Resepi Jus Untuk Kurus Dengan Cepat!


Assalamualaikum

Pssstttt....psstttt...

Nak share resepi jus untuk kurus dengan cepat. Bonus kulit cantik dan glowing! 

Lama dah Kuvings ditinggalkan kesepian di bucu dapur. 

Muka pun sunburn teruk sebab balik Boracay, tubuh badan pun dah lari shape (makin lari lepas makan nasi Arab homemade adik ipar. Siap tambah 2x!).

Jadi gigih google resepi jus yang boleh menghilangkan berat dalam masa yang singkat dan paling penting dalam masa yang sama kulit pun nak glowing jugak! TAMAK. Akhirnya terjumpalah satu resepi ni. Azie dah cuba, rasanya amat sedap sekali!


Penuh buah dan sayur sebakul! Ada timun, celery, nenas, kiwi, halia dll. Scroll resepi di bawah.


Sepatutnya warna hijau pekat. Sayur bernama KALE tak jumpa di TESCO mahupun ECONSAVE di area rumah. Makanya jadilah warna hijau cair macam ni. Hiks. Jaya Grocer Bukit Jelutong ada tak? 


Tanpa gula dan tanpa air. 100% dari ekstrak sayur dan buah.

Lepas minum ni terus buang angin dengan cemerlang dan sendawa kekenyangan! Burrrppp! Alhamdulillah. Harini dah masuk 3 hari tak makan nasi!! Tunggu seminggu naaaaa. Nanti Azie update result okeyyyy.

Terinspirasi dengan cara hidup sihat Prof Muhaya. Aritu ada terbuka siaran Astro Ria. Rancangan apa tak pasti. Tapi Dahlia (Pengacara hLIVE) ada melawat rumah Prof Muhaya. Ada KUVINGS Merah juga di dapur Prof Muhaya. Dia buat jus dari segala sayur hijau dan bagi Dahlia rasa. Nampak enak je. Resepi jus hijau tu takdela Prof kongsi. Jadi Azie ambil inisiatif untuk google dan cari resepi yang fokuskan 2 perkara;

1. Weight loss
2. Glowing skin

Dan inilah resepinya;

2 potong nenas
1-2 batang of celery/saderi
2-3 genggam daun KALE or baby spinach (terpaksa skip sebab tak jumpa!)
1 biji timun
2 biji green apple
2 inci halia (besar sikit dari ibu jari)
2 biji kiwi
1/2 biji lemon

Banyak betul kan bahan-bahan nya. Khasiatnya pun banyak! Patutlah kenyang! Jus homemade macam ni pastinya lebih sihat kerana tiada pengawet, tiada gula dan perasa tiruan. dan amat sedap berbanding jus-jus yang ada di pasaraya. So apalagi...belilah satu juicer untuk rumah sendiri. Pasti BERBALOI ^_^

Kalau korang ada resepi jus hijau yang sedap rasanya silalah kongsi kongsikan. Sharing is caring =)

Sekian.

6 ulasan:

  1. Ehhh bunyi macam kita dekat jer? He he he... Nanti I nak cari juga bahan2 ler... Mana tau boleh terserempak kan? Pssst... Ha ha ha kita pun nak kurus jugak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah,
      Tah tah kita setaman. Hiks. Kalau terserempak tegur tau!!! Bolehla kita pi mengeteh pulak =P

      Padam
  2. patutlah azy slim river sangat... nak cuba gak lah azy :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Ana,
      Hahahahaha! Punchline akak mantap! I like ^_^
      Cuba jangan tak cuba. Marilah kita kurus berjemaah

      Padam
  3. asslm..mnum waktu bila ye sis?pgi or mlm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai dear.
      Buah elok makan masa perut kosong kan. Mcm saya prefer minum petang sebelum dinner. Hehhe.

      Padam