Percutian Boracay 2016 Day 1 : Mabuhay Boracay!


Assalamualaikum dan Salam Jumaat ^_^


Boracay mu tunggu aku datang! Macam mana boleh terfikir nak bercuti ke Boracay? Angan-angan nak pi Boracay timbul lepas balik tengok keindahan alam di Krabi, Thailand. La ni lepas balik Boracay, Filipina kami duduk berangan nak tengok keindahan laut Maldives pulak. Angan-angan tak perlu bayar. Siapa tahu ia bakal menjadi kenyataan! AMINN.

Nak tengok teaser percutian di Boracay refer post ni -> Teaser 2016 : Bercuti Di Pulau Boracay, Filipina
Nak tengok itinerary dan bajet refer post ni -> Itinerary Dan Bajet Ke Pulau Boracay
Nak baca tips & persediaan ke Boracay -> Tips Persediaan Bercuti ke Pulau Boracay, Filipina
Nak duk hotel mana di Boracay, boleh refer post ni. Kotla membantu serba sedikit -> Boracay Hotel Review: Blue Marina (Station 2) & Punta Rosa (Station 1)

Day 1 - 29 March 2016

Flight ke Kalibo jam 10.30 pagi. Turun ke KLIA2 jam 7am. Tumpang ayahanda nak pi kerja. Drop kami kat KLIA2. Siap-siap web check in, tapi sebab suami beli seat malam tadi, perlu pergi kaunter ambil boarding pass yang baru. Pastu boleh pulak salah key-in expiry date passport, betulkan terus maklumat di kaunter. Sebelum tu berlaku kesilapan jantina. Kalau berlaku kesilapan macam ni, tweet je kat Air Asia punya twitter. Cepat je diorang betulkan kesilapan data tu. Good job! Tapi kalau korang dah buat web check-in tak boleh dah nak betulkan. Kena pi kaunter Air Asia di airport untuk betulkan. 


Masa boarding, baru sibuk nak FB Mesengger Josh. Nak tanya harga pakej je pun. Tapi duk berbalas-balas mesej sampai Josh keluar soalan perlu ke dia ambik kami di Kalibo International airport? Soalan tu tak sempat suami jawab sebab flight nak takeoff, stewardess minta kami simpan fon. 4 jam kebosanan dalam flight. Kalau duduk tepi tingkap belah kanan kapal terbang, uols boleh tengok puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia yang dikelilingi awan ropol-ropol. Terdengar suara pilot yang bagi info jarak Kuala Lumpur ke Kalibo dalam 2000++ km. Kelajuan kapal terbang 800km/j dengan ketinggian 35 ribu kaki. Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami. 

Sebelum tiba di Kalibo Airport (200km jaraknya dari Manila) perlu isi borang (refer gambar bawah). Jam 3.30 pm sampai dengan selamat di Kalibo Airport. Kecik je airportnya. Kalau macam ni hanya beberapa unit kapal terbang je boleh mendarat. Immigresen pun paling sempoi dan boleh kata paling tak selamat langsung. Lepas cop takde scan beg apa pun terus keluar. 


Dari Kalibo International Airport perlu naik pengangkutan awam ke Jeti Caticlan. Keluar airport kami dikerumuni ejen-ejen syarikat yang menawarkan pelbagai pakej perjalanan pergi balik Boracay. Lemas weh. Tiba-tiba muncul si Josh ni datang menyelamatkan kami. Cargas betul pakcik ni!! Dia cakap Tagalog dengan ejen yang lain dan bawa kami pi naik satu van bercermin gelap yang tak nampak langsung kat dalam. Dalam van tu baru lah kami berkenalan. Dia kata dia cam muka suami kat FB. LOL! Josh ni mesra alam orangnya. Cepat je mesra. Dia cerita Hafiz Shuip AF antara customer feveret dia. 

Kredit: Instagram @hafizsuip

Tudiaaaa ejen yang sama! LOL. Fofular pakcik Josh Balindres. 2000 likes di Intsgaram Hafiz.

Stesen minyak di Boracay Filipina

Dalam van tak sempat sangat nak ambil gambar sebab van tinted gelap habis. Mendung macam nak tidur je duduk dalam van. 1.5 jam perjalanan ke Jeti Caticlan memang melenguhkan. Sepanjang jalan boleh tengok sawah padi menghijau kiri kanan. Selain itu anda akan berselisih dengan banyak JEEPNEY. Filipina di bawah pemerintahan uncle sam selama 48 tahun. Jeepney asalnya trak tentera diubah ditukar menjadi pengangkutan awam. Tambangnya murah dan boleh menampung 25-30 orang. Padat weh. Siap duduk atas bumbung. Sebab tak berjaya snap gambar (buruk & gelap), maka kita petik je image dari Google.



