Lokching Nama Glamour Satay Ikan


Assalamualaikum dan salam sayang :')






Sesekali kurasa teringin... Mahu makan lokching @ satay ikan ni. Setiap hari hujan sekarang ni, tak kira pagi, tengahari, petang or malam. Hmmm..kalau boleh makan lokching panas-panas sedak molek nih. Kalau refer pada blog ILoveKlate, lokching adalah istilah dalam dialek Klate. Lokching dipercayai berasal daripada bahasa Thailand yang bermaksud bebola bakar. Gittu.




Kalau Azie dengan suami balik Kelantan atau Terengganu mesti cari lokching. Dulu harga seposen secucuk. Sekarang, harga RM1 untuk 4 cucuk! Biasa diorang ni jual atas motosikal. Bila kita order barulah satay ikan dibakar dan dicampur dengan sos pedas dan sos manis. Nyummmmss!

Pasar Tani Kuala Besut
Kawan Azie ada bagitahu yang satay ikan ni dah ada di serata Malaysia. Ada yang pernah jumpa di Downtown Cheras. Sekarang ni takpasti masih ada dijual di sana atau tidak.

Lokching atau satay ikan ini boleh tempah tau. Hari tu kami tempah untuk bawa balik Seremban dan Shah Alam. Mana lah tau kotnya mengidam tiba-tiba kan. Nak tunggu balik Terengganu or Kelantan taktahu bila. 


Bila nak makan boleh panggang sendiri! Azie guna pemanggang ajaib. Boleh juga guna multicooker. Azie dah try kedua-duanya dan hasilnya memang berbeza! Pemanggang ajaib kita dapat satay ikan yang lebih garing. Jika multicooker satay ikan akan jadi lebih moist dan lembut. Guna oven pun boleh kalau nak bakar banyak-banyak sekaligus. Walauapapun kekdahnya, kata suami tetap tak sama rasanya macam panggang atas motosikal tu...*haih! macam-macam*

FYI, Lokching ini boleh didapati di Mira Cafe di Butik Oasis Gallery (berdekatan SME Bank). Dibuka setiap hari 10pagi - 10malam. 

OASIS GALLERY
302G & 303G, Jalan Pusat Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang.

Warga Seremban & Senawang boleh dapatkan di sana ya!!


Kalau DIY, ni ha...

Resepi LOKCHING a.k.a Satay Ikan

Bahan-bahan:

500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa


Cara memasak:

1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.

2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.

3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.

4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.

5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.


SOS Manis

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah


Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)

2. Masukkan air.

3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.

4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.

5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

(kredit: engkusulwani.blogspot.com & pinkymomma.com)

Nota: Jangan letak bawang putih, kalau taknak rasa bawang putih. Azie takpernah cuba lagi :P Kita simpan dulu, mana tahu suatu hari nanti TERajin pulak nak buat.

Selalu makan satay ikan ini kalau pergi Pantai Air Tawar di Besut dan Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu! *Memori Satay Ikan*



10 ulasan:

  1. OMGGGGG this is my favourite.... tiba-tiba terliur...

    BalasPadam
  2. alamak.... rase cam nak gie cari skrg gak satay ikan ni... my fav too.... heheh..

    BalasPadam
  3. lokching ke namanya..pernah mkn waktu ke rantau panjang

    BalasPadam
  4. Salam tmpang iklan. sy pengedar lokcing area n9 dan juga seri kmbgan slangor.. bleh wasup sy 0137528005

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum...maaf tuan tanah. Suami saya ada menjual lokching satey ikan ori from klate. COD disekitar Puchong. Pos ke seluruh Malaysia.

    Whatsapp 016-6024607

    Terima kasih 😊😊😊

    BalasPadam
  6. Masa kisar isi ikan tu pakai blender kering ke blender basah ye

    BalasPadam
  7. bestnye azie.. mmg feveret gak nie....

    BalasPadam