Bonus Tabung Haji 2015 | 5% + 3%


Assalamualaikum

Finally berita yang ditunggu-tunggu telah diumumkan. Kelmarin dulu pergi update buku di Tabung Haji, memang bonus tak masuk lagi. Semalam pengumuman telah dibuat dan bonus buat pendeposit adalah 5% + 3%. Pengreditan bonus akan dibuat pada hari Sabtu 6 Feb 2016. Pendeposit boleh semak jumlah bonus bermula Rabu minggu depan 10 Februari 2016. Yang ada buku boleh semak di kaunter TH ataupun kalau dah link akaun TH dengan akaun simpanan di Bank Rakyat, Maybank, Bank Islam boleh terus check di ATM atau secara online. 

Kadar Dividen & Bonus Tabung Haji 2015

2015 : 5 % bonus tahunan dan tambahan bonus haji 3 % = 8%
* Tambahan bonus haji adalah untuk pendeposit yang belum menunaikan ibadah Haji



Cara Pengiraan Bonus Tabung Haji 2015

BONUSPENGIRAAN
Bonus Tahunan TH (5.00%)
Akaun Pendeposit TH Aktif
Kiraan:
Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2015)/12 bulan) x 5.00%
*Bonus Haji (3.0%)
Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji
Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang
Kiraan:
Baki purata minima bulanan ≤ RM9,980 (Jan-Dis 2015)/12 bulan) x 3.00%
* Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980). 
(Maknanya 3% base on harga haji or simpanan whichever is lower)


Kadar Peratus BONUS TABUNG HAJI (TH) 2010-2015


TAHUNKADAR DIVIDENKADAR BONUSJUMLAH DIVIDEN + BONUS
20155.00%3.00%8.00%
20146.25%2%8.25%
20136.00%2%8%
20126.50%1.50%8%
20116.00%Tiada bonus6.00%
20105.50%Tiada bonus5.50%
P/S: Korang dah daftar haji? Yang daftar tahun 2009. Tahun 2023 baru dapat pi. Yang daftar sekarang, tahun bila pulak pergi agaknya.


1 ulasan:

  1. baki purata minima maksud baki setiap bulan bahagi 12? kalau baki setiap bulan byk, tp awal bulan seterusnya sikit? mcmana?

    BalasPadam