Assalamualaikum dan Selamat pagi!
Eh Azie ni hari-hari share resepi. Iye. Korang dah bosan dengan sandwich sardin atau tuna. Cubalah sandwich avocado pulak! Belum cuba belum tahu. Ni nak bagi resepi sandwich avocado, hidangan sarapan sihat menggunakan AVOCADO. Mudah dan ringkas untuk keluarga tersayang. Semua resepi yang Azie share yang MUDAH dan RINGKAS aje. Ahaks.
Ini memang antara breakfast kegemaran Azie. Sebelum ni seumur hidup tak pernah makan avocado (kesian kan). Pertama kali makan ketika di Melbourne Aussie. Sepupu Azie sediakan breakfast (roti perancis dimakan dengan avocado, salad & thousand island). Katanya Avocado murah giler! Hanya 1AUD sahaja. Di Aussie atau jika ke New Zealand boleh makan avocado puas2. Iyerlah kat Malaysia ni sebiji harga RM4.90. *ikon menangis. menangis. menangis. lap air mata*.
Avocado ni boleh dibeli di Tesco, Jaya Grocer, Cold Storage. Rasanya kebanyakkan pasaraya ada. Jaya Grocer (pack 3 biji harga RM12+). Rasanya berlemak. Tapi tidak manis dan tidak terlalu tawar. Tau tak, kalau makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan boleh KURANGKAN BERAT BADAN dan RENDAHKAN KOLESTROL. Apa lagi jom makan buah avocado hari-hari!
Avocado ni boleh dibeli di Tesco, Jaya Grocer, Cold Storage. Rasanya kebanyakkan pasaraya ada. Jaya Grocer (pack 3 biji harga RM12+). Rasanya berlemak. Tapi tidak manis dan tidak terlalu tawar. Tau tak, kalau makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan boleh KURANGKAN BERAT BADAN dan RENDAHKAN KOLESTROL. Apa lagi jom makan buah avocado hari-hari!
Bahan-bahan untuk resepi sandwich avocado
Roti Gardenia Putih/Wholemeal (untuk yang diet nak kurus)
Avocado (yang telah masak)
Telur rebus
Blackpepper
Garam
Option:
Kacang almond (ditumbuk)
Kismis kering
Cara-Cara
1. Sediakan bahan-bahannya. Yang ini azie guna 1/2 avocado dan sebiji telur
2. Campurkan semua bahan termasuk balckpepper dan secubit garam.
3. Lenyek sampai hancur
4. Letak atas roti.
Siap untuk dimakan! Jemput breakfast ya semua.
TIPS PILIH BUAH AVOCADO
Kalau untuk resepi di atas boleh pilih yang ripe. Warna hijau kecoklatan dan bila tekan-tekan pada buah tu rasa firm dan tidak lembik sangat. Kulit Avocado kasar dan menggerutu. Lepas belah boleh cedok aje isinya dengan sudu.
Beli masih hijau kulitnya. Avocado warna hijau masih muda dan isi dalam masih keras. Boleh dibuat untuk sup atau salad. Kalau nak peram dulu pun boleh. Lama sangat peram sampai tak ingat avocado ada dalam peti. Sedar-sedar dah masak ranum. Takpe. Boleh jadi jem avocado. Hiks. Sapu je atas roti tu dan makan.
Jangan lupa cuba resepi ringkas ni. Yummy!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan