Apa yang ada di Colmar Tropicale


Assalamualaikum

Colmar Tropicale ni di mana ye? Kemain lagi bunyinya. Ala-ala France gittu. Ikut Wiki nama asalnya Bukit Tinggi Resort di Pahang Malaysia. Kini telah bertukar nama kepada Berjaya Hills Resort. Terkenal kerana French-themed village, Colmar Tropicale.




Kebetulan suami di Philiphine kerana outstation (dah minta izin tau thru SKYPE) , ketika ini pula cuti sekolah..jadi cuti-cuti Malaysia lah dengan Kak Ngah adik tersayang (I is Kak Long :)). Kami nak bawa Aleesya Haura jalan-jalan tengok bangunan cantik di Colmar Tropicale. Aleesya ni anak buah Azie. Walaupun baru berusia 2 tahun 2 bulan tapi dia TERsangat bijak, TERsangat terang hati dan TERsangat sporting! Kenapa? Sebab tak banyak perangai. Easy peasy nak handle. Petah berkata dan ayat atau perkataan yang dia gunakan tu unexpected sangat. Paling terkesima, umur baru 2 tahun tapi cita-cita mahu jadi doktor! Bukan Azie yang cakap. Dia sendiri yang cakap. Huhu. Sangat tak sepadan dengan umur. Banyak Azie kongsi video Aleesya di Instagram. Kalau rajin bolehla tengok :)

Jam 7.30am gitu dieorang ni pick-up Azie di rumah Bonda di TTJ Seremban dan gerak ke Bukit Tinggi. Aleesya tidur lagi dalam kereta dengan tak mandinya. Plannya nak mandikan dia di Petronas je. Baru nak keluar tol senawang adik ipar tersedar pulak yang wallet dia tertinggal di rumah. Pulak dah! Terpaksa patah balik ke rumah. Aleesya pulak terjaga jadi siap-siap mandikan teruih. Sudahnya kul 9.30 lebih baru gerak. Trafik lancar jadi kami sampai sana jam 11.30 pagi. Entrance fee RM12 seorang (dewasa). Kanak-kanak den lupo. 

Sampai-sampai isi perut dulu. Bawak bekal siap. Azie masak nasi goreng, bonda sediakan sambal ikan bilis Umpph!, Kak Ngah pulak sediakan ayam goreng dengan karipap ikan terengganu. Sesungguhnya masa ke sini dengan suami pertama kali dulu, kami kebuluran tak tahu nak makan kat mana. Sebab tak nampak tempat makan pun? Bila balik baru nak google. Rupanya ada seperti di bawah ni. Halal ke korang? Kalau korang terbaca ni plis share dengan Azie tempat makan di sini ye. 

La Cigogne : Fine dining restaurant serving authentic French cuisine
Le Blason : Coffee house that serves all day dining from breakfast to supper
L’Orient : Indo-Chinese, French and South-East Asian restaurant
La Flamme : Sidewalk Deli which whips up the best pizza and pasta
Le Poulet Roti : Serves freshly roasted chicken and variety of side dishes
La Boulengarie : Homemade French bakery with sandwiches and freshly brewed coffee
Le Vin : Wine Bar with an extensive selection of delectable wines


Bukak bonet kereta berkelah dulu atas bonet!
Perut kenyang baru syok nak jalan

So apa yang ada di Berjaya Hills?

Kuda yang menyambut kiteorang
Seksi meksi berposing begitu

Nak sampai Feranchis tak tahu bila,
jadinya dapat tengok senibina ala-ala Ferancis pun bersyukur dah =P

Begini lengang? Sabtu ni wei. Dahla cuti sekolah. 

Budak tecik tu excited nak tengok 'SWAN'

Hi, Azyyati Liah here

Rumah Jepun dalam hutan tropika katanya

Bersih, tenang, aman damai je

Meet Aleesya Haura people

Cheeky Aleesya Haura. FYI, BF lagi ni. 

Kenapa kiteorang pilih tempat ni? 1. Diorang ni tak pernah sampai. 2. Masa ni cuaca panas sangat. Kononnya pergi bukit yang tinggi dapatlah rasa suasana sejuk-sejuk gitu. Nan hado ok. Panas je kat atas bukit pon. Dah la tempat nak lepak takde. Tempat nak makan bekal pun tak tahu kat mana. Memang tak mesra family tempat ni. Kalau anda bermalam di sini, mungkin lain pulak kisahnya. 

Apa lagi tempat menarik di Colmar Tropicale ni? di Lepas snap-snap terus gerak ke Japanese Tea House. FYI kalau tak mahu drive boleh naik shuttle bus ke sini. Kalau malas nak tunggu macam kami ni naik ajela kereta sendiri dan park di tempat yang disediakan. Nak pergi rumah Jepun ni silalah fit. Panjat tangga tinggi boleh semput bagi yang tak fit. And plis don't wear high heels. Boleh terpeleot nanti.

Itu satu hal, nak sampai ke Rumah Jepun tu, hal kedua pulak. Macam ala-ala mendaki gitu. Nampak pakcik makcik mengah-mengah nak sampai rumah Jepun ni. Tu belum campur peluh belengas masing-masing satu badan. Obvious. Mujur kiteorang ni bertindak bijak dengan tak bawa stroller. Pheww!

Di sini ada spa tahu. Kalau nak merasa pengalaman spa dalam hutan bolehla cuba di sini Tatami Spa. Bunyi unggas, cengekrik segala ada. Boleh juga sewa Kimono untuk bergambar dalam rumah Jepun ni.

Settle melawat Rumah Jepun, pergi pulak Rabbit Park (lupe dah nama apa). Entrance fee RM4 (adult). Purposely untuk Aleesya. Selama ni duk sebut-sebut je, jadi kali ni biar dia tengok dan sentuh sendiri Rabbit. Ada donkey. Ada horse. Settle kelas pembelajaran Aleesya, kiteorang lepak dulu dan makan bekal lagi. Lapar sangat time ni. Jam dah pukul 1 gitu. 

Lepas tu taktahu dah nak kemana, terus capai kata sepakat untuk ronda One Utama di Bandar Utama. Hahahha. Barulah nampak hasilnya! Hehe. Sebelum Maghrib dah sampai Seremban.

Pendek kata, memang keciwa ah datang sini. Tempat yang cantik tapi tidak mesra family. 




Till then wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan