Rakshee - Bakso Sedap harga RM1.90


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biasa peram dulu dua tiga bulan sebelum blog. Kali ini excited terus tak sabar nak blog kedai bakso yang sedap di Kota Damansara. Enty kali ini nak menggembar-gemburkan our new finding in The Strand, Kota Damansara. Bulan lepas memang kerap ke Kota Damansara atas urusan jual beli rumah. Perempuan, memang suka alang-alang kan. Jadinya alang-alang ke Kota Damansara, terus ajak suami ke The Strand Kota Damansara. Kat situ kan banyak kedai-kedai muslimah. LOLS. 

Mata ternampak satu nama kedai yang unik. RAKSHEE. Kita ingatkan butik muslimah, rupanya kedai makan bakso uols! Selalu kita boleh dapat bakso kat pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan atau restoren yang biasa-biasa. Tapi Rakshee... kedai yang cantik, selesa tapi harga berpatutuan.





Ini Azie petik dari blog Eat, Drink, KL - "Rakshee's founders (the restaurant's name is reputedly an Arabic allusion to happiness) belong to a team that has run a bakso-making factory in Penang since 1996. They've crafted this fresh-faced cafe to shine a contemporary light on bakso; the meatballs easily fit into pasta preparations like carbonara & marinara, costing a budget-conscious RM9.90 per plate."

Harga semangkuk RM1.90. Konsep macam Boat Noodle. 2 atau 3 kali suap habis. Makanya perlu makan bermangkuk-mangkuk untuk memenuhi nafsu makan. Selain itu, ada juga menu lain tapi menggunakan bebola daging a.k.a bakso sebagai hidangan. Contohnya spaghetti carbonara & marinara, bakso sliders dan sebagainya.






Kat rumah sudah breakfast sakan! Jadi first time ke sini kita try bakso dulu. Suami beli 4 mangkuk (kononya 2 mangkuk sorang), kata brader-brader jaga kaunter "Tak cukup bro! Serius. Mangkuk dia kecik gila" dan akhirnya suami berubah fikiran ambil 6 mangkuk semuanya. LOLS.

Rakshee self service. Lepas cop tempat duduk, pergi kaunter order dan buat bayaran. Kemudian anda akan diberi device merah yang comel macam kat bawah ni. Bila menu siap, device ini akan berbunyi dan silalah ambil menu anda di tempat yang disediakan. Gittu. 

Ada juga pelanggan yang tak tahu kegunaan device ni. Bunyi kuat macam mana pun dia buat dek aja. Sudahnya terpaksalah brader-brader tadi tu panggil.
Ok tak sabar nak rasa. Serang!

Slurp! Sedaaap. Original flavor pun dah sedap.
Apertah lagi kalau ditambah sos/kicap/cili pedas macam kat bawah
 

Ada teh botol. Teh popular dari Indonesia.

Memang enak & lazat! Yumms!

Total untuk 6 mangkuk RM1.90 x 6 (RM11.40). Teh botol RM4.50. Total RM15.90. 6% GST RM0.95. Total RM16.85. Lepas ni kiteorang nak datang lagi try menu lain. Kalau korang nak cuba makan sini, ini alamat dan lokasinya;


RAKSHEE
No 13G Jalan PJU 5/20A, 
The Strand, Kota Damansara

No Tel: 0122474673


Waktu operasi :
Isnin: TUTUP
Selasa - Ahad - 12 - 10pm
Jumaat - 3 -10pm


#rakshee


2 ulasan:

  1. wow nampak sangat sedap..Boleh cuba ni.Ok masuk list makan-makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fisya,
      Memang sedap! Yang penting buatan orang Melayu kita...:)

      Padam