Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat kaki travel!
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”.
Hari ni dah masuk hari ke-10 ber Autumn di Korea Selatan. Family & kawan-kawan dah bising tanya bila nak balik Azif & Azie oiii. Lamanya bercuti di Seoul. Hohoho. Sebab dah 10 hari IG feed mereka kena spam dengan gambar-gambar di Korea Selatan!! Sorry guys. Autumn di Korea Selatan terlalu lawa dan istimewa untuk ditatap sorang-sorang. Haruslah upload di IG untuk tatapan bersama =) eh baru 6 hari di Seoul. Ikutkan hati macam tak nak balik lagi. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Seoul ni. No wonder la ramai orang Malaysia yang repeat.
Pagi ni nak pergi Namdaemun Market! Ada misi perlu diselesaikan di sini. Cari glove (untuk next travel), cari brooch (jenis pin, magnet & jarum) dan cari 'I Love Seoul' & Running Man Tshirt! Jom!
Kat sini jumpa kedai stokin comel-comel yang harga murah. Kat everland sehelai 4,000W, di Myeongdong 7 helai 10,000W tapi di sini sehelai 1,000W. Apa lagi borongla kan.
Lepas ni kita pergi Dongdaemun pulak dan belah malamnya nak pi tengok LED Roses & Seoul Lantern Festival. Jom!

Cara nak pergi Namdaemun Market dari Myeongdong, naik subway berhenti di Hoehyeon Station. Exit No 5 (1,250W). Start dari 7am - 7pm. Sabtu jam 2pm dah tutup. Ahad pulak memang TUTUP. Namdaemun Market dikatakan pasar borong yang tertua (wujuk sejak tahun 1964) dan terbesar di Korea. Terletak sebelah Namdaemun South Gate (adoiii, lupa nak merayap kat sini).
Apa yang ada di Namdaemun ni? Baju kanak-kanak / infants wear, baju wanita (winter jacket, baju tidur, bra panties pun ado), kitchenware (sudu, periuk, grill dll), banyak kedai spek (sunglasses, eyewear, contact lense), glove, boots, ginseng, seaweed dll. Permainan kanak-kanak pun ada. Macam lego tu. Selain itu ada juga kedai kosmetik macam Nature Republic, Aritaum dll. Glove checked! T-shirt Running man pun checked! T-Shirt I love Korea 3 helai 10,000W. Tapi memang nipis gile kainnya. Kain tebal sikit mahal harganya macam Running Man T-shirt harga 10,000W = RM40! Fengsan.
Next kita cari bangunan hijau nama E-World a.k.a E-Lengdang untuk beli brooch. Tanya ahjussi yang jual glove tu. Katanya masuk je ikut pintu yang dia tunjuk then naik 2nd floor. Naik je atas maakk oii, satu floor jual brooch. Belum apa-apa dah berpinar mata. Encik suami bertabahla ye menunggu. Selain brooch, 2nd floor ni juga lubuk aksesori wanita. Ya Rabbi, memang cantik-cantik sangat aksesori di sini. Ada rantai, gelang, subang, getah rambut, sanggul, aksesori rambut, crown dll. Butik kahwin bolehla datang beli kat sini. Meriah uols! Korang jangan rasa pelik tau, diorang ni memang buat tak tahu je. Masing-masing tekun bekerja. Tengah ronda-ronda jumpa pulak kedai No.209 Ahjumma Chung Cho (refer gambar bawah). Orang Malaysia suka beli kat sini. Jadi kita pun beli juga brooch kat sini. Harga ikut saiz. Saiz kecik 1,000W. Cari brooch magnet tak jumpa pulak. Azie pakai shawl jadi nak cari pin jenis jarum yang cantik-cantik. Jumpa satu kedai je. No 303. Design pun tak banyak pilihan.
Jangan lupa singgah di E-Lengdang ni tau, lubuk dan tempat beli brooch murah di Seoul.
Next pergi Ewha Womans University. Kat area sini ramai perempuan! Sebab university ni khusus untuk wanita sahaja! Lagi ohsem Ewha Womans Uni is one of the most prestigious universities in South Korea. Daebak! Kaum lelaki sila ke tempat lain yeeeeee. Dan area ni merupakan fashion heaven untuk kaum perempuan!
Kalau korang penggemar fashion street wear meh datang shopping di Ewha Womans Uni ni. Area2 sini banyak sangat baju-baju wanita yang up to date, sesuai dengan umur kita yang masih muda (errk muda lagi ke) dan lawa-lawa. Kot dan winter jacket warna pastel yang cantik2 pun banyak! RAMBANG MATA. Tidak le seperti di Namdaemun tadi tu. Untuk lelaki pun ada. Sesuaila kalau lelaki yang metroseksual tu haa nak datang shopping sini. Harga berpatutan juga sebab kawasan university kan.
Kat sini jumpa kedai stokin comel-comel yang harga murah. Kat everland sehelai 4,000W, di Myeongdong 7 helai 10,000W tapi di sini sehelai 1,000W. Apa lagi borongla kan.
Lepas ni kita pergi Dongdaemun pulak dan belah malamnya nak pi tengok LED Roses & Seoul Lantern Festival. Jom!
boleh share tak berapa total bajet kekorea ni?
BalasPadam