Kredit: Google Image

Sampai jeti Josh mintak duit, terus hilang. Tak sampai seminit dia datang balik dengan segala tiket yang sepatutnya kena bayar. Senang jugak ada Josh ni tolong kami. Baki dipulangkan semula.

Then dia bawak beg tarik dan beg galas pi naik boat. Laju sangat sampai tak sempat nak ambik gambar. Jadinya gambar ala kadar je. Paling berbesar hati Josh tolong cop seat paling depan dalam boat. Ambik ko duduk belakang kapten terus. Kadang-kadang tengok Josh ni lucu rasanya. Kemudian rasa kesian. Huhu. Lepas naik boat 20 minit sampailah kami ke seberang sana...akhirnya MABUHAY BORACAY!!! 

Josh adjust kami naik vibrant green e-trikes! Yang ala-ala tricycle tapi saiz besar, lebih lebar, lebih selesa dan tak berhimpit. E-trikes ni boleh naik 8 ke 10 orang. Boleh letak beg besar. Kami share dengan couple Melayu (perempuan)+Chinese (lelaki) dari Malaysia. Masing-masing bayar 100 peso. E-trikes & tricycle memang kenderaan awam utama di Boracay. Punya lah banyak. Naik tricycle pun boleh jem.

E-Trikes in Boracay! (Electric-powered Tricycle). Driver duk dalam. Engine lebih power. Larat sikit nak bawak orang dan bawak beg. Belakang tu barulah tricycle. Macam tuk-tuk kat Krabi.

Lepas drop kami di Blue Marina hotel, Josh janji nak jemput kami di Blue Marina keesokan harinya jam 9am untuk aktiviti pagi; ATV dan Zipline.

Balik bilik, makan, solat then keluar pi cari money changer. Kami pi tukar yang depan pantai Station 2 ni. Terpaksa tukar sebab duit habis dah. Belum apa-apa dah licin. *sakit kepala betul* Mujur bawak extra 200 USD. Bolehla guna untuk bayar aktiviti dengan Josh. Rugi plak datang jauh-jauh kalau tak buat aktiviti. Dengar cite ATV dan Zipline kat sini Ohseemm!

Malam sangat hidup dan happening di tepi pantai Boracay di Station 2 ni. Tengok mat salleh naik Reverse Bungy (video ada dalam IG). Macam bola dilambung ke atas udara. Seram oi. Jantung boleh tertinggal kat bawah macam ni. Penonton kat bawah pulak paling kuat berteriak.

Selain itu, ada live-band di sekitar hotel. Banyak restaurant fine-dining. Restaurant and bar. Then pi tengok persembahan tarian api (video ada di IG). Dah siap buat persembahan mintak tip. Masa mintak tip dengan orang ramai, kiteorang dah larikkkkkk dulu. LOL. Pastu suami nak reload simcard. Mujurla pegawal keselamatan hotel tolong tunjuk dan escort kami ke tempat reload. Di sebuah kedai di lorong yang gelap. Serammm weh.

Sebelum pelancong kat sini party-party dan mabuk-mabuk, baikla kita balik bilik. Balik bilik...mandi, tengok movie di HBO dan tak sedar bila tertidurrrrr. Moga-moga esok hilang penat.

Wassalam.

9 ulasan:

  1. planning nanti nak kesana tahun dpn.baca blog azy ni lg buat x sbr dah ni hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sarah,
      Terima kasih sudi singgah sini. Enjoy Boracay =)

      Padam
  2. Yunk.. Mcm mana nak contact Josh ya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yunk, i contact thru FB. Guna messenger. FB: Josh Balindres

      Padam
    2. ok sy pun dah inbox die utk bulan nov ni... so die akan bantu sepanjang aktiviti kita atau mcmner??

      Padam
    3. ok sy pun dah inbox die utk bulan nov ni... so die akan bantu sepanjang aktiviti kita atau mcmner??

      Padam
    4. Hai Nemo,
      Terpulang awak nak minta dia bantu apa..semua dia boleh bantu :) sediakan ongkosnya sahaja. hehe.

      Padam
  3. Hi AZY
    Berapa total kos pakej yg awk ambil dgn josh?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    berapa bayaran yg awak bagi kat Josh tu utk servis dia ?

    BalasPadam