Autumn 2015 : Day 9 Part 3 | Itaewon (Seoul Grand Mosque, Salam Bakery, Mr Kebab, Muree, Pasha)



Assalamualaikum dan Salam Selasa 2016!

“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Masih lagi di hari ke-5 di Seoul & hari ke-9 di Korea Selatan.



Sambungan dari;

Cara pergi Itaewon dari Anguk
Subway: Anguk – Itaewon (1,250 W) 

Direction: 
1. Anguk -> ke direction Jongno, 5 stations -> Stop di Yaksu -> Jalan kaki 3 minit -> Tukar ke line 6 

2. Dari Yaksu -> ke direction Beotigogae, 3 stations -> Stop di Itaewon -> Exit No.3 

Cara nak pergi Seoul Grand Mosque: Exit 3 di Itaewon Station. Jalan sikit sampai jumpa Mr Kebab/Dunkin Donuts kemudian belok kanan. Terus jalan sampai jumpa Salam Bakery belah kanan. Jalan lagi naik bukit kemudian masuk kiri. Jalan lagi sampai nampak Muree Restaurant belah kanan depan islamic center shop. Untuk ke masjid, jalan je terus sampai hujung jalan nanti akan nampak pintu gerbang masjid belah kiri. (Atau refer goole maps)

Itaewon tempat paling mudah dan banyak pilihan makanan halal di Seoul. Kalau Myeongdong tumpuan utama pelancong dari Jepun, HongKong dan China tapi di Itaewon kebanyakkan mereka dari komuniti Islam Timur Tengah macam Pakistan, India, Arab, Turki. Mereka boleh cakap Bahasa Inggeris dan fasih juga berbahasa Korea. Jadi kalau nak tengok pak arab cakap Korea sinilah tempatnya. Hihi. Boleh nampak wayar elektrik berselirat di sini. Nampak juga banyak bendera dari pelbagai negara digantung sana sini. Ini menunjukkan Itaewon ni memang hub migran asing.

Kiteorang ke sini sebenarnya nak merasa pengalaman solat di Seoul Grand Mosque a.k.a Seoul Central Masjid. Satu-satunya masjid di Seoul. Rugi kalau pergi Seoul tapi tak datang ke sini. Sebabnya pelancong dari negara lain (bukan Islam) seperti Jepun, Hong Kong ada juga ke sini sebab nak bergambar depan masjid. Nampaknya betul-betul terkenal Masjid Besar Seoul ni. Alhamdulillah.

Itaewon ni terletak di tanah tinggi agaknya. Sebabnya lepas Exit 3 tu memang mendaki dah. Nak ke masjid mendaki lagi. Fuhh betul-betul mencabar stamina. Boleh rasa dingin di Itaewon ni melebihi rasa dingin di tempat lain sekitar Seoul. Rasa sejuknya tu sampai ke tulang. Antara perkara menarik yang berlaku di sini, kami jumpa rombongan dari Pakej Andalusia. Selain itu, nampak sekumpulan pelajar uni pelbagai bangsa beragama Islam approach tourist non-muslim, beri mereka hijab percuma dan ajar cara mereka berhijab. Bagusnya usaha murni macam ni. 

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi masjid ini jika anda berkunjung ke Seoul ok! 


Kami singgah di Salam Bakery. Shopping roti untuk supper malam karang. Dalam tu ramai jugak orang Malaysia tengah shopping manisan. Ada baklava lagi. Nak makan masih kenyang makan di Sujebi Restaurant Insadong. Jadi kita tapau kebab di Mr Kebab. Ramai orang kat Mr Kebab ni sebab memang TERAMAT SEDAP pun kebabnya. (aduh tiba-tiba terliur pulak nak makan kebab nih)

Esoknya kami ke Itaewon lagi sekali untuk lunch di Muree. Muree ni restoren makanan korea yang halal. Asalnya nak pergi EID Restaurant. Tapi Hari Isnin EID tutup kedai pulak. Muree ni diusahakan oleh sepasang suami isteri. Si isteri orang Korea, si suami nampaknya orang timur tengah. Si isteri yang tukang ambik order & tukang masak agaknya. Si suami jaga cashier. Eh ini betul-betul restoren jimat kos namanya. Hoho. Kami order Bulgogi (Marinated Grilled Beef) dan sup daging (lupa nama dan lupa harga). Memang sedap makanan Korea di Muree ni. Habis licin tinggal pinggan aje. Hihi.

