Duckscarves by Vivy Yusof


Assalamualaikum




Salam malam Jumaat. Tengok tajuk pasti dapat teka kan nak cerita pasal apa :)

Pernah dengar duCK scarves?


Duckscarves













duCk scarves adalah jenama tudung. Foundernya tidak lain tidak bukan, blogger terkenal  yang mempopularkan perkataan DUCK, siapa lagi kalau bukan tuan blog PROUDDUCK (Pn Vivy Sofina Yusof)

Selendang ini secara official menjadi jenama yang digilai wanita berhijab diluar sana (ni semua gara-gara Instagram!) Nampak tak kuatnya pengaruh media sosial di situ? Masa awal-awal dijual secara online di FASHIONVALET, sekejup dah SOLD OUT. Kegilaan apakah itu?

Sehingga kini dah ada 3 kotegori yang dikeluarkan di bawah jenama ini;

1. Premium Basics (Mixed Crepe, Jersey, Peachskin, Satin Silk
2. Prints (Blurred Lines, The Kuala Lumpur Scarf)
3. Inner (Headband, Snowcap)

Semua warna cun melecun dan menjadi buruan wanita.

Ku perati lama je instagram duckscarves  . Makin lama, makin kuat perasaan nak beli. Haihh! Bayangkan kalau dah semua yang pernah beli duk beri komen memberangsangkan mana tak naik nafsu serakah nak membeli kan. Akhirnya kuterlanjur juga membeli duCk scarf ni. Hahahha. Harga sehelai RM120. Jadi korang mesti dah fahamkan kenapa Azie duk pikir lama, duk perati lama. Mahail oii. Terketar tangan nak beli. 

Liked it so much! 
Sugar Rush - Peachskin
Finally!





















Bila dengar duCk berkolaborasi dengan P&G dan beri PERCUMA duCK scarf (jika buat pembelian barangan P&G sebanyak RM40 di Watson), tak tunggu lama terus ke Watson berhampiran. Tapi kalau dah nama FREE kualitinya biasa-biasa tidak seperti kualiti asal nya. Beli ni pun sebab tak menahan tengok kotaknya yang cantik. 

Stay Beautiful Scarf

Terus jadi shawl kegemaran!
















Now yang menjadi rebutan, Black & Off White The Kuala Lumpur prints yang limited edition. Tak sempat nak panas kat FASHIONVALET tu. Beberapa minit je dah SOLD OUT. Tapi tulah sudah rezeki ku dapat juga! Akulah wanita terbahagia. Hihi.


The KL Scarves

Off White




















Homaigod! Material superb. KL Print nampak sangat esklusif. Pakai untuk hari-hari istimewa gittu. Kenapa jenama ni begitu istimewa? "Every scarf purchase comes beautifully wrapped in a specially designed hard casing and a personalised thank you card from D" (nama gelaran) 



Nak beli? Silalah jenguk di FASHIONVALET. FYI, FREE untuk local delivery. Mereka juga ada international delivery. Jadi walaupun anda di UK, jangan risau masih boleh shopping. FV juga ada sistem point. Jadi pembelian seterusnya boleh ditolak dengan point yang ada. Lagi pun sekarang ni mereka ada promosi 10% sepanjang April! Tolak lagi. Jika ada pengguna CIMB Cliks dapat lagi 20% discount. Meriah kan? *GST oh GST!*


My duCKscarves collection;








Sekian

Yang Benar,
Duckies


13 ulasan:

  1. kalau baca tajuk je sis JM mmg tak tahu nk cite pasal tudung...nampak sgt mcm katak bawah tempurung...huhuh...online shopper tegar katanya

    BalasPadam
  2. JM,

    Bukan sis katak bawah tempurung, tapi terlalu sibuk terbang ke luar negara :)

    Azie klik-klik beli tudung, sis klik-klik beli tiket flight. Lagi kerlasss!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh Sis JM tak sempat klik-klik tudung, dia busy klik-klik tiket :)

      Padam
  3. Yang KL scarves tu memang cantik. Packaging superb!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farrah,

      Itulah tak dapat nak menahan tu. Tergedik-gedik nak beli juge.

      Padam
  4. Memang lawa2 koleksinya...belum beekesempatan lg nk membeli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Linda,
      Sekarang makin ramai peminatnya. Harga pun makin mahal. Kene berebuttt walaupun secara online. Huhu.

      Padam
  5. hi duckies..saja singgah..dulu stok beli duck setahun sekali time raya..la ni..banyak plak keluar..haha...terus rasa macam kena duck maniac....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi! Ya betul. Sampai sekrang susah lagi nak cure penyakit ni. Terpaksa juga battle utk koleksi limited edition. Sugar Rush atas ni lama dah let go :)

      Padam
  6. Hi dear. Any chances you nak let go your off white kl/ blurred lines/ singapore ducks? hehe. kalau nak swap pun okay hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi duckies. Heheh. Buat masa ni masih belum nak jual. Sayaaaaanggg!

      Padam