Percutian Boracay 2016 Day 2 : Parasailing & Paraw Sailing


Assalamualaikum & salam sejahtera!


Naik ATV dan Zipline pagi tadi dah berlengas tubuh badan. Cuaca panas. Tapi di Malaysia lagi panas membahang. Nak keluar jemur kain 3 minit pun rasa tak sanggup. Inikan lagi nak beraktiviti lasak. Huiiii. Bimbang kena strok haba!

Petang hari yang sama buat aktiviti parasailing dan paraw sailing pulak. Tepat jam 4.30 seperti yang dijanjikan Josh dah muncul di Blue Marina. Untuk aktiviti parasailing ni rupanya kena pi Station 3. Kat khemah-khemah ejen tu. Dia ambik dengan company Diamond. Kalau nampak belon Superman tu, Diamond le tu. Katanya Diamond ni antara company yang terbesar dan reputasi baik di Boracay untuk aktiviti parasailing. Wallahua'alam. 

Khemah ejen di Station 3

Jadi harga Parasailing - 2500 Peso (2pax). Diorang juga pioneer untuk aktiviti submarine di Boracay. Mereka offer 2,000 Peso per pax. Mau sangat. Tapi tak cukup bajet dah. Stresssss. Kat Jeju RM400+ tak cukup bajet jugak aritu. Memang takda rejeki nak explore underworld dengan submarine.

Geng-geng diver baru balik dari diving

Mula-mula kiteorang dibawa naik speed boat ke tengah lautan. Naik speed boat pun dah enjoy gila tiba part corner baring! Semua menjerit. Rupanya Diamond ni ada platform terapung kat tengah laut. Siap ada meja dan kerusi menunggu kat plaform ni. Keluasan platform boleh tahan. Speed boat tadi rupanya transfer speed boat. Kiteorang dapat boat share dengan gegirl dari negara mana pun tak sure. Pakaian macam artis sangat nak pergi parasailing!


Inilah platform terapung tu. Dari pantai naik speed boat transfer sini. Then ada speed boat lain bawak ke tengah laut untuk aktiviti parasailing.


Ni la Geng gegirl yang nak berparasailing. Sorang dengan payung dalam speed boat. Ko rasa? Sorang lagi dengan berskirt bawak beg Givenchy.

Ready nak naik. Eceh sengih-sengihla sangat. Hati kat dalam dah mula kecut 50%

Berjaya dilepaskan dengan selamat. Makin lama, makin tinggi


Akhirnya, berjaya naik parasailing sekali seumur hidup! S.E.R.I.K

For me, ini lagi seram dari zipline pagi tadi. Sedar-sedar dah terbang tinggi di atas udara. Bila muzik boat yang bingit dah tak kedengaran, bila tengok boat sayup-sayup kat bawah ko dah tahu yang ko memang dah naik tinggi. Beberapa saat yang pertama tu mula pening, loya nak pitam. Sebab gayat kot. 

Suami kat sebelah macam paham-paham. Dia ajak berbual, dia bagi kata-kata semangat. Barulah rasa tenang. Loya makin hilang. Pemandangan makin jelas. Rasa berani mula timbul. Barulah nak enjoy the view. Baru berani tengok bawah. Baru berani tengok kaki. Layanzzz.

Terasa 20 minit paling lama seumur hidup! Tak percaya boleh survived naik parasiling ni. Hihi. Yang penting bahu cramp. Tangan cramp.

Apa yang berlaku pada gegirl tadi? Sorang stay dalam boat. Selesai ja mendarat, dua-dua yang naik, jadi mabuk, pening, sakit kepala terbaring dalam boat. Mujurla staff Diamond ada minyak berangin ala-ala cap kapak. Dia calit atas tangan semua orang. 

Gambar dalam fon macam biasa beratus Josh snap. Suami punya fon sebelum pergi Boracay ada 20 keping. Harini lepas parasailing dah ada 600 keping. Muahahahaha! Taktaula rasa nak marah ke nak kata bagus Josh ni. LOL. Lepas semua ok kiteorang dibawa ke platform semula tunggu transfer speed boat bawa ke pantai.

Pastu ready untuk Paraw Sailing pulak. Dia nak adjust time betul2 masa sunset baru la nak berparaw sailing katanya. Paraw Sailing, kapal layar yang menggunakan kelajuan angin untuk bergerak. Memang terbaik Pinoy ni handle kapal layar secara manual. Aktiviti paraw sailing ni paling best! Rilex sangat. Santai sangat. Duduk je atas jaring tu sambil melihat laut luas yang emerald green dan menunggu matahari terbenam. Perasaan tu nyaman sangat. 


Emerald green waters


Paraw sailing sunset trip. Harga pakej paraw sailing 700 Peso (2pax)


Lengkap rasa percutian di Boracay bila dapat tengok sunset ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan