Autumn 2015 : Day 7 Part 2 | Mount Seoraksan National Park


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Hari KETIGA di SEOUL.



Cara pergi Mount Seoraksan dari The House Hostel

1. Jam 10.am check out The House Hostel then tunggu bas No 7 atau 7-1 kat bus stop jalan utama.

2. Tambang bas 1,200W per person. Bayar cash masa nak naik. Tak boleh guna T-Money.

3. Perjalanan lebih kurang 45 minit dan turun di Sogongwon bus-stop


Tips tentang Mount Soraksan/Mount Soraksan Info

1. Tiket masuk Mount Sorak National Park harga 3,500W seorang.

2. Mount Sorak ni gunung ketiga tertinggi di Korea Selatan.

3. Waktu operasi: 9.00am - 17:00am (Selasa-Ahad); ISNIN TUTUP.

4. Peak season: May-Nov ; Low season: December-April

5. The autumn foliage was amazing! WAJIB datang jika ke Korea Selatan masa Autumn.

6. Naiklah cable car untuk menikmati pemandangan Mount Sorak yang SANGAT MENAKJUBKAN ketika Autumn. Tiket cable car (return) 10,000W per person.






Hujan lebat pulak masa kami sampai sini. Lepak dulu (dalam 40 minit) bawah bumbung panjang di Mount Sorak tu tunggu hujan reda. Bila dah reda sikit baru masuk dalam beli tiket. Ini kes kedekut nak beli baju hujan ya. Selagi boleh jimat, kita jimat. Cuba bayangkan macamana perasaan kalau dapat tengok pokok kaleerful dengan kornea mata sendiri buat pertama kali dalam hidup. Kat Nami tak jumpa warna-warni macam ni. Kat Hallasan pun tak jumpa. Di Seoraksan baru jumpa! Aiseeehh, tak boleh kontrol otot-otot mulut ni. Tak ke sengih sampai telinga.  Tangan tu pulak memang tak berenti ambik gambar. Tak puas gambo video pulak. Pastu laju hupdate kat instagram. Gitu sekali jakunnya. Kesian kakak kan. 

Sampai atas kabus pulak tebal. Takpela kita menikmati apa yang ada je. Alang-alang dah naik atas, panjat terusla sampai ke puncak. Namanya Gwongeumseong Fortress. Tapi perlu hati-hati sebab batu-batu gunung ni licin dan berair. Atas gunung tu tinggal ranting je. Daun-daun semua dah luruh menanti salji. 

Dalam cable car nanti boleh lihat gunung kaleerrful sangat. TERPESONA HOKEY. Boleh kata Mount Soraksan ni tempat TERcantik kami pernah pergi sepanjang di Korea ni (pandangan peribadi). Jadi kalau ke Korea Selatan jangan lupa masukkan Mount Seoraksan National Park dalam list korang! 

Pukul 2pm gerak dari Mount Seoraksan nak balik ke Seoul. naik semula bas No 7 atau 7-1 pergi ke Sokcho Intercity Bas Terminal. Ada banyak company. Kaunter 1 & 2 untuk Deluxe Express. Beli tiket ke Dong Seoul Bus Terminal 동서을 . Harga 17,300W per person. Dapat bas 3.40pm. Perjalanan lebih kurang 3 jam. Dong Seoul Bus Terminal berhadapan dengan Gangbyeon Subway Station. Jalan kaki ke Gangbyeon Station. 

Ambil line 2 pastu transfer ke Line 4 untuk ke Myeongdong Station. Estimate duration dalam 35 minit. Dari Gangbyeon (Line 2), pergi ke Guui direction, 9 stations. -> Exit di Dangdaemun History -> Jalan kaki 3 minit untuk tukar ke Line 4 -> pergi ke Chungmuro direction, 2 stations -> Exit di Myeong-dong
Check-in semula Namsan Guest House 3.


Kiteorang dapat seat belakang tiket yang terakhir. Bernasib baik. Seat bus ni 3x lebih selesa daripada seat Air Asia. Dalam perjalanan boleh nampak gunung warna-warni di belah kiri. Betul cakap uncle. Lalu highway. Ada berbelas-belas tunnel! 

Autumn leaves checked. A MUST VISIT. 

Esoknya kita ke EVERLAND! Till then wassalam.

2 ulasan:

  1. ya Allah cantik sangat2 view mount seoraksan ni..ada rezeki nak ke korea juga ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ros Nordin,
      Betul, cantik sangat ketika Autumn Folliage ni. Mudah2han awak murah rezeki dan dapat ke sana juga. Amiin =)

      Padam