Assalamualaikum dan selamat malam!
Prof Muhaya Dot Com antara rancangan kegemaran Azie. Bukan setakat rancangan reset minda tetapi juga reset dapur. So ini Azie cedok resepi dari Dapur Sihat bersama Prof Muhaya.
Bahan-Bahan
Ayam
Tomato
Bawang putih (ketuk)
Bawang besar (belah 4)
Halia
Kentang
Garam
Cara masak sup ayam versi sihat
1. Masuk semua sekali dan didihkan hingga masak!
Senang dan simple bukan? Serius ini memang resepi sup ayam paling ringkas dan mudah! Tak guna rempah dan sup bunjut. Tak perlu tumis pun. Sup tanpa minyak. Azie dah banyak kali buat sup ni..dan suka sangat. Husband pun suka. Dia tak percaya sup ayam takda sup bunjut. Dia kata Azie letak bahan rahsia. Bahahha. Bonda pun suka. Resepi ni juga Azie buat untuk sup nasi ayam. Tapi untuk sup nasi ayam letak segala sayur mayur bagi meriah! Lamanya tak buat nasi ayam.
TIPS: Azie suka renehkan sup dengan tomato, kentang lama-lama. Barulah sup ada rasa. Pastu suka hati letak cili padi. Barulah ngam dengan tekak. HOT. HOT. SPICY. Oh tak lupa ulam dan sambal belacan. =P
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan