Assamualaikum semua
Nak tengok tak pemandangan yang kureeengggg menyenangkan dari Punta Rosa ke Station 1! Apa yang berlaku pada pantai Boracay ni? Adakah ia telah tercemar? Pasir pantai yang memutih kini tidak lagi putih. Ia diganti dengan kehijauan dan ketebalan GREEN ALGAE! OH NOOOOOOOOOO!
Tercemar pemandangan mataku! This is heartbreaking okeeeyy. I is strees tau macam ni. Serious tak pernah terbayang pun Boracay akan wujud alga sebanyak dan sehijau ni. Ada artikel tentang alga hijau ni ditampal di dinding front desk Punta Rosa. Bila berpindah ke Punta Rosa baru perasan kehadiran Alga hijau. Gambar2 bawah ni diambil masa jalan-jalan di sekitar Station 1.
Most affected area obviously Willy's Rock sampai hujung Station 1. Station 2 tak seteruk Station 1 dan di Station 3 tidak teruk. Diniwid Beach ada sikit. Di Bulabog Beach nampak macam takda. Tak pasti sebenarnya (sebab pergi sekali je untuk tengok sunrise). Di Puka Beach memang kualiti air laut tip top terbaik! Menjelang tengahari keadaan makin parah. Memang ombak bertukar jadi warna hijau. Patutla pantai sepi dan lengang. Sebab panas? Atau tak sanggup dan tak tergamak nak mandi agaknya! Tetapi menjelang senja ramai je yang keluar dan mandi di tepi-tepi pantai. Keluar tengok sunset.
Mesti semua tertanya-tanya adakah alga hijau ni membahayakan? Kata saintis dan orang tempatan ia tidak membahayakan. Kalau mandi alga ni tak lekat pada baju pun. Jangan pulak ingat lepas mandi dalam laut...keluar2 jadi hijau!! Sebab lekat alga pada badan. Hihi.
Mesti semua tertanya-tanya adakah alga hijau ni membahayakan? Kata saintis dan orang tempatan ia tidak membahayakan. Kalau mandi alga ni tak lekat pada baju pun. Jangan pulak ingat lepas mandi dalam laut...keluar2 jadi hijau!! Sebab lekat alga pada badan. Hihi.
Kalau nak tahu.....alga hijau ni pertama kali muncul tahun 1997. Banyak dah artikel-artikel duk cerita pasal alga hijau ni rupanya. Kalau nak tahu lanjut try google. Kini setiap tahun alga hijau akan melanda Boracay ketika musim panas (summer) sekitar February/March dan hilang sepenuhnya penghujung bulan May. Bila dah masuk musim Habagat (MAY-OKTOBER). Ombak kuat akan menghilangkan semua alga hijau ni ke dalam laut. nampaknya bulan terbaik ke Boracay ialah penghujung November, Disember (coolest month in Boracay!) atau Januari. Februari tahun depan dia datang balik! Dah jadi bermusim pulak.
Lokasi ni di depan Punta Rosa. Hujung Station 1 berhampiran Diniwid Beach
Bila dah green algae tebal sangat macam ni, terasa geli pulak nak pijak
Gigih penduduk tempatan atau pekerja hotel di Station 1, kambus semula alga hijau ni dalam pasir. Bagus jugak mereka buat macam ni. Setidak-tidaknya kurangla warna hijau tu di gigi pantai.
Crystal clear water? Not exactly
Low tide - No Green ALGAE. Yaaaaaaayyyy
The beach of Boracay during summer. This is the truth about Boracay!
haah la mcm geli je nak pijak T_T sayangnya.
BalasPadamKan! Nak mandi apatah lagi. Walaupun dikatakan selamat takut jugak kalau terkena allergic ke apa ke.
Padam