Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis
Dah janji nak bagi hotel review. Hotel pilihan selama 5 hari 4 malam di Boracay ialah Blue Marina Boutique Hotel di Station 2 dan Punta Rosa di Station 1. Harga bapak mahal. Check punya check rupanya salah waktu....Elakkan waktu-waktu di bawah ni. Harga hotel akan increase extra 20% - 30% daripada harga high season.
1. Christmas/New Year Dec 15-Jan 5
2. Chinese New Year: Date of Chinese New Year +/- 3 days. i.e. if Chinese New Year falls on Febr. 8, prices will increase Febr. 5-Febr. 11.
3. Easter: Date of Easter Sunday -4 days and +2 days. i.e. if Easter Sunday falls on March 27, hotels will be more expensive March 23-March 29.
2. Chinese New Year: Date of Chinese New Year +/- 3 days. i.e. if Chinese New Year falls on Febr. 8, prices will increase Febr. 5-Febr. 11.
3. Easter: Date of Easter Sunday -4 days and +2 days. i.e. if Easter Sunday falls on March 27, hotels will be more expensive March 23-March 29.
Azie survey beberapa hotel antaranya Jony's Beach Resort. Calypso Beach & Dive Resort. La Carmela De Boracay Hotel. Semua STANDARD ROOM SOLD OUT. Nak pergi hujung bulan March, hujung Disember baru terhegeh-hegeh nak cari bilik. Rasa nak sekeh kepala sendiri. Padehal tiket flight dah beli lama. So ingat Azie, next time jangan buat kerja last minute. Ini padahnya!
Yang tinggal ala-ala suite gitu. Harga toksah cakap. Boleh botak kepala suami isteri macam ni. Hihi. Hotel-hotel lain ada, tapi macam tak yakin dan tak pasti kedudukannya celah mana. Kang terduduk hotel ala-ala rumah pelacuran. Camne. Kami mahu duduk hotel depan-depan pantai (diva). Tapi nak harga JIMAT.
Blue Marina ada room untuk 3 orang. Dalam kalut-kalut terbooking jugak di Booking.com.
Bilik Superior Twin Room untuk 2 malam - 8,000 Peso
* TAK PERASAN harga bilik EXCLUDE 12 % VAT DAN 10 % service charge
Perasan masa nak print booking. Esoknya dah nak fly. Cisssss bedebasss betul. Tipah tertipu. Jadi extra pesos kena allocate di situ. Total adalah 9760 Peso (RM878.40 untuk 2 malam). Perhhh! Fengsan. Bangun balik. Fengsan balik. SERIK. SERIK.
Bila sampai sana, alahai sejuk hati tengok staff di front desk yang warm & friendly. Layanan diorang memang 5 bintang lah sangat. Terasa diriku ini begitu beharga. Diberinya wet & cold towel untuk lap muka yang berdebu kelabu ni. Then dapat pulak welcome drink. Eloklah mulut memang kering. Dah dekat 4 jam tak minum seteguk air.
Oh Blue Marina ni mintak deposit 1,000 peso sebagai jaminan. Pulang semula masa check-out nanti. Yang kami duk perati, Blue Marina ni macam rumah banglo setingkat. Dan dalam kawasan private property. Bilik confirmlah tak banyak. Kalau ikut yang kami bilang ada 11 pintu je dalam banglo ni. Patutla cepat sangat SOLD OUT.
Jejak je kaki dalam bilik alahai...eloknya bilik dia. Kemudahan yang ada di Blue Marina;
- Super Comfy Bed
- Egyptian Linens
- Fluffy Pillows
- Private Bathroom
- Rain Shower
- Bath Amenities (berus gigi, shampoo, body bath)
- Private Terrace (ada balkoni kat luar. Boleh lepak minum kopi. Ada tempat jemuran)
- 32" Flat Screen TVs (ada lebih 50 channel TV)
- Private Refrigerator
- Complimentary Water
- Room Safe
- Free WiFi (laju okeh!)
Dia punya katil dan bantal memang comfy sangat. Macam Hilton punya bantal ^_^
Katil extra tu jadi tempat solat dan tempat letak barang. Hiks.
Kettle disediakan. Biskut & Snacks (mini bar) tu macam biasa kalau ambik kena lah bayar. Nombor bilik 110. Boy Bawang tu pernah makan. Cikedis bawang putih. Pelik tapi benar.
Mineral water yang bertanda halal disediakan. Begitu juga dengan coklat dan biskut SkyFlakes ni juga ada cop halal Phillipines.
Kamar mandi yang mewah
Front Desk Blue Marina Boutique Hotel. Staff dia memang peramah habis. Senyummmm memanjang.
Ready for breakfast. Day 1 minum juice mango. Day 2 juice pineapple. Lazat!!!
Breakfast hari-hari lain menu. Sandwich tu request buh sayur je. Pesan awal-awal dah takmo ada penggunaan sebarang chicken, ham or meat.
Kami suka. Kami bagi 4 bintang ^_^
2 malam di Blue Marina, kiteorang check-in pula di Punta Rosa, Station 1. Blue Marina uruskan hotel transfer (tolong call minta early check-in dan tolong cari tricycle hantar ke Punta Rosa). Alhamdulillah dapat early check-in. Kul 12 kami dah check-in Punta Rosa. Kononnya nak ambik feel penginapan di Station 1. Sekali Punta Rosa kedudukannya jauh ceruk di hujung Station 1. Mengadap bukit yang ada lambang salib tu. Belakang bukit tu Shangri La. Ini pun kes tertipu ni. Kalau tengok Google Maps dan Booking.com kedudukannya tak belakang macam ni. Tapi lokasi sebenar jauh di hujung Station 1. Dari segi lokasi memang tak ok sangat. Kalau stay sini memang betul privacy dan memang anti-social. Jauh jugak nak menapak ke Willy's Rock tu (dalam 15-20 minit ikut laluan pantai). Jauh gilerrrrrr nak menapak pergi Station 2 atau Station 3.
