Translate

No-No-NO!

Krabi 2015 : Day 1 Part 3 | Maya Bay



Assalamualaikum


Takpuas sungguh menatap keindahan alam di Pileh Bay (refer previous post). Masa yang ada begitu singkat. Kami di bawa pula ke Maya Bay. Kat sini kami diberi masa sejam untuk bercanda-canda di tepian pantai ala-ala Bahamas ni. 


Koh Phi Phi Leh,Krabi (Crytal Lagoon in the Andaman)

"Ao Maya, the half-moon bay of Phi Phi Islands hidden in mountain cliffs, seems like the mysterious world hiding itself from the visitors. The bay provides secluded beaches with white sand and magnificent coral reef making the site perfect for snorkeling. Ao Maya is paradise for sea lover to enjoy sunbathing or swimming in a private place surrounded by blue sky, emerald crystal sea, and mountain cliffs. No wonder why Hollywood had chosen it as the location for filming the world’s famous movie, The Beach ! " - Thai Tour Info



Travel does a heart good, especially to the beach! 






Maya Bay, pantai yang crowded dengan pelancong! 


Dah macam-macam rupa manusia seluruh dunia ada di sini
Susah nak ambil gamba tanpa nampak orang

Haruslah berendam di tempat yang teduh
Situ aje yang tak berapa nak ramai orang. Hihi.

Peace! Kat sini tak berapa lalu nak mandi
Berendam cukupla. Amik syarat.

Yeah, welcome to Ma Ya Bay! 
Finally kami sampai sini
Syukran Ya Allah

Jangan lupa pakai sunblock. Tengoklah muka kiteorang dah gelap. 

Di Ma Ya Bay ni ada lookout point dipanggil Lo Sama Bay. Yang ni anda kene masuk dalam hutan sikit dan naik tangga kat belakang tu untuk lihat pemandangan seperti di bawah.


Lookout point!

Macam mana cantik tak Maya Bay? Begitu hebat ciptaanmu Ya Allah. Ini belum lagi pergi Boracay atau Maldives kan. Orang yang gila pantai pasti akan jatuh hatu dengan keindahan alam di sini. Cuma itulah, penuh dengan pelancong. 

Macam-macam ragam orang ada di sini. Ada aweks berkulit putih sedang buat photo shoot. Pakaian sah tutup atas dan bawah je. Rambut blonde. Ada bunga sekuntum selit di belakang telinga. Pastu simbah or percik-percik air dengan gumbiranya. Sendduuu je tengok badan cantik macam biola. 

Masa hanya diberi sejam. Mana cukup sejam di pulau yang cantik macam ni. Redha. Cukup sejam dah kene laung naik semula speed boat. Masing-masing nampak keletihan ya amats. Sebab cuaca panas terik kot. Dalam boat ramai yang terlena kepenatan.  Bumpy ride on speed boat? Yes, naik speed boat haruslah begitu kan. Tapi pada Azie ok je. Just enjoy the moment. Lagipun laut tenang, cuaca cantik dan Day 1 berakhir dengan perfect! Alhamdulillah. Kalau laut bergelora ke hujan lebat ke mungkin lain pulak ceritanya. Jadi stand by je pil kot-kot mabuk laut. 

Just nak share, ada 6 months old baby yang join trip ni. Terer tak? Dalam trip ni jugak ada (rasanya blogger) setiap pulau akan pakai dress biru turqoise ala-ala frozen tuuuu dan posing sambi pegang selendang biru yang berterbangan ditiup angin pantai. Boleh imagine tak? Hihi. Mula-mula tergelak jugak. Tapi itu dah trademark dia kan. Ada yang pakai baju kurung panjat gunung. Ada yang pakai TUTU. Identiti masing-masing. Btw dia dari Malaysia.

Sebelum turun kami diminta beri tip. Berilah seikhlas hati. Azie bagi 4 bintang untuk Photo Travel & Tours ni. Puas hati. Anak muda yang jaga kami semua untuk hari ni memang bagus. Fasih dia cakap English. 

Settle mandi, cuci & jemur baju (mujur ada ampaian kt luar) kami gerak balik keluar bilik untuk dinner dan night walk pulak. Dari hotel nak ke Ao Nang beach kena jalan kaki 7km uols. Tunggu apa lagi. Jom gerak ke Aonang Beach.  




Keluar dari Aonang Goodwill, ambik kanan menuju ke pantai. Sepanjang jalan ke pantai tu memang banyak sangat restaurant makanan halal. Ada Namaste, Lemon, Bamboo.. kedai pizza halal pun ada. Pilih aje yang berkenan di hati. Yang perlu dirisaukan adalah harga. 

Banyak skuter untuk di sewa



Malam ni kami dinner di Bamboo Restaurant. Pineapple rice, green curry dengan coconut milkshake tu semua lebih 400baht. Mahal ok! Nak compare jugak. Makan di Yana Restaurant kat MBK (Bangkok) tu jauh gila-gila lagi sedap puas hatila 400 baht. Disebabkan rasa tak puas makan, beli pulak Banana Nutella Pancake masa tengah jalan balik ke hotel. 



FYI, belah kiri Aonang Goodwill ada Masjid Ao Nang. Banyak sangat gerai-gerai makanan halal tepi jalan ni. Ramai jugak pelancong yang datang beli. Kami nampak Jamai Pancake pulak. So pancake lagi untuk kali kedua. Kemaruk betul.

Dah kenyang perut balik hotel dan Zzzzz. Berehat untuk Day 2 pulak.  Apa yang menarik pada hari-2 ni? Tungguuuuu....

Till then wassalam.

4 comments:

  1. hi sis. sy nk tny yg family bawak baby 6month tu die snorklng mcm mane? take turn jage or ade safety jacket utk baby yg baby blh join snorkling skali? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,
      Take turn jaga. Takde safety jacket utk baby.

      Delete
  2. Salam sis,
    Kiranya baby boleh join trip ke pulau-pulau lah ye? Anak saya 1 yr ++.
    Satu lagi, sis memang saje2 ambil tour agent yg berbeza2 untuk setiap trip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura,
      Speedboat ok bawak baby. Long tail boat not recommended.
      Haah. Saja nak try dengan ejen lain-lain =)

      Delete