Assalamualaikum
Mac 2016, kecoh sekejap warga Shah Alam bila AEON Shah Alam baru dibuka di Seksyen 13. Berpusu-pusu orang pergi sampai jem jalan. Heeeee tak kuasa akak nak menyemak sekali di situ. Jadi kita tunggu dah reda sikit baru kita pi. Hujung minggu baru ni, hajatnya nak cari baju untuk wedding, tapi spek pulak PATAH. Yang spare pun PATAH jugak. Adoiii. Langsung divert ke AEON Shah Alam. Gagau mencari FOCUS POINT.
Keadaan memang dah reda, jalan pun ok boleh senyum sampai telinga nak parking pun mudah. AEON Shah Alam terletak di Jalan Akuatik Seksyen 13 Shah Alam. Berdekatan dengan MSU, GIANT Seksyen 13 dan Stadium Melawati Shah Alam tu. Ni alamatnya;
1, Jalan Akuatik 13/64
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: 10AM - 10PM


Parking space memang banyak betul! Ada 2,400 parking space. Walaupun bunyi macam banyak, car park tu kelip mata je dah penuh kalau hujung minggu. Kiteorang sampai jam 12 tengahari macam tu. Open space kat bawah memang penuh. Malas nak melilau terus je naik ke rooftop. Alhamdulillah parking masih ada. Parking masih lagi percuma. Next kita cari Directory AEON Mall. Nak tahu juga apa menarik di dalam AEON Mall Seksyen 13 Shah Alam ni.
Ground Floor
AEON Supermarket
|



AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - H&M dan Uniqlo. Amboi makin rancak la student MSU menyopping.


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - Padini Concept Store (Seed, Vincci, P&Co) - SKECHERS


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - Clarks - FILA


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - Levi's - Uniqlo


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - The Body Shop - Aster Spring - Lovely Lace


AEON MALL SHAH ALAM - Ground Floor - Famous Amos - Kimogi

Food Market di Ground Floor
1st Floor
1st Floor
AEON Department Store
AEON MALL SHAH ALAM - 1st Floor - Indexlivingmall





Tempat feveret nih!!! Azie boleh habiskan masa berjam di sini sahaja. Belek setiap satu!
Haikara Style Cafe di 1st Floor - Japan Street . Ada sijil halal dipaparkan.

Yoshinoya & Hanamaru Udon berada di Aras 1. Japan Street.


GINDACO di Japan Street. Takoyaki diaaaa SEDAP.

Ini Original - 8pcs harga RM15.90. Esok nak pergi beli lagi.
Japan Travel Bureau. Boleh cari macam-macam info berkenaan Japan di sini.


Fashion Tenant | Accessories & Beauty Tenant | Speciality Tenant | F&B Tenant |
Belle | Hair+ | Guardian | Sushi King |
Polo Haus | Soxworld | Akemuchi | Gindaco |
Nyla | City Chain | Daiso | Mister Donut |
Brands Outlet | Celebrity Mode | Animex | Vanguard Café |
Smart Master | Pretty Mindy | Index Livingmall | Hukara Style Café |
H&M | Megane Samurai Japan | Yoshinoya & Hanamaru Udon | |
Ashura | Scent Galerie | ||
TopGirl | Barry | ||
New Look Fashion | Sembonia | ||
Tomei | |||
Poh Kong | |||
Kickers | |||
Carlo Rino | |||
Benang Hijau | |||
Wonder Glow | |||
Leathermade | |||
Tomaz | |||















Di Aras 1 di ada Japan Street. Terasa acah-acah di Japan dah. Huii memang teringin sangat nak pi Japan. La ni tengah menabung. Taktaula bila tabung ayam penuh. Patah balik cerita AEON Shah Alam, banyak juga cafe-cafe dari Japan ada di sini. Mister Donut pun ada. Paling menarik ada Japan Travel Bureau di sini. Bolehla ambik segala brochure tentang Japan. Selain itu ada juga Daiso, Doraemon merchandise, Manga dan macam-macam lagi.




Peminat Manga meh datang sini!!
Tempat makan dalam AEON Mall ni memang banyak pilihan. Taknak yang makanan ala Jepun, makanan lain yang berjenama pun ada. Rambang perut nak pilih tempat makan. Ada Teh Tarik Place, Secret Recipe, KFC, Seoul Garden, The Chicken Rice Shop, Boat Noodle, Dapur Penyet, Food Avenue dan sebagainya.
Tempat makan dalam AEON Mall ni memang banyak pilihan. Taknak yang makanan ala Jepun, makanan lain yang berjenama pun ada. Rambang perut nak pilih tempat makan. Ada Teh Tarik Place, Secret Recipe, KFC, Seoul Garden, The Chicken Rice Shop, Boat Noodle, Dapur Penyet, Food Avenue dan sebagainya.


Antara makanan Ready-To-Eat dalam AEON Mall

Dalam AEON Mall ada Relaxing Corner bertemakan 4 musim di Japan. Iaitu HARU (Spring), NATSU (Summer), AKI (Atutumn) , FUYU (Winter). Yang atas ni HARU ^_^
Nota:
SECOND FLOOR pun ada tau. Tak habis tawaf =P Konklusinya memang AEON MALL SHAH ALAM ni memang BEST! Mall yang luas, selesa, banyak kerusi disediakan untuk duduk. Makin best bila AEON Mall Shah Alam ni ada Japan Street. Tak sempat la nak tawaf dan nak belek setiap sudut dan penjuru. Confirm akan datang lagi. Banyak makanan Jepun yang nampak sedap, menarik dan ready-to-eat ada di sini. Excited nak cuba. Barang-barang keperluan rumah di Indexlivingmall pun sangat menarik. Selamat tinggal IKEA. Takperlu dah ke The Curve or Bandar Utama lagi dah. Ke AEON Mall sahaja sudah mencukupi!
Nota:
AEON Member Customer Service ada di GROUND FLOOR & SECOND FLOOR
Baby ROOM ada di SECOND FLOOR
ATM Center ada di GROUND FLOOR
Surau akan update semula nanti
Sekian. Wassalam.
Hi Azyyati, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
BalasPadamHi Aini,
PadamThank you dear for visiting. Glad that u enjoy. Sure..i will email u shortly ;)
Salam Laily,
BalasPadamNak update smpai sudah tak update2 lagi. Thanx dear =D Bab hari2 tukar telekung tu mmg First Class sgt!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSis nk tnya. Aeon ni ada xjual jam polo brittania? Yg slalu ada diskaun kat aeon midvalley.
BalasPadamSalam. Alamak baru nak reply. Pernah nampak tapi tak pasti sepanjang masa ada diskaun ke tak.
Padamnk tanya. ada cinema tak mall ni?
BalasPadamSalam saya tlg jwbkan ye. Wayang takdok dkt aeon shah alam ni 😁
PadamHehhe. Terima kasih tolong jawabkan :)
Padamhi ade wyg x?
BalasPadamHi. Takde wayang.
PadamParking moto kena bayar tak?
BalasPadamAde apple store tak or machines
BalasPadamtak ada :)
PadamAda bowling tak ?
BalasPadamAssalamualaikum,nak tanya
BalasPadamAda ke kedai yang jual produk halal dari jepun macam cuka beras ke atau barang nak buat sushi?