Assalamualaikum dan salam 2016!
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Masih di hari KELIMA di SEOUL dan hari ke-9 di Korea Selatan. Sambungan dari Day 9 Part 1
Dari Anguk Station Exit 6 untuk pergi Insadong Street atau Insadong-gil. Insadong Street banyak barang-barang traditional culture and crafs Korea. Memang banyak sangat art galeri di sini. Ada lebih 100 art galeri kat sini! Selain tu banyak betul traditional tea & coffee shops. Hari Sabtu start 2pm - 10pm manakala Ahad start jam 10am -10pm. Sebab tu kiteorang pergi hari Ahad. Awal pagi dah buka. Kat sini ada misi yang perlu diselesaikan iaitu mencari handmade Korean ceramic (small vase) dan sudu garfu made in Korea. Setelah survey banyak kedai akhirnya jumpa jugak kedai yang berkenan dan harga berpatutan. Lupe pulak harga berapa. Tak silap 20-25,000W. Alhamdulillah, puas hati. Selain tu, kalau ada rezeki nak beli Hanji (sejenis lampu handmade buatan Korea). Tapi jumpa saiz besar. Saiz kecil mahal harganya.
Jom tengok apa yang menarik dan boleh beli di Insadong!
Dalam Subway tengok orang Korea pakai beg macam kat atas tu buat pergi kerja balik kerja. Nampak style sangat dengan kot semua. So belilah jugak. Hehe. Harga murah je 10,000W tapi made in China. Bahahahaha! Made in Korea, lebih mahal tau. Jauh sangat bezanya. Kualiti pun berbeza. Sebab tak cukup duit beli Made in China punya. Janji rupa bentuk sama. Kita tengokla tahan lama mana. Hiks.
Gambar yang orang kerumun ramai-ramai tu, tengah demo Korean Traditional Sweet. Atau gula tarik. Baru-baru ni viral di FB sebab depa ni pandai cakap Melayu. 'Apa khabar'. Memang pun! Nampak je orang Malaysia 'Apa Khabar'.
Tengahari lunch di Insa-dong Sujebi Restaurant 인사동 수제비 . Ada blogger suggest tempat ni. Try cari dengan google maps. Alhamdulillah jumpa. 'It is a claypot Sujebi and is a traditional Korean noodle soup. The noodles are made with homemade dough, and while noodles are usually cut with a knife.' Masa kiteorang sampai kedai masih kosong takde orang. Tak lama lepas tu beraturrrrrrrr orang nak masuk kedai ni. Wah! Famaous sangat tempat ni. Order Sujebi, 7,000W dan seafood pancake 10,000W. Menu siap ada terjemahan bahasa melayu. Sujebi tu diterjemah sebagai mi tepung bersup kentang. Confirm tulisan orang Malaysia tu. Masha Allah. SEDAP YA AMATS! Memang kena dengan tekak ni. Silalah mencubanya =)
Lepas makan kita masuk mall yang femes dengan keunikan bangunannya di Insadong ni iaitu Ssamziegil Mall. Ada 4 tingkat. Di basement aada galeri, workshop dan restoren. Aras 2 ada kedai-kedai cenderamat yang dibuat oleh pelajar kolej sampaila ke level master carftsmen. Aras 3 ada traditional Korean handicrafts macam baju, aksesori seperti scarft, tali leher, porcelain, ceramic, wooden, metal dan macam2 lagi. Aras 4 ni dah roof top. Ada Yehadoye Guest House. Selain tu, banyak graffiti di dinding esp area tangga. Kreatif! (teringat Hosier Lane - street art di Melbourne!)
Ada lebih kurang 70 buat kedai dalam Ssamziegil ni. Kebanyakkan barang memang traditional buatan tangan made in Korea. Memang syok sangat cuci mata tengok barang-barang unik kat sini. In terms of price pulak, lebih mahal dari Insadong Street. Tapi boleh guna kad kredit.
Kat Ssamziegill Mall ni kene tawaf semua aras. Cuci mata tengok barang2 Korea yang unik-unik. Misi membeli-belah di Insadong telah selesai. Tak boleh nak boros sangat sebab ada banyak lagi tempat shopping nak pergi. Jadi sebelum gerak ke destinasi seterusnya - Itaewon, beli Green Tea Cake di O'SUlloc Tea. Harga 5,000W. Nak merasa di O'Sulloc Jeju dah habis. Alhamdulillah ada rezeki nak rasa di Insadong. Kalau Jeju takda dalam itinerary takpe. Boleh pergi O'Sulloc Tea di Insadong untuk beli green tea =)
Kesimpulannya area Insadong ni boleh beli korean ceramic, sudu garfu made in korea, nail clipper, fridge magnet, shawl dan souvenir lawa-lawa rambang mata banyak di Insadong ni. Carilah sesuatu yang made in Korea ok. Bukan made in China. Hihi.
Kesimpulannya area Insadong ni boleh beli korean ceramic, sudu garfu made in korea, nail clipper, fridge magnet, shawl dan souvenir lawa-lawa rambang mata banyak di Insadong ni. Carilah sesuatu yang made in Korea ok. Bukan made in China. Hihi.
Jomla kita ke Itaewon pulak. Itaewon tak jauh dari Insadong. Ayuh.....
bestnye tgkk :)
BalasPadambestnyaaaaaaaaaaaa pergi korea!! teringin nak pergi. share lah sikit travel tips for family trip. hehe
BalasPadamSaya newbie.. Jemputlah singgah blog saya dan follow! terima kasih..