapa orang-orang kat sini boleh buat macam tu tapi tidak orang-orang di Malaysia? Masalah attitude. Oh, boleh solat di sini. 



14. Tesselar Tulip Festival 

First time tengok, sentuh dan bau tulips. Tak payah Amsterdam dah nak tengok tulips. Ada setengah juta tulip di ladang ini. Meh ke Melbourne. Tapi hanya dibuka untuk waktu tertentu sahaja. Tahun 2016 bermula 8 September - 4 Oktober 2016. Make sure terbang ke Melbourne pada waktu itu! Kalau tak melepas la nak tengok tulip. Harga tiket 22AUD per person.



15. Shrine Of Remembrance 

'Shrine' bermaksud kuil, tempat keramat atau tempat suci. 'Rememberance' bermaksud ingatan atau kenangan. Di Australia, Shrine of Remembrance untuk menghormati pengorbanan prajurit ANZAC (Australia and New Zealand Army Cops) yang terkorban di medan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kiranya macam Tugu Negara la kalau di Malaysia. Dibuka setiap hari mulai pukul 10 am - 5.00pm. Tempatnya luas dan senibinanya unik. Macam Piramid pun ada. Katanya ia diinspirasikan daripada satu dari tujuh keajaiban dunia iaitu The Mausoleum di Harlicarnassus. Ada Eternal Flame kat sini. Dinyalakan oleh Ratu Elizabeth II pada Februari 1954. Sampai sekarang masih menyala! Oh dan Shrine ni simetri dari setiap sudut! 



16. Flagstaff Gardens 

Flagstaff Gardens. FYI, ini merupakan 'oldest park' in Melbourne. Taman tertua ni selalu menjadi tempat lunch pekerja-pekerja sekitar Melbourne City. Macam seronok je kalau hari-hari dapat lunch kat park macam ni. 



17. Bathing Box Brighton Beach 

Orang kata tak sampai Melbourne kalau tak bergambar kat sini. Sini rumah kecik warna-warni. Ada di tepi pantai. So boleh ambik gambar kat sini dari kotak pertama sampailah berkotak-kotak sampai lebam. Kata Bob (tour guide) colourful bathing boxes ni kepunyaan pemilik-pemilik rumah agam yang berhadapan dengan pantai ni yang akhirnya bertukar menjadi tarikan pelancong yang datang ke Melbourne ni. 



18. Queen Victoria Market 

Orang tempatan panggil 'Queen Vic' ataupun 'Vic Market'. Inilah tempat kegemaran pelancong yang datang ke Melbourne. Lubuk beli souvenirs. Queen Vic ni besar jugak. Dah siap segmen ikut bahagian. Ada Fresh Fruit and vegetables, Meat, Poultry and Seafood, Gourmet and Deli foods. Hai kalau tengok buah dengan sayur dia memang segar bugar dan murah2. Gebus! Tak lupa juga bahagian yang paling popular di kalangan tourist iaitu bahagian yang jual baju, kasut, jewelleries, art dan banyakla lagi. Queen Vic buka 5 hari seminggu. 



19. Bourke street 

Tempat SHOPPING! Ada H&M (Hennes & Mauritz Pty Ltd). H&M sini besar! Baju untuk kids kat sini HEAVEN! Lokasi: Melbourne's GPO, 350 Bourke Street. Sempat masuk David Jones & Myer. Ala-ala Robinson & Istetan. 



20. Mercy Mission Madinah di Melbourne CBD 

Lokasi : 47 City Road, Southbank Victoria
Tempat solat yang sangat sempurna. Bilik air bersih. Ada pantry. Tempat solat wanita di tingkat atas. Sesiapa pun boleh datang solat di sini. Ada bahan-bahan bacaan. Ada sofa jugak. Bolehla baring-baring membetulkan tulang belikat yang dah bersimpul ni. Pada bulan Ramadhan di sinilah pelajar-pelajar Malaysia datang berbuka puasa beramai-ramai. 



21. Yarra River



Travelogue boleh baca di sini *sentiasa dikemaskini ikut mood*

Thank you for reading ^_^ . Selamat bercuti ke Melbourne, Australia!


20 ulasan:

  1. alhamdulillah azy diberiNya kesempatan ke serata dunia melihat keindahan ciptaanNya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anajingga,
      Alhamdulillah Sis. Bolehla berkongsi catatan yang tak seberapa ini dengan kawan2 yang lain =)

      Padam
  2. salam, boleh tumpang bertanya,harga ticket puffing billy train mmg 29 aud yaa?kenapa begitu mahal harga di website?.ticket walk in murah yaa? saya pening.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Amir, dah pergi Melbourne ke? Sorry lambat-lambat-lambat reply. Saya ada check website;

      Full trip (return) 71.50 AUD kan! yes memang mahal. Tapi itu dari BELGRAVE(stesen pertama) to GEMBROOK(stesen terakhir).

      Maka, ambik jela trip dari BELGRAVE to MENZIES CREEK. Harga baru 32AUD (return) . Hat paling murah sekali. Hehe. Sampai suku trip je pastu patah balik. Nak merasa naik keretapi wap jaa...itu pun dah cukup seronok!! Sampai hujung nanti bosan pulak.

      Padam
    2. assalam azyyati..apr 2017 nak pegi melbum..food blh bawa tak.

      Padam
  3. Salam tumpang tanya, bila ye awak pergi ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Miss Q. Saya pergi Oktober 2014.

      Padam
    2. Salam, boleh tumpang tanya.... sepjg di Melbourne ada tak kenal atau contact sesiapa kalau nak cari bilik student sewa. Anak saya nak belajar di Melbourne Feb17 nanti. Tk

      Padam
  4. Salam sis itinerary yg sis buat tu mcm tu je ke...masa nak tunjuk kat immi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Rozie, yup iti macam biasa. Alhamdulillah immi tak tengok pun dan tanya apa pun. Cop je terus jalan.

      Padam
  5. nakntanya betul ke immigresenbsananketat sgt2 dan akan soal mcm2 nnt kt kaunter & bab hal duit utk.masuknkesana minimum yg dibenar 500aud dannke atas ke mcm mana ?

    BalasPadam
  6. salam sis, kalau sis tak keberatan, ada iti pdf file or words or pape je? boleh emailkan ke sy tak? hehe. amiemalek@yahoo.com

    BalasPadam
  7. ciee awak ni comelnyee.. salam from indonesia ya umi

    BalasPadam
  8. mahal kali umii.. kite ni tak de money laa.. slippe pun tak de. boleh saran tempat murah kah?

    BalasPadam
  9. Tumpang iklan ya..

    - VISA AUSTRALIA (ETA) - Visitor Visa
    ✔️ Hanya perlu wasapkan Detail PASSPORT
    ✔️ RM35 bagi setiap pasport - siap baru bayar.
    ✔️ Visa siap dalam masa 24 jam

    ☎ https://www.wasap.my/60133138587
    ☎ http://visaaussie.wasap.my

    BalasPadam
  10. salam sis.. nak tanya, sepanjang sis berada di sana. sis sewa kereta ke? atau semuanya guna khidmat tourist guide? ada website tourist guide tu tak?

    BalasPadam
  11. Salam mase sis pergi oktober tu should be spring kn.. Sejuk tak sn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dear. Yup spring. Sejuk esp kalau pergi ke Philip Island or GOR.

      Padam
  12. Hai. Salam perkenalan sis. Tq for the sharing. Banyak membantu saya semasa di sini. Tq again.

    BalasPadam