Tau cerita ini agak basi. Tapi takpe kita nak review juga serba sedikit pengalaman menaiki Rayani Air ni. Penerbangan sulung Rayani Air pada 20 Disember 2015. Azie berpeluang naik pesawat Rayani Air pada 24 Disember 2015 sempena cuti Krismas baru-baru ni. Jadi tulisan ini berdasarkan pengalaman tersebut ok.
So ini merupakan pengalaman pertama menaiki Rayani Air. Plan nak balik Kota Bharu agak last minute. Rayani Air pulak tengah rancak buat promosi. Jadi pada 15Dis...disebabkan terpengaruh, terus check tiket dan berjaya beli tiket Rayani Air ke Kota Bharu dengan harga RM380 (all in) return untuk 2 orang. Which is expensive jugak la sebenarnya. Inilah tiket paling mahal pernah kami beli untuk balik Kota Bharu. SOBS. Sebelum ni naik Air Asia. Air Asia tambang murah jadi itu cerita lain.
Rayani Air bukan penerbangan tambang murah ya. Rayani Air menawarkan full service airline seperti Malaysia Airlines. Antaranya penumpang diberi daftar masuk bagasi dan makanan percuma. Best kan? Setiap penumpang akan dapat baggage allowance 20kg untuk Economy Class dan 40kg untuk Business class. (Yang ni MEMANG BEST!). Boleh bawak balik budu berbotol, sambal belacan, keropok lekor, sos keropok..bla..bla..bla.. ke KL.
Untuk pengetahuan korang, masa booking tiket ini tiada pilihan tempat duduk. Maksudnya seat atau tempat duduk akan diberi ketika check in nanti. Kalau nak cancel booking surcaj RM100 dikenakan pada setiap penumpang. Refund akan dibayar balik dalam bentuk voucher. 24 jam sebelum berlepas dah tak boleh nak cancel flight. Take note!
Hari nak terbang, check punya check rupanya Rayani Air tiada web check in. Dengan lain-lain airlines biasanya kiteorang web check in sahaja. Tapi Rayani Air terpaksa ke kaunter untuk check in. Jadi perlu datang ke KLIA2 dengan lebih awal (Oh Rayani Air di KLIA2 ya bukan di Subang Airport) Lagipun nak check in baggage sekali. Macam biasa, untuk penerbangan domestik kiteorang akan ada di airport sejam lebih awal dari masa boarding. Azie akan request seat tepi tingkap. Alhamdulillah dapat jugak walaupun seat belakang sekali. Takpe asalkan tepi tingkap. Hiks.
Check in Kaunter S Rayani Air ke Kota Bharu di KLIA2
Staff Rayani Air yang mesra alam. Terima kasih bagi seat tepi tingkap!
Selesai check in. Amboii kapal terbang parking kat area J sana nuh. Boleh tahan jauh nak berjalan.
Masuk aje diberi salam oleh cabin crew atau pramugari berhijab yang comel lote ni
Tempat duduk pesawat Rayani Air yang warna warni. Ini baru kapal terbang yang ceria. Makin ceria gembira nak balik kampung rasanya!
Lengkap dengan maklumat keselamatan. Beg muntah juga disediakan.
Makanan yang disediakan dalam pesawat Rayani Air; Jus epal (100ml); kacang dan muffin. Muffin tu SEDAAP! Siapa yang buat eh. Korang, jangan lupa checkidout belakang kotak ni. Ada SUDOKU. Bolehla hilangkan rasa boring dalam flight.
Senarai menu f&b dalam Rayani Air. Tiada liquor. Harap-harap tiada juga untuk international flight di masa-masa akan datang (jika ada)
Kotla ada yang berminat dengan payung Rayani Air. Hanya RM38 sahaja uols.
Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dapat seat tepi tingkap dan depan sekali pulak! Alhamdulillah.
Inilah sebabnya Azie suka seat tepi tingkap. Melihat awan putih ni dah macam satu terapi yang menenangkan
Awan nano bertebaran di sekitar Sg Pahang
<me time>
Sebelum berlepas naik ke ruang udara, pilot sendiri yang bacakan doa naik kenderaan. Semua penumpang tadah tangan. Situasi ini sangat awkward dan rare. Alhamdulillah. Penumpang yang bukan beragama Islam juga diminta berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.
Dari segi keselesaan seat pulak. Semestinyalah selesa daripada AA tu. MAS kapal terbang Boeing. Rayani Air pun Boeing jugak. Jadi jangan risau. Ruang letak kaki yang luas dan selesa.
Semua orang tahu kan walaupun Rayani Air ni syarikat penerbangan patuh syariah yang pertama di Malaysia (Clap3x!). Bukan penerbangan islamik pertama di dunia tapi yang ke-4 di dunia selepas Royal Brunei Airline, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air. Tahniah. Yang uniknya....pemiliknya berbangsa India dan beragama Hindu. Nama Rayani Air dikatakan daripada gabungan nama pasangan Mr Ravi Alagendran dan Dato' Karthiyani Govindan.
Dari Kota Bharu ke KLIA2 juga naik Rayani Air. Semestinya seat tepi tingkap. Kali ni dapat seat depan sekali pulak. Kali kedua naik Rayani Air delay pulak dari Kota Bharu ke KLIA2. Sepatutnya jam 9.55pm dan tunda jadi jam 10.30pm. Perkara biasa le tu kalau naik flight. Rupanya tak sangka hari tu foundernya terbang sekali dari Kota Bharu ke KLIA2. Mr Ravi siap datang dan bersalaman dengan semua penumpang lelaki dalam flight dengan ucapan 'Welcome to Rayani Air'. Dah selamat touchdown KLIA2 , siap tunggu pulak kat luar mereka suami (berkemeja batik) isteri (berbaju kurung batik) dan bersalaman dengan semua penumpang dari Kota Bharu hari tu. Gitu sekali. Adakah sebab delay? (oklah, maafmu diterima).
Terima kasihla atas usaha murni mereka ni yang menghormati hak orang Islam. Mudah-mudahan rakyat Malaysia menyokong penuh dan setuju dengan idea islamik mereka ni. Walaupun banyak pandangan negatif dan positif diberi, moga Rayani Air terus maju dan bersaing hebat dengan syarikat penerbangan lain di Malaysia. Barulah beri faedah kepada rakyat Malaysia kan! Rayani Air Malaysia pencetus reformasi positif dalam sistem penerbangan Malaysia yang patuh syariah. SYABAS.
Sekian. Review Rayani Airlines dari saya.
Sekian. Review Rayani Airlines dari saya.
UPDATE TERKINI: Penerbangan Rayani Air digantung selama tiga (3) bulan bermula hari ini, Isnin, 11 April 2016.
macam best je naik Rayani Air ni..
BalasPadamNak tny..Saya book lalu rayani air.. slalu flight kan ade itinery die emailkan, tp sy cume dpt confirmation booking in pdf form.. tue je dh cukup tuk check in nnt, atau mmg kene ade itinery tue.. thanks
BalasPadamAL Fahmi,
PadamBetul. Rayani Air hanya dpt confirmation booking in pdf tu je. Bawak tu je untuk check in nanti. Selamat terbang dengan Rayani Air =)
waa..dak try ye..best la..
BalasPadamYana,
PadamYe dah try test dah =)
Salam singgah sini dik.....wahh....bestnya...nak juga try ni....
BalasPadamMardiah Diana,
PadamTerima kasih singgah sis. Nanti bila-bila bolehla try. Ni dah bukak laluan baru ke Kuching kalau tak silap...
salam
BalasPadamberapa tempoh masa yg diberi oleh rayani utk check in counter?
Wah!good information...just booked the ticket to KK...
BalasPadamWah!good information...just booked the ticket to KK...
BalasPadamalhamdulillah...slalu dengar bad kOmen psal Rayani Air nih...
BalasPadammOga dipermudahkan urusan utk jmp mak mertua blan Mei nih...
Aamiin...
Hai Siti Noraqma,
PadamBetul, selalu dengar bad komen. Tapi bagi chance la..Rayani Air kan baru. Air Asia pun masa awal2 beroperasi pun banyak 'hiccup' jugak =) Be positive. In Sha Allah Rayani Air pasti improve di masa-masa akan datang.
Rayani Air kena suspended...sedih x dpat merasa nek...xde rezki...
Padamassalamualaikum...azyyati liah..
BalasPadam380 return untuk 2 orang complete luggage cx in dgn snack bagai..murah la tu.
BalasPadamassalamualaikum..nak tnya, Rayani Air ada limit luggage x ? sbb cam Malaysia airlines bleh check in 2 barang je..π
BalasPadam