Itinerary Dan Bajet Ke Pulau Boracay



Assalamualaikum



Itinerary dan bajet Boracay ni paling ringkas, sempoi dan senang dalam sejarah Azie buat.
Ok...Nah! * Bajet tu subjektif. Ikutla korang nak adjust tang mana nanti.


Day1

Tiket flight Air Asia - RM603 (2pax)
Nasi lemak Pak Nasser (2 unit) & mineral water (1unit) - RM21
Seat tepi tingkap - RM12 *sehala shj



Sampai di Kalibo Aiport

Van ke Jeti Caticlan - 400 Peso (2pax)
Boat ke Boracay - 50 Peso (2pax)
Ferry Terminal fee - 200 Peso (2pax)
Environmental fee - 150 Peso (2pax)
Tricycle yang big size - 100 Peso (2pax) *harga asal 200 peso. Share dengan 1 couple lain 



Penginapan

2 malam di Blue Marina Boutique Hotel - 9760 Peso (termasuk tax & service charge)
* Makan malam makan nasi Berahims, Maggi & Kopi Ali Cafe bawak siap2 dari Malaysia. Air mineral mujur hotel bagi complimentary 2 botol setiap hari.

Day2

Harga bilik dah include breakfast. So makan kat hotel je.

Menu: Egg Benedict (telur & sayur shj) & Bangus (Boneless Milkfish)

Aktiviti Pagi

Harga ATV - 1300 Peso (2pax)
Harga Zipline - 1500 Peso (2pax)
Mount Luho entrance fee - 100 Peso (2pax)
Balik naik trak besar - 20 Peso (2pax) *Josh dah adjust baik punya
* Makan tengahari kat bilik. Makan nasi Berahims, Maggi & minum teh.

Aktiviti Petang

Harga Parasailing - 2500 Peso (2pax)
Harga Paraw sailing (tengok sunset) - 700 Peso (2pax)

Aktiviti Malam

Josh bawak kiteorang jalan-jalan di D'Talipapa
Souvenirs beli di D'Talipapa - 300 Peso
Harga souvenirs

* Fridge magnet besar yang ceramic - 50 Peso
* Fridge magnet kayu - 8 for 100 Peso
* Fridge magnet kecik ceramic - 2 for 50 Peso
* Tshirt - 2 for 150 Peso
* Mug - 100 Peso
* Coin purse - 5 for 100 Peso
* Dried Mango 7D - 59 Peso 👍🏻👍🏻👍🏻 *kat airport MAHAL GILOS
* Kerepek Banana Premium - 100 Peso 👍🏻👍🏻👍🏻 



Day 3


Aktiviti Pagi

* Tengok sunrise di Bulabog Beach (selamba jalan kaki dalam gelap lebih kurang 1.5km)
Balik naik Tricycle - 60 Peso (2pax)
Harga bilik dah include breakfast. So makan kat hotel je.


Menu: Blueberry Pancake & Vege sandwich

Harga Island hoping - 2000 Peso (2pax)
Crystal Cove entrance fee - 400 Peso (2 pax)
Hotel transfer ke Punta Rosa Boutique Hotel di hujung Station 1 (naik tricycle) -150 Peso
2 Malam di Punta Rosa - 7,000 Peso (termasuk tax & service charge)
*Makan Nasi Berahims lagi

Aktiviti Petang

Jonahs Mango Banana Fruitshake -120 Peso sebotol

Day 4
Aktiviti Pagi

Harga bilik dah include breakfast. So makan kat hotel je.


Menu: Bangus

Merayap di Diniwid Beach. Tengok Spider House
Merayap jalan kaki dari Punta Rosa hujung dunia tu sampai le Station 1, Station 2.
Merayap di D'Talipapa lagi
Souvenirs - 418 Peso
Watermelon Fruitshake - 65 Peso
Fries (size Mega) - 135 Peso
Buko Fruitshake 1 Liter - 120 Peso
Dinner makan Nasi berahims lagi

Day 5 - Last day

Harga bilik dah include breakfast. So makan kat hotel je.