Lepas tu tapau kebab di Pasha pulak. Nak merasa. Tapi pendapat kiteroang Mr Kebab punya lagi thorbaik. Alhamdulillah kenyang.


Dari Itaewon terus balik Myeongdong. Sampai di Myeongdong malam tu kiteorang saja pergi usha Butik Playnomore di Seoul. Hangbag Shygirl ni dikatakan fashion atau trend terkini di Seoul. Menjadi buruan di kalangan pencinta handbag di Malaysia. Rata-rata online seller jual 2x ganda mahal dari harga sebenar beg ni. Tapi itu standardla. Harusla begitu. Kata personal shopperkan. Azie pulak memang dah menabung nak beli handbag ni. Tapi itula HERANNYAnya tak jumpa sorang pun yang pakai handbag ni selama hampir 10 hari kiteorang berjalan di Korea Selatan ni!! Bahahaha. Kat area Gangnam (kawasan orang kaya dan artis) maybe ada agaknya. Tak pun artis-artis je yang pakai. Tak pun fashion blogger. Hentahla. Masuk dalam butik pun lengang je. Yang ada personal shopper dari Malaysia yang tengah ambik order dari rakyat Malaysia. Hiks.

Design ala-ala Hermes. Tapi yang paling comel dah tentulah 2 biji mata tu. Material hanya artificial leather sahaja. Lepas kena bebel seround dengan suami akhirnya tak jadi beli. Miahahaha. Lagipun dah puas hati tengok sendiri dan belek-belek sendiri sebelum beli. Warna merah menyala kegemaran Azie dah habis dibeli orang Malaysia agaknya. Keluar butik dengan rasa sebal. Huhu. 

Pergi LOTTE (Tax-Free) Department Store di Myeongdong. Khusus untuk pelancong sebab memang tax free. Naik lif untuk pergi area situ. Tak ingat pulak tingkat berapa. Masuk je Masha-Allah! Penuh dengan umat manusia dari Jepun, China, HongKong. Bisingnya tak payah cakapla. Tak tahu berapa ukuran desibel kat dalam ni. Ya Allah diorang ni shopping memang takda limit betul. Paperbag sampai senget2 bahu masing-masing. Tepi-tepi dinding bersusun paper bag. Yang menjaganya si lelaki. Yang perempuannya sambung menyopping lagi kot. Nampak macam Azie je yang berhijab dalam ni. Tak jumpa pulak orang Malaysia. Kaunter paling padat manusia Laneige. Ya Rabbi. Check2 harga rupanya dalam ni memang murah lagi dari butik-butik di Myeongdong Street tu. Azie beli Innisfree untuk diri sendiri. Tapi tak semua item ada di kaunter ni. Limited item sahaja. Nak beli di sini perlu ada passport dan flight tiket balik. 48 jam sebelum boarding boleh datang shopping sini. Paling annoying cashier or salesgirl kat sini tak reti langsung cakap ENGLISH. NO ENGLSIH. NO ENGLISH katanya. So jangan harap nak tanya apa2. Sila paham-paham sendiri, pilih, ambik dan bayar terus. FYI, selain kaunter kosmetik ada barang2 lain termasuk kasut, bag dll dari pelbagai jenama dari Korean designer. 

Bila keluar dari situ barulah rasa cukup oksigen dan sel-sel otak kembali berhubung. Balik GH rehatkan diri dan esok ada satu hari lagi nak berjalan nih. Belum nak balik Malaysia lagi okeyyy. So kemana kita esok ni. Tunggguuuuu....Hihi.

2 ulasan: