Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Siapa peminat Volkswagen atau nama manja VW? Sedar tak yang sekarang Volkswagen Group Malaysia VGM tengah buat harga runtuh "Drop Everything Sale". Harga yang ditawarkan memang TERLAJAK MURAH daripada biasa!
Polo Hatch RM70k
Passat RM116k
Jetta RM89k
Masa suami wasap Azie harga baru ni rasa macam nak fengsan!!! Terlajak murah ni! Seolah-olah jom beli VW! Bila baca detail, sebenarnya harga tu untuk penghabisan stok bagi model buatan tahun 2014 dan 2015 yang semuanya pemasangan tempatan! Eh tak juga...
Volkswagen Polo Hatchback CKD (The Polo 1.6) ada REBATE penurunan harga sehingga RM20,000. Harga normal model hatchback lima-pintu ini ialah RM89,888 . Harga promosi model 2014/2015 hanya RM69,888.
Bagi Passat sedan segmen-D, harga terdahulu ialah RM173,888, kini ditawarkan pada RM115,888, iaitu REBATE atau DISKAUN sebanyak RM53,000! (Pesaing Honda Accord & Toyota Camry).
Bagi Passat sedan segmen-D, harga terdahulu ialah RM173,888, kini ditawarkan pada RM115,888, iaitu REBATE atau DISKAUN sebanyak RM53,000! (Pesaing Honda Accord & Toyota Camry).
Manakala Jetta sedan segmen-C pula, daripada harga asal RM134,888, kini berharga RM88,888. Iaitu melibatkan REBATE atau potongan sebanyak RM46,000! Tapi latest news yang dealer bagitahu JETTA dah SOLD OUT. Tak pasti pulak satu Malaysia ataupun hanya dealer di Glenmarie sahaja. (Jetta pesaing Honda Civic dan Toyota Corolla).
Eh, ada "Bug" Edition. Harga dari RM135,888.
Perempuan sukalah Volkswagen Beetle nih. Kan. Kuning dia cun.
Yang uniknya Beetle ni Dashboard nya ikut kalor badan. Ahaaa, comelnya.
Volkswagen ni sangat dekat di hati sebab apa? Sebab kami sendiri punyai kereta keluaran Volkswagen. Zaman U pakai kereta jenama proton. Dah kerja upgrade sikit pakai kereta sport putih jalur biru kat tengah yang limited edition keluaran Ford (tekalah kereta apa). Merempit pergi kerja 50km sehala setiap hari, haruslah kereta sport! Hiks. Kini kereta tu berada di Utara!!. Then Alhamdulillah ada rezeki upgrade pakai kereta VW. Lebih selesa untuk travel long distance.
Dah alang-alang tu meh nak bagi review sikit tentang kereta Volkswagen yang mungkin anda tak tahu. Kami beli yang CBU. Apa itu CBU? Apa pulak CKD? Complete Built Up-CBU (diimport sepenuhnya) atau senang cerita datang seketul dari Mexico. Sekarang VW seperti Passat, Jetta, Polo Sedan, Polo Hatchback adalah Complete Knock Down-CKD (pemasangan di Malaysia). Masih ada lagi edisi CBU seperti Golf, Beetle dll.
Enjinnya ialah 1.4 liter TSI (1,390cc) pengecas berkembar (supercharge & turbo) yang menghasilkan kuasa maksimum 160PS dengan tork mencecah 240 Nm. Dengan transmisi ‘Direct Shift Gearbox’ (DSG) tujuh kelajuan memang selesa meluncur laju di lebuhraya dan tak sedar pun kelajuan dah cecah 190 kilometer sejam (km/j)!! Pengendalian kereta ini cukup memuaskan. Kalau jalan beralun, suspensi menyerap keadaan jalan yang tidak rata dengan baik tanpa lantunan. Pengendalian stereng tepat. Kalau nak selekoh pada kelajuan tinggi juga tiada masalah! (Azie selalu buat dan selalu kena marah dengan suami!! Hiks). Naik bukit pun relax je. Tak perlu nak force-force. Maklumlah rumah atas puncak!
Ciri-ciri keselamatan Volkswagen sangat baik. Saya SUKA! Stereng kuasa sensitif kelajuan, ada enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC) atau Kawalan Kestabilan Elektronik, Anti-lock Braking System (ABS) dengan Brake Assist (BA), hill-start assis dan Sistem Park Jarak Kawalan untuk depan dan belakang kereta . Cermin sisi elektrik boleh laras yang swing ke bawah apabila memilih gear reverse (R) untuk memberikan pandangan sisi yang lebih baik dan jelas.
Ciri-ciri lain yang Azie suka sangat ialah lampu dan wiper automatik, ada alat pengesan hujan, built-in turbo timer, paddle shifter. Selain tu ada 'coming home and leaving home lights'.
Sejak ia keluarkan edisi CKD, ada juga google sikit2 tengok perbandingan antara keduanya. Bezanya ialah CBU yang datang seketul dari Mexico tadi ada
- Tyre Pressure Monitoring
- Paddle shifters on the steering wheel
- Driver and Passenger vanity mirror lights
- 8 speakers (Front and Rear Tweeters, Front and Rear Door mounted speakers).
- leather based adjustable arm-rest.
Itu yang ketara. Lain-lain beza kena rujuk dengan dealer VW lah okey.
Tahap penggunaan petrol boleh kata jimat jugak dengan purata bacaan enam-tujuh liter bagi 100 km. Full tank minyak lebih kurang 55 Liter. Kalau harga minyak ron95 RM1.70 seliter lebih kurang RM93.50 untuk full tank.
SERVIS SEKALI SETAHUN atau 15,000km! (yang mana tiba dulu). Servis pertama kali dalam RM460. Normal servis antara RM400-RM600. Major servis mencecah RM1000+ (tukar macam-macam). Betul, waranti 5 tahun, rosak apa semua diganti kecuali 'wear and tear' macam oil filter, mechanical, wheels, tyres dll (bayau sendiri okeh!).
Lupakan pasal servis tu, kereta ni roadtax RM70 aje. Yang ni memang BEST!
Kecoh pasal gearbox bagai tu kan? Taktaula, setakat ni dah 3-4 tahun pakai. Alhamdulillah takda masalah. Performance kereta masih tip-top! Masih gagah di lebuh raya (pleaseeee VW be nice to meeee! Jangan macam-macam ok). Nanti I beli make-up baru untuk you kay VW? *wink wink* :)
KECUALIIIIII...
Ada sekali baru-baru ni, engine tak boleh start. Mujurlah kereta ada kat porch rumah je. Call VW customer service, dia ambik details, then hantar tow truck ke rumah ambik kereta tow ke pusat service berhampiran (FOC). Rupanya battery kong! Tukar battery kene charge RM700-RM800! Dem.
Ikhlas review dari saya pengguna VW =)) Kalau korang pengguna VW juga meh share pengalaman bersama Volkswagen. Thanx in advance!!! ^_^
Salam..azzyati pakai vw model ape ye
BalasPadamSalam...Jetta =)
Padamsalam.kalau yang second hand jetta ok x?so far maintenance jetta mmg ok la?sebab nak survey maintanence vw ni..kereta omputeh..takut tinggi sgt maintenance dia..mau pengsan..ni tgh survey2.. :)ada cdgn
BalasPadamatau pape nasihat?
salam. kalau second hand jetta tak berani nak komen. Kalau CKD orang kata banyak problem. So far maintenance jetta mmg ok & murah *kalau takde apa2 masalah. servis sekali setahun. Cadangan/nasihat?carilah second hand kereta Jepun kalau nak selamat. Hehehe.
Padamjetta baik jgn la banyak masalah..baca bog pasal jetta
PadamVW performance dia ok. Tp after sales antara yang paling teruk dalam sejarah automotif dunia. Harga kereta mahal tp kita tak dapat apa yang kita bayar.
BalasPadamBetul. Bila dah pergi banyak kali, baru sedar yang after sales VW memang TERUK. Kalau level kesabaran tu tinggi boleh pertimbangkan pakai VW!
Padamas salam,,u punyer jetta tahun brp yea..berminat nk bli sebijik..
BalasPadamSalam, tahun 2013. Berminat ke? meh beli yang nilahhh :p
PadamShow pic kreta tu
Padamsalam azzy stil pkai jeta lg ke...komen sket dh nk abis wranty kn ape prob dia
BalasPadamSalam Amin. Still pakai Jetta lagi. Warranty belum habis. Tapi gear box dual clutch ni dah start bunyi2. Seraammmmm nyerrhhh tak tidur malam! Janganlah gear box rosak. Insya-Allah nak schedule appointment untuk check keadaan gear box pulak.
Padamsalam azzy stil pkai jeta lg ke...komen sket dh nk abis wranty kn ape prob dia
BalasPadamSalam. Warranty manufacturer (3 tahun) dah abis, tinggal extended warranty (2 tahun). So far tiada major problem problem. Alhamdulillah. Judder ada sikit2 kalau bawak slow. Gearbox ada extended warranty 2 tahun lagi rasanya (meaning warranty 7 tahun dari date registered). Pernah ada problem sensor di tayar which is selalu appear error "check tyre" . Bila tukar parts ok, still under warranty. Oh satu lagi, roof lining pon jatuh, dapat tukar after complaint, also under warranty.
PadamMoga membantu :)
Oleh explain tak ape maksud AFTER SALES VW MEMANG TERUK?. tak faham maksudnya..
BalasPadamSaya baru beli volkswagen vento 1.2 TSI.risau juga bila tgk jadual maintaiance dia setiap 15,000km.
BalasPadamTakut abis warrenty je engine br jahanam.
Huhu
Warranty VW Passat saya dah void sbb katanya, dah lapse waktu first time htr lg..tgh request for consideration diorang tuk re-instate.meantime, tgh survey kat mn ye selain service centre diorg ni yg billing nye acceptable kpd yg dah ada pengalaman camni? Area Ampang, hulu kelang?
PadamKene betul2 ikut schedule. Better service sebelum smpai km yang dinyatakan atau bulan yang dinyatakan. Mana yang sampai dulu. Kalau tak memang void! VW sangat particular bab ni. Huhu. Hmm myb Glenmarie.
PadamSalam kak azyyati , kalau polo 1.6 tu enjin nye bagus x ? Sbb kecoh2 psl enjin xok la , gear problem la . Maintenance die tinggi ke ?
BalasPadamPolo 1.6 enjin mpi xde turbo dan gearbox auto biasa bukan dsg..x de masalah..sama dgn vento 1.6. Ambik vento la free 5 tahun servis ;)
BalasPadamsalam semua sy baru plin nak beli new passad, agak2 high maintenance tak part x susah ke cari please bagi pencerahan yg dah ada pengalaman bab passad ni
BalasPadamTotally AGREE!
BalasPadamSalam.. saya pgguna vw golf gti. beli thn 2013.. selama 4 thn pakai.. kurang bermasalah... cuma nk pesan. utk mana2 vw yg habis warranty.. tak perlu lg ke Service Center (SC) klau skadar servis mileage biasa. ckup skadar ke tempat workshop biasa/specialist yg gunakan parts oem. utk sape2 yg nak save bajet la. klau yg mampu takde masalah ke SC. mmg sdikit manja vw.. tp berbaloi dgn performance yg kita nikmati. hehe paling best sy bwk vw bila mnaiki cameron highlands.. tekan minyak steady je dia pecut wlau kdaan naik bukit..vrooommm sambil tgk perubahan suhu pada meter.. apa2 pon syukur dgn apa yg ada..
BalasPadamVw jetta 2015. 72 k. Ada apa2 komen
PadamSalam, nk tanya pendapat kalau angkat vw golf gti second hand.. okay tak? Dari segi service untuk golf gti mcm mana? Terima kasih planning nk angkat golf gti
PadamSaya plan nak beli vw jetta edisi sport 2015. 72k. Ada apa komen dari yg biasa ada pengalaman.
BalasPadamVw jetta 15. 72k. Ada komen
BalasPadamSis nak tanya jetta 2016 or 2017 ckd or cbu
BalasPadamRasanya yang baru semua CKD skrg ni
PadamSaya pakai jetta dah 5tahun takde masalah.vw memg power.kamu akan rasa tak nak turun dri kereta itu bila sampai ke destinasi..
BalasPadamTtg masalh gearbox atau enjin tiada masalh ape ke tuan.Kereta adlh utk pemanduan hari2 e
PadamNak Tanya Polo TSI anyproblem? bercadang nk amk 2012. DSG gear box. kalau kong brapa ongkosnya
BalasPadamHi. im looking to buy jetta 1.4 2012 cbu . Is it good for daily use. Approx 180km everyday. Advise needed. Thanks
BalasPadamSaya plan nak beli Passat 1.8 comfortline yg baru... ada tak sape2 yg pakai.. ? Kalo boleh share pasal model ni...
BalasPadamBerhajat utk beli vento 1.2..Ade pengalaman share ttg model ni
BalasPadamsalam, kalau nak beli passat 1.8 second hand sy cadangkan beli tahun 2014 keatas, dan pastikan enjin smooth x bunyi kasar bila high rem, dan juddering dlm kereta semasa high rem body x gegar atau goyang, berkaitan sensor2 biasanya 3-4thn tu mmgla ade tp x la seteruk mana pun dgn modal rm200-rm300 di bengkel specialist diluar sana, so minyak mmg jimat, berbanding dgn kereta biasa so dgn penjimatan minyak tulah korang mula buat savings utk vw kesayangan korang, pemanduan mmg best tekan minyak je boleh rasa pecutannya enjoy sgt2 confident semasa nk memotong, check owners service book, if anjakan service 3-6 bulan pun x ade masalah janji ada ke vw sc, cuma jgn lebih dr setahun x pernah ke vw sc tu kena elakkan utk membeli kereta tu, tips dari rakan2 club vw passat & passat cc :)
BalasPadamsalam, kalau nak beli passat 1.8 second hand sy cadangkan beli tahun 2014 keatas, dan pastikan enjin smooth x bunyi kasar bila high rem, dan juddering dlm kereta semasa high rem body x gegar atau goyang, berkaitan sensor2 biasanya 3-4thn tu mmgla ade tp x la seteruk mana pun dgn modal rm200-rm300 di bengkel specialist diluar sana, so minyak mmg jimat, berbanding dgn kereta biasa so dgn penjimatan minyak tulah korang mula buat savings utk vw kesayangan korang, pemanduan mmg best tekan minyak je boleh rasa pecutannya enjoy sgt2 confident semasa nk memotong, check owners service book, if anjakan service 3-6 bulan pun x ade masalah janji ada ke vw sc, cuma jgn lebih dr setahun x pernah ke vw sc tu kena elakkan utk membeli kereta tu, tips dari rakan2 club vw passat & passat cc :) trxx2013@gmail.com or 011-56977306 whatsapp for free advice
BalasPadamVW dsg gearboxes problem...sedap bwk...memang puashati pki...tapi masalah pd gearbox...clutch abis tukar brng saje standard 3-4k...klu budget xde sy X cadangkan pki VW... alhamdulillah abis je byr golf GTi sy terus trade in ambk Toyota estima sbb dh berkeluarga...tepuk poket baru tny selera kihkihkih...good luck semua...
BalasPadamHehehe. TQ for sharing! :)
PadamNak tanya la, Kalau Servis tanpa warranty vw adakah kos Servis still Sama? (400-500)
BalasPadamPatutnya sama jer. Tapi 400-500 tu anggaran untuk jetta service tahun 2013 dulu ye. Tu pun first servis. 2nd, 3rd,4th servis tak dapat 400-500 tu.
Padamsalam utk vw jetta ni minyak save tak.... sy cadang nak beli vw jetta tahun 2014 ke atas lingkungan harga 40k ke bawah... ok tak... ada apa2 nasihat tak nak bagi?? mohin pencerahan ya
PadamSy berminat kete scirocco scnd pnye...ade sape2 bleh share pndapat x tentng scirocco ni...
BalasPadamKalau nak cari second hand cross touran sekarang okay ker?
BalasPadamSaya bercdang nka ambil second hand vw sharan, ada sapa boleh share pendapat tentang model ni?
BalasPadamMintak pendapat semua yg pakai passat 1.8tsi..ade problem ke model ni..saya ingat nk beli secondhand tahun 2014
BalasPadamSalam semua..saya guna polo sedan 1.6 cbu..setakat mmg ok.igt mcm nk upgrade ambik vw cross touran 2nd.ok x?apa pro n con nya?tqvm
BalasPadamSalam.. nak tanya pendapat.. kalau beli passat 2015 yg masih under warranty sampai 2021.. original mileage 104k.. dgn harga 58k ontheroad berbaloi tak? Hanya 1st owner.. service on time.. baki warranty ade setahun setengah.. warranty tu die cover part apa? Boleh bagi pencerahan tak? Dan satu lagi dari segi penjimatan minyak passat atau jetta lagi berbaloi?
BalasPadamSalam... pakai lg ke jetta tu skg? Condition mcmne? Tgk skg harga second murah dah.. ingat nk angkat passat 1.8
BalasPadamSalam, saya nk beli second vw sharan 2013. Apa pendapat korg, ok x kereta model ni. Sesiapa boleh share info tak.
BalasPadam