Autumn 2015 : Day 8 | Hujan lebat di Taman Tema Everland


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pencinta alam.
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Hari KEEMPAT di SEOUL.

Moh kita ke Everland Theme Park Korea!

Cara pergi Everland dari Myeongdong


1. Naik subway dari Myeongdong ke Chungmuro direction -> Exit di Chungmuro -> Jalan kaki tukar ke line 3 (oren) -> Menghala ke Dongguk Univ.; 9 station (18 minit) -> Exit di Soeul National Univ. -> Tukar ke Line 2 (Hijau) -> Menghala ke Gangnam -> Exit Gangnam di Exit 10. 

2. Lebih kurang 31 minit perjalanan. Fare 1,350 KRW. 

3. Lepas tu naik bas ke Everland. Jalan dalam 300m jumpa bus stop (Bas stop pertama sila abaikan. Takda apa-apa info di bus stop tu). Terus jalan kedepan sampai jumpa bus stop ke-2 melepasi Giordano. Naik bas No.5002. Bas direct ke Everland. Tambang 2,100W sehala. 40 minit perjalanan. 

4. Then dari situ naik shuttle bas yang disediakan oleh Everland Resort.

Tips ke Everland

1. Everland Resort sebuah taman tema yang terletak di Yongin, Gyeonggi-do dan yang terbesar di Korea Selatan. Milik Samsung Everland.

2.Everland ada 5 section:
American Adventure
Magic Land
European Adventure
Zoo Topia
Global Fair - berdekatan dengan pintu masuk Everland, ada architecture berinspirasikan dari France, Middle Eastern countries, Spain, India dan Russia.

3. One Day Ticket: Adults 48,000 won per person. Guna kupon diskaun untuk dapat 30% off.

4. Ada SURAU. Sebelah pintu masuk Mystery Mansion.

5. Masuk je Everland teruslah berlari ke T-Express (European Adventure). Inilah penyebab utama pelancong datang ke Everland sebenarnya. Roller coaster kayu yang pertama dibina di Korea Selatan. Antara roller coaster terbaik di dunia hokey. Top 10 dalam kategori Ekstrem. Dalam kategori kayu roller coaster T-Express ni kedua tertinggi di dunia , curam yang ketiga di dunia, kelima paling lama, kesepuluh paling cepat.

6. Theme Park yang pernah pergi USSingapore dan Disneyland Hong Kong. Everland jauh lebih besar dan luas itu. Jadinya peruntukan masa seharian di sini (bayar tiket mahal).

7. Di Zoo Topia, wajib pergi Safari World, Lost Valley & Sea Lion Stadium.

8. Makanan halal macam takde. Jadi bawalah apa-apa yang patut sebagai bekalan.

So apa yang menarik di Everland?
































Ya betul, hujan lebat di Everland. Memang sedih betul. Yang jaga tiket tu pun macam tak sampai hati nak jual tiket. Tpi bila tanya T-Express open ke tak, dia jawab tak sure. Bergantung pada keadaan cuaca. Tiket dah le mahal. Nak masuk ke tak nih. Akhirnya masukla jugak kan sebab dah sampai. Sebelum masuk pasrah beli baju hujan Everland. Melayang 14,000W. Adoiii. Laku sangat baju hujan dengan payung Everland hari tu. 

Hujan-hujan macam ni memang tak ramai orang yang datang kan. Kelebihannya tak perlu beratur lama. T-Express memang sah tutup. Tengahari hujan berenti kejup menjelang petang hujan semula. Terima hakikat tak dapat naik T-Express.. Sudahnya dalam gift shop duk layan video tourist naik T-Express yang rekod dalam HD. Lupe pulak berapa Won kalau nak rekod dalam HD. Ada yang muka lawak gila histeria, ada yang sempat giyomi. KUCIWA. Simpati je pekerja gift shop tu kat kiteorang. Hiks.

So pendek kata semua benda kiteorang masuk dan naik yang mana yang boleh kat Everland tu. Paling terubat tengok Sea Lions show, Safari World dan Lost Valley. Enjoy sangat tengok Sea Lions. Pandai betul paham bahasa kpop. Mengikut arahan! (video ada dalam IG)Safari World kat sini confirmla lagi ohsem dari Safari kat Gambang. Hohoho. Dapat tengok 'live' singa tengah buat hubungan intim, gajah buang hajat kecil dan besar serentak (video ada dalam IG). Paling best tengok beruang yang besar setinggi bas tu berjalan dan masukkan bola dalam jaring (video ada dalam IG). Jakun to the max! TIPS: Naik bas duduk seat betul-betul belakang driver! Boleh tengok dan ambil gambar beruang dengan jelas. 

Next Lost Valley. Best jugak ni. Sebab naik amphibious vehicle (bas boleh atas darat dan masuk dalam air). Tingkap bas pun open macam tu je. Tu yang best. Yang ni tengok binatang kategori selamat macam Melman, Marty, Gloria. Budak2 memang suka gila trip macam ni. TIPS: Duduk depan seat belah kanan. Nanti kepala Melman masuk dalam bas. Best. Best. Hihi.

Madagascar Live tu best jugak. Last show Nov 29, 2015. Space Tour (Rio 4D Experience) tu biasa-biasa. So akhirnya sampai ke malam jugak kiteorang di Everland. Souvenir shop memang banyak la dan sangat rambang mata. Jadi kita cuci mata aje ye. Ikut nafsu nafsi macam-macam nak beli. 

Cara balik dari Everland ke Myeongdong sama macam cara datang tadi. Naik shuttle bas Everland. Then naik semula bas No.5002 ke Gangnam. Dari Gangnam naik subway ke Myeongdong. Sampai Myeongdong pun hujan jugak. Malam tu tapau kebab HALAL di Myeongdong Street. 

Eh jangan lupa pos poskad FREE kepada diri sendiri tau! 



Kalau korang masukkan Everland Theme Park dalam itinerary, tiket boleh beli terus di sini;
 Latest Promotion

Klik SINI

Esoknya ke mana pulak? Tunggu.... 


7 ulasan:

  1. bestnya kalau dapat ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umie,
      Insha Allah, kita doakan Umie boleh ke sana nanti =)

      Padam
  2. Hai azie, kt sna public transport mmg ada 24hrs ke?

    BalasPadam
  3. salam,camane nak dpt 30% diskaun tu ye?prefer ticket beli on9 or direct di sane ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau buka website everland ada tunjuk tiket2 yg bole dibeli di travel agency atau guesthouse, sy bli di Nungmaru guesthouse harga 32ribu won dewasa, 30ribu won kanak2..sy just kol/wasap dgn tuan dia masa kt mesia..then bila dh smpai sana pick up ticket n bayar cash kt dia kt guesthouse dia.. sy pilih bli sini sebab dekat dgn myongdong station so alang2 nk p myeongdong singgah amik tiket

      Padam
  4. Hai Ali-Alia,

    Very good info dear! Thank you for sharing :D

    BalasPadam
  5. Salam..boleh saya tanya,sis g sana bulan bape ye?

    BalasPadam