Lepas check-in sampai welcome drink ke bilik. Dapat ice lemon tea sedap dan cheese stick sedap. Bilik not bad, boleh tahan besar. Konsep macam resort. Ada towel, berus gigi, ubat gigi, shampoo, sabun dan rain shower. Hair dryer juga disediakan. Wifi ada. Tapi kelajuan macam kura-kura. GLOBE pun slow macam siput. TV kemain flat skrin ada lebih 50 channel tapi malangnya putus-putus.
Yang tak best, takda paip tepi tandas (ala-ala mat salleh beristinjak dengan tisu). Takda complimentary mineral water (kalau nak sila bayar). Takda kettle. Mujurla boleh request hot water. Dia hantar dalam Termos. 2 malam kat Punta Rosa adalah dekat 10 kali mintak hot water. Hihi. Sejukkan jadi air masak. Boracay panas wei..boleh terhidrat kalau tak cukup air.
Belakang bukit hujung Station 1 ni ada Shangri-La. Yang duduk Shangri-La lagi jauh gila nak berjalan ke Station 1 & Station 2 (kalau ikut jalan pantai). Kena lalu titian tepi bukit tu pulak. Ataupun mungkin ada free shuttle ke pantai. Tapi pantai memang private. ShangriLa mengadap Diniwid Beach.
Kamar mandi yang bapak luas.
Tempat breakfast atau sarapan pagi di Punta Rosa Station 1 - mengadap Diniwid Beach
Inilah Bangus (boneless milkfish). Ikan tu panggang bodo macam tu je. Tapi sedap. Juicy sangat. Makan telur dan nasi berulamkan timun dan tomato.
Punta Rosa Boutique Hotel ni banyak level. Takda lif. Jenuh jugak nak panjat tangga. Mujur bilik kami panjat sekali tangga je. Tempat breakfast dia memang paling tinggi. Atas bangunan. Sila panjat tangga nohhhh. View atas ni memang bestla. Sarapan sambil tengok kebiruan laut Diniwid Beach dan rasa hembusan angin laut Boracay. Tak dapat Bora-Bora, Boracay pun jadilah. Bersyukur.
Punta Rosa Boutique Hotel ni banyak level. Takda lif. Jenuh jugak nak panjat tangga. Mujur bilik kami panjat sekali tangga je. Tempat breakfast dia memang paling tinggi. Atas bangunan. Sila panjat tangga nohhhh. View atas ni memang bestla. Sarapan sambil tengok kebiruan laut Diniwid Beach dan rasa hembusan angin laut Boracay. Tak dapat Bora-Bora, Boracay pun jadilah. Bersyukur.
Breakfast di Punta Rosa juga konsep order. Jadi kami order ice lemon tea dan buah-buahan sebagai appetizer. Then order Mango Pancake dan suami order Bangus. Nak makan nasi putih. Pancake di Blue Marina lagi sedap. Esoknya dua-dua order Bangus (boneless milkfish). Lapar nasi weh.
Kesimpulannya kami lebih suka stay di Blue Marina. Punta Rosa not recommend sebab jauh. Lokasi hotel pun tak berapa best. Kawasan tu banyak anjing (dalam 3 ekor) melepak depan pantai. Rasa tak berapa selesa bila keluar jalan-jalan tepi pantai. Sebab anjing ni dilepaskan macam tu. Mujurlah bukan jenis agresif. Oklah. Sekian sahaja entry untuk Boracay Hotel Review. Next entry Azie cerita aktiviti di Boracay pulak.
Wassalam.
saya stay kat la carmela
BalasPadamsuka lokasi hotel sebab dekat dgn pantai
La Carmela tu besar kan. Betul2 hotel mengadap pantai. Blue Marina sebelahnya je tapi kiut miut je hotel ni. Hihi.
Padamtq tq tq share..
BalasPadambest sgt bace.. klu de rezki boleh ikut guide dlm ni..
Hai Zeera Lily,
PadamU are welcome dear. Tq for reading. Btw ternampak awak kat event SK-11 masa tengah scroll IG. Jelessssnya!! Dapat jumpa Yuna tak?
Hi Azyyati,
BalasPadamThanks tau for sharing,suke baca,full with information.
Nak tanye,u ambil luggage tak flight tu?If tak ambil,u bwk food semua dlm hand carry xpe ke?sbb nk pergi ni pkir2 xmau luggae,just hand carry tp tkt mknn kena rampas pulak.sobs.
Thank u!
Hi Nadzira,
PadamMy pleasure dear ;)
Tak ambik luggage. Semua food hand carry. No worries. Tapi makanan kering je tau. Kena ingat.. jangan bawak cecair lebih 100ml naik flight! Boracay imig paling sempoiii...InshaAllah semua ok.
Salam dik.. bole bagi contact no tour guide tu tak? Tq..
BalasPadamanakomak6@gmail.com
Salam Cik Puan Anakomak;
PadamCik Puan boleh PM/message Josh di FB.
Nama FB: Josh Balindres