Assalamualaikum dan Salam Jumaat Malaysia.
Dah lunch ke? Azie belum lagi. Lapor nih. Jadi marilah kita tengok nachos cheese cheesesteak ini supaya ramai-ramai menjadi lapar. LARIK.
Yang atas itu namanya NACHO CHEESE Philly Cheesesteak. Roti panjang 8 inci ini dipotong dua dan diletakkan di atas sekeping papan. Kentang goreng pulak elok je dilonggok dalam raga besi. Kemudian ada pulak lorekkan cheese diletakkan di atas hirisan daging panggang yang disumbat di dalam roti. Amboiii persembahan hidangan kakak bagi 5 bintang! (merembes pulak air liur petang ni). Harga hidangan RM33.90 tidak termasuk air. Air boleh refill.
Saat menggigitnya....aduhaiiiii. Daging panggang dahla empuk. Dengan hirisan lada benggala hijau, ada rasa manis bawang, ada rasa cendawan, ada rasa pedas rempah disulami dengan rasa cheese....ini sudah TERLAJAK SEDAP! Lepas ni tak perlu terbang ke MIAMI untuk rasa keenakan cheesesteak. Datang aje ke Miami Grill Sunway Pyramid dah boleh verangan berada di MIAMI ok.
Kenapa Pitt Bull berdiri gagah di pintu itu? Kerana ini adalah perniagaan francais yang dimiliki penyanyi rap popular berasal dari Miami, Pitbull. Terima kasihla Encik Izatsham Othman (pemilik Miami Grill) yang mengikhtiarkan cawangan Miami Grill ini dibuka dengan jayanya di Malaysia dan yang penting HALALAN TOYYIBAN ok. The one and the only Miami Grill branch in Asia. So orang Singapura & Brunei jangan jeles ya. Jemputlah terbang ke Malaysia ye.
Terima kasih eh suami sebab beria ajak kita pergi Miami Grill untuk makan philly cheesesteak yang terkenal dari negara Uncle Sam tu. Ehmmm..pemilik Miami Grill ni kawan suami kita (motif?). Oleh itu, silalah support restorennya dan moh kita pergi beramai-ramai ke sana. Bawa satu keluarga.
Sambil menunggu krew datang kepada anda, bolehla layan lagu-lagu Pitt Bull. Kalau tak tahu apa nak order, jangan risau..tanyakan aje pada krew ber'Cuban' Hat. Krew kat sini mesra pelanggan. Siap tanya kali ke-berapa datang. Explain menu apa yang harus dicuba. Bagus bukan? Masa kami makan di sini ada artis Maya penyanyi lagu Matahari tu tengah lunch di sini. Hmm nampaknya tempat ni menjadi pilihan artis-artis Malaysia jugak. Mana tahu untung-untung jumpa Bang Aaron Ajiz =P
Yang nak try boleh datang ke lokasi ini;
MIAMI GRILL
Lot LG2.127, Blue Atrium
Sunway Pyramid
IG: @miamigrillmy
Website: http://www.miamigrill.com.my/
uishhhhh... arggghhhh..sedaaappppppppnyaa....
BalasPadamFarahain Zfa,
PadamMemang SEDAP! Ce pergi try test. Hiks.
lahai ari tu dah lalu, macam nak masuk tapi termasuk dubuyo pulak adeshhh :P
BalasPadamMama Darwish,
PadamAlosla..rugi..rugi..Takpe next time boleh pergi. Eh dubuyo tu ok tak? Tak pernah pulak makan situ..
Ok nanti boleh cuba ni..ada jugak tengok kt iq ctdk riview....
BalasPadamMarhaini Fairuz,
PadamHaaa..yang ini berbaloi untuk dicuba! Serious.
Eh ctdk pun dah datang sini? See told ya..sini tempat artis2 gitu...
Indahnya hariku..kalau dapat jumpa ctdk...=)