Assalamualaikum dan salam sejahtera
Korang pernah pergi Taiping? Azie lama tak ke Taiping. Pernah sampai Taiping sekali. Itupun disebabkan sahabat baik suami berkahwin beberapa tahun lepas. Baru-baru ni berkesempatan lagi ke Taiping bersama suami dan family. Hantar adik kesayangan yang akan mula bertugas di Hospital Taiping. Tujuan kali ini lebih kepada jalan-jalan cari makan. Jom cekidout makanan apa yang ada di Taiping.
Ini kira last minute vacation. Ayahandabonda dah beberapa hari stay di sana. Bila diberitahu bilik FOC tak perlu bayar... terus ajak suami ke Taiping. Lagipun dari rumah ke Taiping dalam 3 jam (rumah dekat dengan highway LATAR). Malam Jumaat suami balik kerja terus pecut ke Taiping. Sampai jam 12 tengah malam gitu. Malam tu kami stay di Hotel Panorama.
Seronok sangat JJCM kali ini sebab ramai yang join. The more the merrier. Jom Azie nak share tempat makan menarik di Taiping yang sempat kiteorang singgah. Kesemua tempat ini di dicadangkan oleh member-member sporting di Facebook. Lontarkan saja pertanyaan di FB, pasti ada yang sudi menjawab. Terima kasih semua! Banyak lagi tempat yang dicadangkan mereka tapi 4 tempat je yang sempat kami singgah. InsyaAllah lain-lain tempat makan tu, kami akan selesaikan juga dalam masa terdekat.
Seronok sangat JJCM kali ini sebab ramai yang join. The more the merrier. Jom Azie nak share tempat makan menarik di Taiping yang sempat kiteorang singgah. Kesemua tempat ini di dicadangkan oleh member-member sporting di Facebook. Lontarkan saja pertanyaan di FB, pasti ada yang sudi menjawab. Terima kasih semua! Banyak lagi tempat yang dicadangkan mereka tapi 4 tempat je yang sempat kami singgah. InsyaAllah lain-lain tempat makan tu, kami akan selesaikan juga dalam masa terdekat.
1. CENDOL BISMILLAH
Lokasi
151, 139, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Perak, Malaysia
Katanya, ini kedai cendol pertama di Taiping. Tak susah nak cari Bismillah Cendol. Dari jauh sudah boleh nampak. Ini kedai India Muslim tau. Cendol ini 'very old school cendol' . Rasa manisnya cukup, isi dalam cukup dan rasanya memang old school betul. Makan pulak dengan pasembor. Kombinasi yang ngam! Bonda order laksa yang ada dijual tak jauh dari kedai ni (makanan feveret bonda is laksa penang). Satu je nak komen, tasteless.
2. ROTI JANTAN DI KAKI BUKIT LARUT
Cadangan sarapan pagi di Tepen. Perh! Nama ganas dan agak menakutkan. Adakah bila makan roti ini akan meningkatkan sifat kejantanan dalam badan?! Sungguh takdapat nak bayangkan roti jantan ni. Semua teruja nak rasa. Roti jantan ada dijual di gerai-gerai yang ada di kaki Bukit Larut. Tak tahu yang mana satu yang ok, kita masuk saja mana-mana gerai yang available. Tadaaaa, inilah rupanya! Dimakan dengan kicap & pepper. Nyummmms! Terus jadi kuat dan bertenaga!! LOLS.
3. TAIPING YONG TAU FU BELAKANG BOMBA
Lokasi nya terletak di Pusat Penjaja Taiping. Belakang Balai Bomba. Malamnya kami dinner kat sini. Bonda kenyang katanya. Jadi stay di hotel. Lepas Isyak, kiteorang bereempat ke sini jalan kaki dari Hotel Panorama. Dekat sangat pun. Bila sampai, penuh gila manusia. Takda meja kosong. Cemana mahu makan?! Jadi lain kali kene datang awal lagi. Akhirnya bungkus bawa balik hotel.. Mereka sediakan lidi penyucuk dan bekas untuk makan. Eh seronok pulak makan di bilik, berebut-rebut siapa cepat dia dapat gitu (termasuk bonda yang kenyang tadi tu. Hehe). Sedap sehingga menjilat lidi. Ada taburan kekacang itu yang buatkan ia bertambah-tambah sedap. PUAS!
Takda gambar makanan sebab keadaan tidak mengizinkan. Hihi. Tapi highly recommended uols! Sila pergi.
4. MAK JAH MEE UDANG KUALA SEPETANG
Pertama kali ke Kuala Sepetang beberapa tahun lepas, kedai Mak Jah Mee Udang ni tutup. Kami ke MakTeh Mee Udang rasanya. Alhamdulillah kali ni berjaya juga menjejaki restoren Mak Jah Mee Udang ni. Harga Mee Udang special RM13 (5ekor udang besar saiz XL). Mee Udang biasa harga RM9 (udang kecik sikit). Udang memang fresh. Kemanisan udang tu sangat terasa. Marveles! Masing-masing tersandar kekenyangan dan kepuasan. Nasi goreng sotong di sini dimeriahi dengan sotong. Suka.
5. Kuey Teow DOli
Pernah makan di cawangan Taman Tun. Jadi kami skip dulu kali ni. Mesti rasa sama kan. Doli Char Kuey Teow Tepen ni berdekatan dgn Taman Tasik Taiping,berhadapan dgn Pusat Kesihatan Taiping.
6. KETAM LEMBUT KUALA GULA
7. GULAI SEMBILANG di PARIT BUNTAR
Item 6 dan 7 di atas ini dicadangkan oleh orang-orang Tepen. Masih belum berkesempatan untuk singgah dan merasa. Insya Allah lain kali. Kesemua tempat makan yang dicadangkan adalah di Taiping atau berdekatan dengan Taiping.
Selamat jalan-jalan cari makan!
ishh...semua mknan merembes air liur
BalasPadamWahhhh mmg terliur tgk gamba2 huhu. Nk try la nnti, gi food hunting ! Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.
Padam>>> Slim & Fit Semulajadi!<<<
macam mana CT ended up sampai entry ni eh ehehehe..
BalasPadamcoz tngh cari mana nak makan kat Taiping..
kuala gula ketam lembut osem..
mai gulai smilang parit buntar hello2 k.. rumah i dekat je =D
Yg dlm sampan tu nasi goreng dkt kuala sepetang juga ke .. Lapar plak tgk huhu
BalasPadamAtiqah,
PadamHaah dekat kuala sepetang! Alamak baru perasan...besarnya udang kat atas tu. *lap air liur*
cendol tu yang meleleh kalau musim panas ni..hee
BalasPadamada tempat yang aku dah pi...boleh tgk dalam aku punya review kat blog aku.
BalasPadamhttp://sedapnya-makan.blogspot.com