Tricycle ke Jeti Caticlan -150 Peso (2pax)
Ferry Terminal fee & boat - 275 Peso (2pax)
Van to airport 300 Peso (2pax)
Airport Tax - 1400 Peso (2pax)
Total = Anggaran RM3306 +- (2pax) dalam RM1653 pax

Harga aktiviti boleh jadi macam-macam harga. Kalau pakej private harga lain. Pakej group tour harga lain. Kiteorang banyak aktiviti private. Kalau datang berempat memang cunla. Boleh jimat lagi sebab share. Semua Josh yang settlekan. Yang penting puas hati dan rasa enjoy. Mudah sangat berurusan dengan Josh ni. Siap bawak jalan-jalan D'Talipapa. Siap bagi Tshirt free. Dia layan kita macam dah kenal lama. Friendly habis. Bagi tip pun dia taknak ambik mula-mula. Lepas pujuk baru dia ambik.



Makanan semua bawak dari Malaysia. Bawak beg naik kabin. Air mineral pulak memang masak kat bilik refill dalam botol. Blue Marina memang sedia kettle. Punta Rosa Hotel takde kettle. Tapi boleh request hot water. Dia hantar dalam termos. 2 malam kat sana, boleh kata dekat 10 kali mintak hot water. Gasaklaaaaaa..sapa suruh tak bagi kettle kan. Mineral water takde complimentary. Nak minum sila bayar.

Macam biasa pergi airport tumpang ayahanda nak pi kerja. Balik ayahanda dan adik beradik termasuk Aleesya Haura pi jemput kat airport *ramai-ramai pi jemput gaya dah macam balik umrah! Memang biasa lagu nihhh...

Next entry Azie nak review hotel di Boracay. Tungguuuu...

Percutian Boracay 2016 Day 4 : Willy's Rock

21 ulasan:

  1. Salam..Azie, flight tu RM603/2 la kan? i tgk tix utk dec ni dh near to 1k :(

    -Azfiza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Azfiza,
      Salam.
      Ya, betul. Takde promo lah tu kalau 1K. Tunggu promolah. Pasti ada tuuuuu ^_^

      Padam
  2. As salam azie...nk tnya mcm mna nk contact josh tu ya...brapa awak baya josh tu ya utk perkhidmatan dia tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Contact Josh di Facebook
      Nama FB: Josh Balindres
      Boleh guna FB message @ mesenger

      p/s: Dia cakap hari2 dia pergi cyber cafe utk tgk Facebook ^_^

      Padam
    2. Oh tip tu tak sure. Suami yang beri. Dia pun tak ingat berapa dia beri. Spontan je. Ikut awak la nak bagi berapa pun (kalau tak bagi pun tak pe sebab dia tak mintak).

      Padam
    3. Ow..ok2 lg 1 nk tnya...josh nie mmg dia akan guide kita dr dtg smpai balik ke..or dia arrange time kita nk pg buat2 xtviti tu je?...wktu xtiviti tu kita yg tentukan ke dia yg tentukan....hehehe sory ya bnyk tnya..sy nk pg bln 5 nie

      Padam
    4. Terpulang. Kalau taknak dia ambik kat airport pun takpe. Cakap nak ambil pakej aje dengan dia. Waktu aktiviti tu dia cadangkan. Tapi macam kami tukar ikut waktu yg kami nak ^_^

      Padam
  3. as salam. josh ni ok x?

    BalasPadam
  4. Assalam sis, nk tnya yg hotel tu mcm mana ye kak booked?

    BalasPadam
  5. salam . nak tanya , awak pegi boracay ni ade amek mana2 pakej dari agent mana2 atau awak buat itinerary sndri dari awal sampai balik ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Dari awal sampai akhir pergi. Yes buat itinerary sendiri. Tak perlu agent kalau nak pergi Boracay :) cuma ia jadi lebih mudah untuk dengan adanya Josh!

      Padam
  6. total semua in rm brp sis .?

    BalasPadam
  7. Email pls itinery ah.fuad@gmail.com

    BalasPadam
  8. Salam boleh email pada sy ilternary dan boleh dapatkan contact josh yg uruskan pakej sis..
    Email sy:anafarhanah@yahoo.com

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. bnyk kali study pasal boracay kt blog akk ni huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha sungguh-sungguh study tu. Dah selamat pergi Boracay?

      Padam
  11. Sis environment fee tu pergi balik perlu byr ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu environment fee masa pergi je bayar....sekarang sis tak sure :) Aritu Boracay tutup kejap kan sebab kotor. Now dah open balik.

      Padam
  12. assalamualaikum hi...nak tanya total spend kt sana berapa???

    BalasPadam