Tips Persediaan Bercuti ke Pulau Boracay, Filipina


Assalamualaikum


Balik bercuti laju je hupdate blog kan. Baik update cecepat sebelum hilang ingatan. Meh nak share beberapa info tentang Pulau Boracay dan juga tips persediaan yang tak seberapa nih sebelum travel, backpacking atau bercuti ke sana. Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri sepanjang berada di sana ketika musim Amihan. Habagat mungkin berbeza =)


Bila waktu yang sesuai pergi Boracay

Elok sangat kalau pergi masa Amihan: Nov-May. Dry season. Peak season. Suhu antara 25'C-32'C. Pelancong memang berpusu-pusu especially Koreans. Harga tiket flight melambung mahal, harga hotel dan harga aktiviti kat sana pun mahal. Tapi berbaloi-baloi. Suasana best, angin sepoi-sepoi kadangkala kuat, laut bergelora dan paling penting view ohsem. Variety shades of blue la gamaknya.

Mac-Jun (summer time) di Boracay. Suhu antara 28 degrees ke 38 degress. Waktu paling panas sepanjang tahun di Boracay. (patutla April panas gilossss. Bahang sampai ke anak rambut!)

Habagat: Jun-Oktober. Rainy season. Low season. Ombak tinggi. Angin kuat. Silap-silap tudung pun boleh terbang. Masa Amihan pun laut dah bergelora, tak taula musim Habagat keadaan lautnya macam mana. Lagi haru kalau ada typhoons. Ketika low season, harga hotel merudum murah. Jadi hangpa pilih la nohhh, nak pi peak season ke low season.


Macam mana nak pergi Pulau Boracay

Nak pergi Pulau Boracay perlu turun di Kalibo Airport (Air Asia ada direct flight dari KLIA2 ke Kalibo). Itu Airport paling hampir. Kalau turun di Manila, kena ambik domestik flight pergi Kalibo atau ikut jalan darat. Jalan darat esok le anda baru sampai. Jika naik Air Asia, flight ke Kalibo biasanya jam 10.30 pagi. Sampai Kalibo Airport jam 3.30pm. Memang satu hari suntuk perjalanan pergi balik Pulau Boracay.

- 4 jam dari KLIA2 ke Kalibo Airport
- Dari Kalibo Airport naik van(1.5jam) atau bus (2jam) ke Jeti Caticlan. Nak lagi laju naik kereta sewa Honda Accord atau Vios
- Kemudian naik bot 20 minit ke Pulau Boracay.
- Then naik tricycle ke hotel (make sure print siap2 address hotel). Diorang bukan yellow pages hafal semua hotel.
- Jejak je Pulau Boracay hari dah senja. Senja jam 5pm.




Kos pengangkutan dan caj ke Boracay

- Van aircond 200 peso pax
- Naik kereta sewa Honda Accord 1000peso (naik 4 orang memang untung. Dahla cepat sampai)
- Bot 25 peso pax
- Ferry Terminal Fee 100 peso pax
- Environmental Tax 75 peso pax
- Tricycle (yang kecik) ke hotel 100 peso; yang besar sikit 150peso

*Southwest Tours ada door-to-door service - 525peso (One-way) atau 995peso(Return). Boleh book di booth mereka di luar airport. Harga termasuk ferry terminal fee dan environmental tax.


Ada tak money changer di Boracay. Boleh tukar RM tak?

Money changer banyak di sekitar stesen 1,2,3. Kebanyakkan yang kami jumpa boleh tukar duit RM. Harga money changer beza-beza setiap tempat. Kalau belah depan mengadap pantai lebih mahal. Nak murah pergi money changer yang jauh dari pantai. Beza banyak weh.





Nak stay di hotel mana di Boracay?

Banyak hokeyy hotel di sepanjang pantai Boracay. Tempat menginap, kami prefer tempat yang selesa dan sesuai (mood bulan madu kekdahnya). Jadi pilihan kami Blue Marina Boutique hotel. Boleh check SINI. Hospitality 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻. Lokasi strategik depan pantai station 2. Dekat dengan 7E, dekat dengan D'Talipapa, tak jauh sangat dengan khemah-khemah ejen. Kami book hotel lambat. Kebanyakkan hotel dah SOLD OUT (peak season). 



Hotel di Station 1 memang privacy, mewah dan buka pintu je nampak pantai. Tapi jauh nak jalan kaki pergi station 2 (yang sangat happening) dan buat aktiviti-aktiviti pantai. Di station 2 ada banyak kedai dan laluan jalan kaki. Khemah ejen dan aktiviti biasanya di station 3. Aktiviti Paraw Sailing di station 1.


Boracay ada 3 stesen pantai

List hotel di Stesen 1 - Hotel mewah. Hotel betul-betul mengadap pantai. Pasir pantai halus. Masa sunset crowded ya amats (ada aktiviti parawsailing).

