Makanan Halal di Krabi Thailand


Assalamualaikum





Pasti ramai rakyat Malaysia yang pernah sampai di Krabi Thailand. Tapi masih ramai juga yang belum sampai. Jika melancong ke luar negara, perkara pertama yang kita fikir, mudah ke mencari makanan halal? Jom Azie share makanan halal yang ada di Krabi. 

Moga-moga bermanfaat untuk mereka yang bercadang ke sana.


7Eleven/Family Mart

Jika ke Thailand cuba cari roti dan susu pisang cap Meiji macam di bawah ni. Jika gemarkan kopi boleh pilih Arabus dan jika suka jus boleh beli jenama TIPCO (Malaysia pun ada tapi lebih mahal harganya). Kesemuanya ada tanda halal. Banyak lagi pilihan minuman yang bertanda halal di 7Eleven atau Family Mart. Pilih saja yang berkenan di hati. Sempat pulak beli sabun organic mangosteen dan coconut oil untuk dibawa balik. 100% asli. 


















Hasna Palace

Hasna Palace antara restoren terdekat dengan Aonang Goodwill. Jika anda menginap di Aonang Goodwill boleh cuba makan sini. Kami ke sini lepas Maghrib untuk makan malam. Menu: Friend Tanghoon dan air kelapa. Banyak menu thai sedap-sedap anda boleh cuba.

Jarak dari Aonang Goodwill ke Hasna Palace hanya 550meter sahaja
Lebih kurang 6 minit jalan kaki
Fried Tanghoon. Nyumss!




















Pulut Ayam & Briyani Ayam

Lokasi di tepi Masjid Ao Nang. Boleh breakfast di sini. Yang jual ni pakcik berkopiah kurus tinggi-tinggi dan sangat peramah orangnya. Pandai cakap Klate. Senang nak order. Pakcik ni jual Pulut Ayam dan Briyani Ayam dengan sos Thai. Rezeki kami sebab dah habis nasinya dan dia dah nak tutup kedai!

Jarak ke Ao Nang Mosque
Allah, mouth watering uols!























Yaminla Pancake

Pancake ni sangat famous di Krabi. Jika ke Krabi jangan lupa cuba pancake ni. Sempat juga merasa beberapa tempat pancake di sekitar pantai Aonang dan memang setuju dengan blogger lain pancake di sini paling sedap. Lokasi Yaminla di terletak di pantai Aonang. Agak jauh dari Aonang Goodwill.

Jarak dari Aonang Goodwill ke pantai Aonang
Banana Nutella & Pineapple Honey

























Halal Street Food (bersebelahan Yaminla Pancake)

Banyak gerai makanan halal yang sederet dengan Yaminla Pancake. Cari yang ada tanda halal. Pastinya murah jika dibandingkan harga restoren. Macam-macam pilihan ada. Ayam goreng, udang tempura, sotong bakar, ikan bakar. Tom Yam Goong, Nasi Goreng Thai, Nasi Goreng Green Curry dan macam-macam jenis nasi ada. Biasanya lepas Maghrib atau jam 9 malam memang padat di sini. Meja terhad dan sila berebut. Anda perlu beratur ikut giliran. Jadi datang seawal yang boleh! Kali pertama ke sini sejam menunggu baru sampai turn. Haiih!



















Fruit Shake Isika

Jangan lupa cuba Coconut Shake di sini. Tapi bukan coconut aje yang ada, segala jenis buah shake pun ada di sini. Memang refreshing! Harga antara 24 baht ke 40 baht bergantung kepada jenis buah. Wajib cuba tau!

























Halal Sreet Food (berdekatan Masjid Ao Nang)

Kalau rasa tidak mahu bersesak di pantai Ao Nang boleh jalan-jalan cari makan di gerai-gerai berdekatan Masjid Ao Nang. Juga banyak pilihan. Cari yang bertanda HALAL. 

















Lemon Restaurant

Jika mahu tempat makan yang lebih selesa, santai dan FREE WIFI bolehla ke Lemon Restaurant, halal Thai food. Bamboo Restoren di sebelahnya. Anda akan jumpa banyak restoren halal di tepi jalan sepanjang jalan nak ke pantai Aonang. Kebanyakkannya menyediakan FREE WIFI. Password boleh tanya dengan waiter. Bolehlah live update terus dari KRABI!



























Pizza Halal 

Pizza halal pun ada di Krabi. Ada yang kata sedap. Tak sempat nak cuba. Banyak sangat pilihan makanan halal di Krabi ni.












Namaste Indian & Halal Food

Jika mahu masakan mamak bolehla ke Namaste restoren.

















Banyak pilihan kan. Jadi jangan risau. Tepuk dada tanya selera, tanya bajet. Kalau anda ada cadangan tempat makan halal yang sedap lagi ohsem, silalah berkongsi dengan tinggalkan komen di bawah. Mana tahu lepas ni nak repeat Krabi.

Selamat bercuti ke KRABI :)

Sekian.

Travelogue Krabi

20 ulasan:

  1. betu...byk kedai mkanan halal kat sana so mmg tak perlu risau...pancake tu..ishhhh....dh lama x mkn terliur!

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM,

      Azie sendiri pun terliur! Jilat2 bibir. Ahaks!

      Padam
  2. Sepatutnya perlu di coba makanan murni thailand.

    BalasPadam
  3. Must try..fruit shake coming soon

    BalasPadam
  4. Must try..fruit shake coming soon

    BalasPadam
  5. Must try..fruit shake coming soon

    BalasPadam
  6. Sis Azie,

    Its Dina again. Saya akan ke sana bulan Nov. ni. Sliced bread tu pon ada cop halal ye?

    BalasPadam
  7. sis..
    brapa total bajet hotel, aktiviti, transport & mkn masa d krabi?

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang menarik sis.. target one day nak pegi jugak kat tempat ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Akmal,
      Terima kasih. Sis doakan Akmal nanti sampai sana juga. Aminnn :)

      Padam
  9. terima kasih di atas perkongsian..cuma nak tanye pada pendapat sis, ikut pakej travel atau pegi sendiri lebih bagus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Yang,
      Krabi ni pergi sendiri pun boleh. Takperlu pakej. Cuma kalau travel sendiri kena rajin cari info dan kene manage semua sendiri. Flight, book tiket murah air asia, bilik booking di agoda/booking.com, sampai sana naik bus/van (ambik di airport) . Pakej ke pulau boleh cari kat sekitar pantai Aonang atau ambik je pakej dengan hotel tempat menginap. Makanan halal boleh je jjcm sekitar pantai Aonang tu..jalan kaki/naik tuk tuk. Moga membantu =)

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Salam sis saya nk k krabi 21/4 ni..pergi bdua je.bawa duit rm1200 untk dua org..hotel kami blum byr lg..ckup x sis? Sy nl lbihkan mknan n sekli snorkeling je..apa pndangan sis..hrap dapat respond terima kasih

    BalasPadam
  12. May be breakfast blh jimat sebab amik d hotel..em macm mana sy nk contact sis w/out email? Em dengan ws boleh tak?

    BalasPadam
  13. May be breakfast blh jimat sebab amik d hotel..em macm mana sy nk contact sis w/out email? Em dengan ws boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Ummi,
      Wah syoknya nak pi Krabi. I miss Krabi. Takde plan nak island hopping ke? Better bawa extra RM. Kalau tak cukup ada money changer boleh tukar.

      Padam
  14. sis, cmne nak cari halal street kt ao nang beach tu n yaminla pancake...tepi jalan ke?abis sye bce blog krbi ni sume part..exitd lax asenye nk g next year..hehee....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Siti,
      Sis bersiaran dari Bangkok, Thailand ni! MashaAllah Thailand mmg heaven makanan halal nya. Ya kat Krabi kalau ada lambang bulan bintang, maknanyanya halal lah tu. Yaminla pancake senang nak cam sebab tukang masak pakai tudung :) Tepi2 jalan tu je. Kalau pergi Krabi pasti jumpa orang Malaysia ramai sangat. No worries :)

      Padam