Percutian Boracay 2016 Day 4 : Willy's Rock


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua!

Semalam check-out Blue Marina Station 2 ke Punta Rosa Station 1. Selesai breakfast di Punta Rosa, kami jalan kaki pergi Willys Rock. Tanya staff Punta Rosa dimanakah Willy's Rock? Jawapan yang agak mengejutkan dan mengecewakan. Dia tanya balik soalan kat kita, apa itu Willy's Rock? Tak tahu pulak dah....

Jadi kita jalan kaki je menghala ke Station 1. Mujur Josh dah bagi info. Dari Punta Rosa nak ke Willy's Rock berjalan dalam 15 minit. Jadi Day 4 ni misinya jalan-jalan tepi pantai dan cari fridge magnet di D'Talipapa. Ada duit lebih cari Jonah's Fruitshake (Mango + Banana) & minum Buko Fruitshake. Ada duit lebih lagi kita cari kerepek pisang premium dengan mangga kering. Sedaaappp! 

Korang tau tak?
  • Mangga or Mango is the National Fruit of The Philippines
  • Bangus or Milk Fish is the Fish of The Philippines
  • Kalabaw or Carabao (Kerbau) is the National Animal of The Philippines
Matahari masih belum terbit. Ayam pun masih berkokok lagi. Ya Allah damainya perasaan. Mengenangkan kebesaran Ilahi. Suami over excited lettew!

Dikatakan batu ini asalnya batu Valcano. Siap ada pokok kelapa sebatang pulak tu. Ada patung Virgin Marry juga di atas ni. Jika low tide memang senang nak datang ke sini.

Selesai tengok Willy's Rock, kami berjalan ke Diniwid Beach. Jernihnya. Crystal clear water! Rasa mahu berumah di tepi lautlah macam ni! No wonder Travel+Leisure awarded Boracay "Best Island In The World" in 2012!

Belakang tu Nami Resort yang ada Spider House (tree house-style). Sangat strategik untuk tengok sunset di Boracay! Lagi rare mereka ada Bamboo elevator. Ini masih di Diniwid Beach. Pantai yang sangat ohsem dari White Beach. Orang tak ramai sangat di sini. Algae hijau pun kurang.

Subhanallah. Masya Allah.

Next berjalan ke D'Talipapa dan cuci mata di Wet Market. Nak beli souvenir murah di D'Talipapa. Nak makan seafood, beli di Wet Market then cari kedai halal untuk tolong masakkan.

Mencari fridge magnet yang paling murah! LOL.

Dari sini nak ke Punta Rosa kena berjalan hampir 2km ni. Jadi kita beli fries dulu (Sour & Cream) dan minum Buko (coconut shake). 125 Peso untuk 1 Liter Coconut Shake. Bolehla alas perut dan hilangkan dahaga.

Selain D'Talipapa bolehla cuci mata dalam Bamboo Market. Macam biasa bila berjalan, datanglah si Pinoy menjual topi dan selfie stick ^_^. Kalau taknak kena kacau dengan diorang ni, bawak siap2 topi besar dan selfie stick cap YunTeng tu. Haaaa...confirm tak kena kacau =P

Pasir memutih kan. Percaya tak yang Boracay ni BERSIH. BEBAS SAMPAH. Memang tak jumpa sampah sarap! Atas pasir mahupun tepi laut. Orang merokok pun takde di sini. Anjing? Pernah jugak terjumpa seekor dua. Tapi melepak kemalasan je. Tak kacau orang. Mungkin kepunyaan tuan punya kedai atau resort. Oh jangan terkejut kalau time2 ni terjumpa tonyok golek (ala2 kambing golek) dalam restoren. Mereka golek awal2 untuk dinner malam nanti.

Sepanjang jalan macam-macam kedai ada. Tapi tengok je la kan. Nak buat Tattoo, Hair Braid, Henna, Massage semua ada di tepi pantai ni je.

Ada ukiran di pokok. Diorang ni bab-bab kerja karf memang terbaik

Menjelang jam 1 atau 2pm macam tu, memang panas terik. Menggelegak atas kepala. Pantai pun sepi. Balik hotel tidur dalam aircond lagi nyaman.

Nampak tak? Dari jauh ejen-ejen ni datang approach. Kalau taknak cakap je. It's ok, thank you! D'Mall ni macam2 butik ada. Crocs, Adidas, selipar pantai berjenama banyak di sini. D'Mall jangan terbayang ala-ala shopping mall macam kat Malaysia pulak. Memang sampai sudah tak jumpa. Hihi.

Senang kan nak beli pakej untuk aktiviti. Bersepah-sepah tepi pantai. Buah-buahan pun ada jual. Kacang tanah pun ada jual.

Salah satu resort depan pantai di Station 1

Kalau nak tahu cuaca di Boracay ni; Bulan paling panas ialah bulan May, Bulan paling sejuk adalah Januari, bulan Oktober paling lembap (hujan & taufan). Bulan March bulan paling kering! Patutla rasa terhidrat.

Gigih tau kanak-kanak bina pasir tengah panas. Kalau nak bergambar kena bayar 20 Peso seorang. Wajib bergambar buat kenangan. 

Satu satu hotel di Station 2, Boracay. Boracay pun ada wayar elektrik berserabut macam Krabi!

Matahari terbenam di Boracay, Filipina April 2016.

Esoknya Josh jemput kami di Punta Rosa dan bawa kami sampai ke Jeti Caticlan. Dari situ ambil van ke Kalibo International Airport. Eh dah tamat ke episod percutian di Boracay? Belum lagi ada lagi satu entry. Tunggu tauuuuu...

Wassalam.


1 ulasan: