Krabi 2015: Day 1 Part 2 | Phi Phi Don & Pileh Bay


Assalamualaikum

Morning, ini adalah entry bersambung [ Krabi 2015: Day 1 in Krabi ]

Lepas 45 minit sightseeing di Bamboo Island, kena patah balik speed boat no 8. Next activity adalah snorkelling. Snorkelling berhampiran dengan Phi Phi Don Island. Nanti nak makan tengahari di sini. Makan tengahari disediakan. Memang tepat masanya sebab perut dah laporrrrr. Grrrr.

Inilah Phi Phi Don Island! Welcome to Phi Phi Don =)

Menikmati keindahan bawah laut. Yang tak snorkelling jangan sedih sebab boleh tengok keindahan atas laut =)

Tuuuu, Phi Phi Don dari kejauhan

Seronok nampaknya suamiku mengibas-mengibaskan kaki. Huhu.




Restoren agak jauh dari pantai. Macam masuk ke dalam. Ikut je tour guide korang tu. Nanti dia bagi arahan lepas makan jangan ke mana-mana. Kalau nak jalan pun kawasan sekitar. Sebab takut sesat! Makanan di restoren ini disediakan oleh Muslim. Jadi In Sha Allah ia halal. Itu yang diberitahu oleh tour guide. Maka yakinla. =) . Hidangan tengahari secara buffet. Boleh tambah kalau tak kenyang. Alhamdulillah.


Banyak boat-boat berlabuh di sini


Air laut di sini juga jernih. Ada yang sempat mandi manda di sini

Phi Phi Island Hospital

Phi Phi Island agak besar. Ada hospital, ada hostel dan ada gerai-gerai jual makanan. 


Monkey Bay



Next snorkelling lagi. Kali ini di Monkey Bay pulak. Nama Monkey Bay sebab pulau di belakang tu banyak monyet. Sempatla tengok monyet makan burger byte! Ehsan mat salleh. Hii. Laut kat sini kehijauan. Masha Allah, dengan cuaca yang panas terik, air laut kehijauan berkilau macam kaca. Jernih dan sampai nampak dasarnya. Indah! 

Tourist dari Taiwan yang tolong ambilkan gambar ni. Apehal rupa macam ni?





Vikng Cave untuk photography dan sightseeing

Tips: Kalau naik speed boat...tempat yang clear boleh ambil gambar adalah seat depan sekali or seat tepi. Boleh nak panjat seat tu. Kalau duk tengah wassalam lah tak nampak apa. Next kita ke Pileh Bay.


Cantiknyaaaaa!


Pileh Bay


Pemandangan di Pileh Bay. Pileh Bay untuk sightseeing dan ambil gambar. Speed boat akan slowkan enjin bagi peluang kita-kita yang jakun ni untuk menikmati pemandangan kat sini. Fantastic lagoon! 





Allah! Untungla sapa yang duk seat depan speedboat ni. Kita ni sampai teleng kepala nak tengok view tau. Tertonggeng-tonggeng dalam speed boat ni. Mujurla ambik seat tepi. Tak puas sebenarnya melihat keindahan Pileh Bay ni. Warna laut macam turqoise. Then kita ke Maya Bay pulak. Allahu Akbar! Dalam sehari ni kulihat hanya biru dan hijau je saujana mata memandang. Cantik betul kepulauan lautan andaman ni. Syukurlah diberi peluang untuk menikmati keindahan ini.  *lap air mata*

Jadi amat ditekankan di sini, kalau pergi Krabi pilih waktu yang tepat! Dan paling penting ambilla pakej Phi Phi Island ni. WAJIB! Kalau tidak jangan kata dah jejak Krabi la. Ini saja gambar-gambar untuk hari ni. Ikutkan hati nak upload semua. Takpe..esok kita sambung pulak keindahan alam di Maya Bay (masih hari pertama).

14 ulasan:

  1. Macam mana kalau bawa ank kecil. Blh ke nk snorkelling. Ke kurang sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nisa, ada je yang bawak anak kecil ikut trip ni. Tapi waktu snorkelling, mereka stay dalam boat. Boleh bergilir jaga dengan suami. Anak kecil boleh main air masa tiba di pulau nanti :)

      Padam
    2. Ok. To ye. InsyaAllah Akan ke sana awal Mac ini.

      Padam
    3. Nisa,
      You are welcome. Have fun in Krabi!

      Padam
  2. Hai, saya Dina. Macam mana nk handle passport masa island tour ni? Xtvt basah, kita & couple turun serentak snorkeling.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Dina. No worries dear. Di sana ada jual lanyard waterproof. Isi passport dan fon dalam tu nanti. Sangkut kat leher. Then boleh snorkeling dengan senang hati =)

      Padam
  3. salam nak tanye..cmcm mana kalau kite nk dok seat depan sekali kat speed boat tu..kene tempah or kene berebut or kene dtg awal2 tunggu...? hehe tq

    BalasPadam
  4. Salamm kakk..nk tnya akk detail..tp rasa sush nk gna blog ni..akk ada twt? Klau blh nk dm akak

    BalasPadam
  5. Hi, pakej ke phi phi island tu dah include natínal park fees ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Dkecik,
      Ye, harga pakej dah include semua. Takde kena bayar extra pun. Penting sangat sebelum confirm tanya semua fees dah masuk ke tidak. Takmo ada hidden charges.

      Padam
  6. Hai..siok sgt baca blog sis ne..tak sabar pergi krabi next Feb hehe..
    Sis nak tnya..ada tak private tour utk phi phi island ne? Sbb mcm tak puas pula if crowded dlm satu boat and rushing utk lawat satu pulau..thanks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Chery Ling dear :)

      Of course ada private tour. Sediakan ongkosnya sahaja. Hehehe.

      Padam