Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua penghuni alam!
Puka Beach. Pantai yang sunyi sepi. Masih perawan. Laut kebiruan. Yang penting No ALGAE!
Puka Beach. Pantai yang sunyi sepi. Masih perawan. Laut kebiruan. Yang penting No ALGAE!
Harini hari ketiga kami explore Boracay. Tak mampu nak terima pakej Island Hoping Josh. Harga 10,000 Peso untuk private boat siap dengan seafood lunch di PUKA Island. Takpela Josh, bajet lari. Kiteorang tak banyak duit macam Hafiz AF. Hiks. Jadi kiteorang ni ambik jugak dengan ejen yang approach kat tepi-tepi jalan tu (malas nak menapak ke station 3). Dia bagi 2,000 Peso (2 pax) private boat untuk 4 jam Island Hoping (ada juga yang 6 jam). Lupa lak nak nego.
Harga tu tak taula murah ke tidak, Josh dah warning awal mesti tak seronok nanti. Memang betul pun. REDHA. Rupanya ejen semalam tu tak ikut pun pergi Island Hoping. Kiteorang dengan kapten boat dan assistant dia je yang pergi. 4 orang aje. Ejen tu datang jemput kiteorang di Blue Marina memang sharp pukul 8am. Bawak pi Station 3. Rupanya memang centralized.
Bila cakap taknak snorkelling dan tak nak cliff jumping, dia bawak pi Puka Beach dengan jalan-jalan di Crystal Cove Island Resort je. Jadi memang tak seronok lah. Baik ambik group tour je, murah pun murah, boleh pergi semua tempat. Tak buat takpe. Boleh tengok. Azie memang takut aktiviti laut. Snorkelling terus tak berani bila kapal kecik ni dilambung ombak tak berenti-renti. SERAM. Laut Boracay ni gelora dia semacam, memang jauh beza dengan lautan Andaman di Krabi Thailand. Laut sana memang tenang.
Lepas Subuh pergi tengok sunrise dulu di Bulabog Beach. Suasana sangat tenang mendamaikan. Angin pantai di sini sangat nyaman. Rasa tak mahu pulang!
Gigih jalan jalan kaki dari Blue Marina ke Bulabog Beach semata-mata nak tengok matahari naik. Jangan buat okeyyy. Naik je tricycle!
Hamparan pasir pantai memutih dan halus di White Beach. Sedap dan selesa sangat nak berkaki ayam. Sebab tu White Beach menjadi tumpuan pelancong.
Air biru kehijauan. Sangat jernih. Sangat mengasyikkan. Rasa nak snap segenap tempat untuk jadi kenangan.
Apa yang menarik di Puka Beach? Pasir pantai lebih kasar. Laut sangat jernih warna biru turquoise.
Small boat no.47. Selamat mendarat di Puka Beach setelah dilambung ombak. Rupanya lepas ni lebih teruk dilambung!
Hey, tepi sikit boleh tak?! Nak ambil gambar lah (rupanya kena bagi tip!)
Crystal Cove entrance fee tak termasuk dalam pakej. Bayar asing. 200 Peso per pax
Crystal Cove Island Resort. Pulau yang penuh dengan batu karang
Ada apa di Crystal Cove ni? Apa yang menarik? Sangat menarik! Tempat WAJIB pergi jika ke Boracay. Ni nak turun ke gua.
Relakan dirimu disimbah oleh percikan air laut dalam gua ni. Hihi. Hati-hati.
Me time
Kayu dan batu mendominasi struktur landskap pulau ni. Pemiliknya pesara army.
Acah-acah hide & seek
Cliff Jumping yang sampai sudah tak jump jump. Suami cakap...u jump, i jump...
Hari-hari mesti mau tengok matahari terbenam di Boracay. Memang insta-worthy!
Wassalam
Subhanallah. cantik sangat view. memang insta worthy :D dah masuk dalam wishlist dah. tapi kena tunggu anak anak besar sikit T_T
BalasPadamMommy Cici,
PadamPhotos don't do justice to the beauty of this paradise!
In Syaa Allah kita doakan Mommy Cici berjaya sampai ke sana suatu hari nanti ^_^
Semua gambar guna kamera apa sis?
BalasPadamHi there, gambar2 travel guna Iphone & GoPro.
PadamOooo ok ok.. terima kasih sis
PadamAkak how ya nak contact josh ni, heee macam best je josh nj
BalasPadamFatin, via FB messenger. PM je dia.
Padam