Assalamualaikum
Hello Phi Phi Island!
Alhamdulillah hari ni berkesempatan jugak nak update blog. Masih bersambung cerita jalan-jalan bercuti di Krabi. Bila masa sesuai ke Krabi? Antara November-Mac. Azie pergi Krabi dari 26 - 30 Januari 2015. Alhamdulillah sepanjang berada di sana cuaca memang elok. Cukup panas terik, laut tenang dan amat untuk memanggangkan diri.
Walaupun check-in lewat lebih kurang jam 8malam sempat jugak pihak hotel 'arrange'kan tour untuk hari pertama. Hari pertama ni dah sah-sahlah kami ikut pakej yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pelancong ke Krabi iaitu Phi Phi Island. Harga pakej adalah 1050baht per pax dari AONANG PHOTO TRAVEL AND TOUR.
Summary Day 1 - Pakej PHI PHI ISLAND
Agent: Aonang Photo Travel
Transport: Speed Boat
Harga: 1050per person
Pulau yang dilawati: Bamboo Island, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay, Maya Bay, Viking Cave, Phi Phi Don Island
Masa lawatan: 9AM - 4PM
Sightseeing: Viking Cave, Pileh Bay, Monkey Bay
Swimming: Bamboo Island, Maya Bay, Lo Samah Bay
Snorkelling: 2times
Lunch: Phi Phi Don Island
Pakej termasuk : Makanan halal, minuman, buah-buahan dan peralatan snorkelling
Thailand masanya sejam lebih awal dari Malaysia. Jadi bangun awal, breakfast kat bilik dan bersiap tunggu di lobi. Katanya mereka akan datang ambik jam 8.30AM. So bermulalah episod mengeksplorasi Krabi. Bismillah.....
Apa yang menarik di Krabi? Let's check it out..
Ahaaaaaa, tudiaaa lori mengangkut manusia. Korang akan naik lori ni tau! |
MashaAllah indah! Tenang betul air lautnya. |
Day 1 kita naik speed boat. Kemain jauh berjalan nak sampai ke sini |
Padat kan dalam speed boat ni! Semua kene palai life jacket tau. Keselamatan penumpang diutamakan. |
Lihatlah pulau yang menghiasi lautan Andaman ni. Banyak! |
Sayang, kita bawak balik ni nak? |
Oit Azie bila nak mandiiii nya tuuu |
Kejernihan Bamboo Island yang tiada tandingannya! Sekejapan sangat kat sini. |
Gambar diambil oleh tour guide kami. Bagus betul depan ni. Ngekor sampai ke sini |
We are in the middle of nowwhere! |
Ok stop dululah. Banyak sangat dah gamba di Bamboo Island. Ini baru Bamboo Island belum lagi pulau-pulau yang lain. Sungguhla pulau ini teramat sangat cantiknya. Air memang crystal clear. Bersih dan boleh berenang-renang sesuka hati. Ikan pun ada tau di gigi pantai ni. Ohhhh I miss Krabi so much! Ada peluang sila jenguk/jalan-jalan Krabi k. Tunggu episod seterusnya.
Till then wassalam.
Travelogue Krabi
KRABI 2015: 19 TIPS PERSEDIAAN KE KRABI
KRABI 2015: REVIEW AONANG GOODWILL
KRABI 2015: DAY 1 PART 1 | PAKEJ KE PHI PHI ISLAND
KRABI 2015: DAY 1 PART 2 | PHI PHI DON & PILEH BAY
KRABI 2015: DAY 1 PART 3 | MAYA BAY
KRABI 2015: DAY 2 PART 1 | PAKEJ KE 4 ISLANDS
KRABI 2015: DAY 2 PART 2 | PODA ISLAND
KRABI 2015: DAY 3 PART 1 | PAKEJ KE HONG ISLAND
KRABI 2015: DAY 3 PART 2 | HONG ISLAND
Takpe Farah, nanti ada peluang boleh pergi lagi :)
BalasPadamkak nak tnya , yg hrga 1050bath per person tu mmg dpt hrga mcm tu ke cemana ? tgok website dia untuk foregneir 1200bath , utk org dia je kot 1000bath . huhu tq
BalasPadamHai Superhero!!
PadamAik takkan dah tukar polisi! Jangan tertipu dengan website. Booking online harga mahal sebab tak boleh nego. Beli pakej kat Pantai Aonang nanti. Nego sampai boleh jadi harga 1000baht ok?
Wow.. Thanks for the info Azyyati. December 2015 ni saya nak ke Krabi.. Nak rasa Island hopping kat Phi Phi Island ni.
BalasPadamSyeida,
PadamSelamat beseronok-ronok! Nak ikuttttt plis....huhu
salam sis... nak tanya.. area pantai aonang, kat belah mana tempat aonang photo travel ni?? tgk review agent lain macam merepek, n review dia tak best.
BalasPadamSalam,
PadamTak sure mana tempat Photo Travel di Pantai Aonang tu. Pakej ini Aonang Goodwill yang arrange. Boleh je ambik pakej kat situ walaupun tak stay di Aonang Goodwill.
Mcm mana nk dpt tourist guide
BalasPadamIbu Lala,
PadamAzie minta Aonang Goodwill yang uruskan sebab menginap di situ. Boleh cari jugak di sekitar pantai AoNang. Ataupun boleh tanya pakej di hotel tempat menginap.
Salam kak,
BalasPadamSeronok tgk pakej akak. Saya nak pergi dgn kawan kawan hujung bln 3 ni. Better ambil pakej di pantai bkn di website ya kak? Paling2 boleh nego sampai berapa baht? Terima kasih tolong :)
Salam Emy,
PadamHarga pakej ni berbeza2 ikut season. Peak season lebih mahal. Low season (musim hujan lebih murah). Peak season bulan 12 atau 1. Bulan 3 tu tryla nego 50 atau 100 baht lebih murah dari harga pakej akk. Tapi bare in mind masa akk pergi ni currency Malaysia tengah mahal =) jadi duit Thailand saaangat murah. Sekarang paham2la...huhu.
hi sis,
BalasPadamnk tny waterproof casing utk hp sis guna y brand apa? ok x? brp rm? n beli dkt mana?
Hai sis,
PadamWaterproof casing tak beli pun. So fon masuk air dengan pasir sekali. Lengkap! Tapi ada nampak diorang ni beli di Pantai Aonang area. Taksurela jenama apa. Pakai masa snorkeling. Paspport pun letak dalam tu. Nampak macam ok je. Tak masuk air.
hi azy,
BalasPadamnak tanya azy amek package semua tue dekat sana ke or booking dari malaysia.
Hai Aida,
PadamAmek kat sana =)
Hai kak azy,
BalasPadamNak tanya la..
Price utk child same ke dgn adult?
Maksud sy pakej tu. :)
Tq.. Seronok tgk gamba2 awk bcuti...
Salam sis... nak tau.. total RM pegi sane berape? exclude flight
BalasPadamHai..nak tanya if bawak anak umur 3 tahun pun kena bayar ke
BalasPadam