List hotel di Stesen 2 - Hotel sederhana mewah. Belah depan ada laluan jalan kaki. Kemudian baru hotel. Lebih happening. Dekat dengan kemudahan seperti money changer, 7Eleven, D'Talipapa. Kami suka stesen 2.

List hotel di Stesen 3 - Hotel lebih murah.Tak berapa happening. Waktu malam agak sunyi dan pasir pantai lebih kasar.




Aktiviti apa yang menarik di Boracay

Aktiviti di Boracay memang banyak!! Kalau korang sejenis adventurous dan gemar cuba macam-macam, haaa silalah ke Boracay. Memang 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

- Parasailing
- Zipline
- Parawsailing
- Snorkeling (laut sini bergelora)👎🏻
- ATV
- Island hoping
- Helmet diving
- Scuba diving
- Submarine (Baru ada. Hanya 1 company shj. Masa kami pergi tengah promo 2,000 peso pax)
- Reverse bungy
- The Zorb
- Massage




* aktiviti kami Josh Balindres yang uruskan. Service memang tip top! Dia orang tempatan, jadi dia tahu mana company yang bagi aktiviti TERbaik punya. Selain tu, siap tarik beg dari airport dan balik pun tarik bag hantar ke airport. Paling terharu siap bagi TShirt Boracay buat kenang-kenangan. Highly recommended 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

Ataupun pergi nego sendiri di khemah-khemah ejen di tepi pantai Station 3. Mungkin lebih murah. Tapi nasib-nasibla dapat service yang macam mana kan. Sebab banyak company yang offer pakej yang sama tapi service lain-lain. Pepandaila pilih. Selain tu, memang banyak ejen yang akan approach anda sepanjang pantai, offer untuk ambil pakej dengan mereka. 


Apa yang istimewa di Boracay


Fruitshake sini 👍🏻 Harga antara 60peso-12peso. Kedai fruitshake paling popular, crowded & mahal semestinya Jonahs Fruitshake. Harga 120peso sebotol. Orang punyalah ramai. Jonahs Mango fruitshake 👍. Rasa tersangat manis dan pekat. Kalau nak tahu Mango (national fruit of the phillippines). Selain tu kami try juga minum fruitshake dari kedai-kedai yang lain. Yang lebih murah. Rasa pun ok jugak. Kurang manis. Selain tu boleh juga minum buko (coconut shake). Harga 65peso untuk botol kecil dan 120peso untuk botol 1 liter. Fuhh panas-panas minum fruitshake memang heaven!




Selain tu seafood juga heaven kat sini. Josh offer kami private boat untuk island hoping, boleh bentang kain lepak di private beach siap dengan heaven seafood lunch semua 10,000 peso. Bunyi macam best. Ayaiyai kalau berempat atau berlima memang dah terima tawaran tu. Tapi bila berdua, rasa membazir pulak. Bukan banyak pun kami boleh makan. Bukan tak pernah makan seafood. Malaysia pun banyak seafood segar2 kalau pergi tempat yang betul. Kalau nak makan seafood juga boleh beli di wet market D'Talipapa minta kedai halal masakkan. Kami tak makan pun seafood sepanjang kat sana. Hanya makan makanan dari Malaysia je. Hiks.

Filipina memang terkenal dengan menu Bangus (boneless milkfish). Not bad! Korang kena cuba. Kebanyakkan hotel di Filipina ada menu ni. Kalau hotel include breakfast try order menu ni. Bangus dihidang bersama nasi dan telur. Bangus is the fish of the phillippines. Azie pernah terbeli milkfish di Econsave sebelum ni. Tapi serious memang banyak gila tulang-tulang halus. Isi pulak memang lembut dan sedap. Rupanya milkfish ada part yang boneless. Part tu je yang digunakan untuk hidang di sini. *btw breakfast di Boracay bukan makan unlimited macam di Malaysia. Kena order baru mereka hidang. 


Perkara yang agak menyampah di Boracay

Ramai pinoy jual pakej aktiviti & jual spek, jual topi, jual waterproof case, jual selfie stick, jual icecream, jual kacang tanah akan approach anda di sekitar Boracay. Mereka hidup susah. Itu sumber pendapatan mereka. Kalau tak nak... tolak je secara baik. Jangan tak tahu ada peminta sedekah gak di sini. Bawak anak-anak kecik duduk di bawah pokok kelapak. Kesian je tengok. Orang cakap jangan bagi sedekah nanti lebih ramai kanak-kanak lain datang mintak sama.


Waktu sunset dan sunrise di Boracay

Matahari terbenam (6.04pm) di White Beach


Matahari naik (5.47am) dari Bulabog Beach.




Waktu solat di Boracay

Subuh 4.30am
Zohor 11.57am
Asar 3.10pm
Maghrib 6.04pm
Isyak 7.15pm.


Berapa lama sesuai pergi Boracay

Datang sini 5 hari dah cukup (2hari perjalanan. 3 hari untuk aktiviti penuh).


Lain-lain info

1. Jangan lupa bawak sunblock datang sini. Kalau tak pasti sunburn. Cara apply sunblock dengan betul ialah mula-mula apply SPF rendah. Dah kemudian lapis satu lagi dengan SPF lebih tinggi. Insha Allah balik Malaysia, wajah masih putih gebu. Ahakss.

2. Jangan lupa bawak topi ala-ala Kate Middleton. Panas giler oi kat Boracay (tapi Malaysia lagi PANAS berpeluh melekit). Boleh pakai kalau keluar jalan-jalan tengahari dalam kul 12-4pm. Kalau tak terpaksa tutup muka dengan tuala atau selendang. Jangan lupa bawa sekali baju renang muslimah :))

3. Pergi Boracay bawak je selipar pantai. Takyah nak Adidas, Timberland bagai. Suami pakai selipar je naik flight sampai Boracay. Tak cukup tempat lah nak bungkus selipar extra buh dalam beg 😅. Azie pakai crocs je. 

4. Spek mata hitam jangan terlupa. Tapi kalau terlupa memang bersepah-sepah Rayban ciplak dijual kat tepi pantai ni. Bukak je spek mata nanti datangla si pinoy approach suh beli spek. Kedai spek pun ada di pintu masuk Bamboo Market. 

5. Simcard beli GLOBE harga 40peso. Perlu reload. Pilihlah pakej yg berkenan, dial *143# Kami ambik pakej GoSurf50 (700MB utk 3 hari) dengan harga 50peso. Line internet kalau depan-depan pantai OK. Kalau duk ceruk-ceruk tak ok jugak. WIFI hotel jugak paling laju.

6. Reserve duit untuk aiport tax 700 peso pax. Kena bayar kat aiport di tepi pintu masuk imigresen. Ada kaunter di situ.

7. Orang Korea penuh kat sini!! Ada alas atas dengan bawah je. Mujurla takde adegan vogel-vogel di pantai ni. 🤔

8. Channel TV di Boracay ada macam-macam channel. Tengahari waktu panas gila tak tahan oiii. Memang tak keluar bilik. Jadi kita layan movie kat HBO dan FOX sampai lebam. 

Next entry Azie update tentang itinerary dan bajet kami jalan-jalan di Boracay ^_^ 

Boracay Island 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

25 ulasan:

  1. cepatnya update.
    saya kena ambil mood dulu.
    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Harus pantas. Tunggu lama-lama nanti mood kita kelaut.

      Padam
  2. yeyyyyy..... terus rindu kampung halaman aiiiii....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Langkawi le tuuuuuuu. Lamanya tak pergi Langkawi makan laksa bawah pokok kat tepi Pantai Chenang!! Nyummmmsss.

      Padam
  3. buat entry pasal budget please :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Hi dear,
      Pi mana-mana pantai pun haruslah bestttt ^_^

      Padam
  5. boleh bg email josh tu tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello Anon,
      Dia takda email. Contact je FB dia. Memang laju dia reply 😊

      FB: Josh Balindres

      Padam
  6. kene bayar airport tax ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Details boleh refer link itinerary dan bajet =)

      Padam
  7. salam , total bajet nak kesana brpe?

    BalasPadam
  8. Thanks Azie for the info. Suka baca

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak, flight saya dari kalibo ke KLIA pukul 3 petang, jadi pukul berapa patut saya gerak keluar dari boracay ke Jetty? dan boat memang ada ke awal pagi? Terima kasih kak ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Farhan. Samalah flight sis pun 3.05pm. Jam 11.30 dah sampai jetty. Terus naik boat. 12tengahari naik van 2 jam ke Kalibo Airport. Dalam 1.40pm dah sampai airport.

      Padam
  10. best entry ni. macam mana ye na contact dengan pak josh tu? fully speaking ke dia boleh cakap melayu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Shaj, cari FB dia: Josh Balindres. Pm sahaja via mesengger. Guna simple english je. Dia paham.

      Padam
  11. boleh tau x payment utk josh tu..dah pm dia tp laju je ok..haha..payment xtanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Laju je dia reply. Kebetulan ada kat cc lah tu. Josh takyah payment. Dah termasuk dalam pakej2 yg kita ambik dgn dia. Cuma macam kiteorg dulu just bagi tips kat dia sebelum balik. Saja bagi sbb puas hati sangat dgn service dia. Berapa banyak jangan tanya sbb tak ingat ;p

      Padam
  12. Kena jenguk blog ni lagi.. memang ada perancangan nak pergi.. tgu anak besar la.. baru syok ke sana kan... ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Saliza,
      Terima kasih sudi jenguk. Jemputlah berkunjung lagi next time :)

      Padam
  13. Assalmualaikum.. Dekat boracay ada tak tukar wang brunei?

    BalasPadam