Assalamualaikum
Lama tak update pasal travel kan. Next trip kami Inshaa Allah bulan Mac-April. Ke mana? Krik..krik..krik.. InshaAllah jika panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan jadual suami mengizinkan bolehla Projek Travel 2016 ni diteruskan. Urusan flight & tempat penginapan dah selesai. Itinerary dalam pembikinan sementara tunggu tarikh terbang. Selagi tak tiba masanya bimbang takut tak jadi.
Kiteorang memang naik Air Asia je. Jimat kos la katakan. Aritu ada terbaca dalam group travel di Facebook tentang isu tempat duduk Air Asia. Kesnya kawan kepada traveller ni tak dapat naik flight Air Asia ikut tarikh tiket yang dibooking. Dia dah beli tiket flight pada tarikh sekian. Sukses dan booking confirm. Cuma tak add on seat dalam flight. Rupanya Air Asia memang practice rule seperti di bawah ni;
Maknanya di sini, bagi penumpang yang tak beli tempat duduk.. ada kemungkinan tak dapat tempat duduk dalam flight walaupun booking telah disahkan (tarikh dan waktu penerbangan telah confirm). Kalau ikutkan macam tak logik kan, kita dah beli tiket ikut tarikh dan masa kita terbang. Booking pun dah confirm. Cuma tak beli seat je. Macam mana pulak overbooking (terlebih passenger) pulak. Takkan sistem tak calculate berapa ramai penumpang dalam satu-satu penerbangan kan.
Rupanya Rule Overbooking ni digunakan oleh Air Asia. In fact bukan Air Asia sahaja tapi kebanyakkan airlines di seluruh dunia. Syarikat penerbangan akan jual tempat duduk lebih dari capacity sedia ada. Sekiranya ada penumpang yang tak jadi terbang, airlines akan rugi tempat duduk. Oleh itu, airlines mungkin akan oversell kepada last minute passenger yang akan bayar tiket mahal. Airlines akan jual overbook seat dekat2 tarikh nak fly. Masa tu kan tiket dah mahal.
Overbook akan ditempatkan ke flight seterusnya. Kemungkinan overbook ni berlaku jika flight tu terbang sekali sehari, ketika peak season dan kepada penumpang yang check in lambat. Kat airport baru nak check in, di jam-jam terakhir sebelum fly. Masa tu mungkin airlines dah jual dah tempat duduk anda kepada orang lain.
Jadi untuk elakkan overbook ni, boleh beli tempat duduk. Priority kepada yang dah beli tempat duduk. Kalau tak nak beli seat pun takpe, nak jimat punya pasal kan...tapi perlu check in awal-awal. Air Asia boleh web check in 14 hari sebelum tarikh terbang. Bila dah check in automatik sistem akan tempah tempat duduk untuk anda. Dalam kata lain sah-sah dah ada tempat duduk dalam flight tu.
Jadi rule of thumb sentiasalah check in awal lebih2 lagi jika terbang ke luar negara. Jangan buat hal. Sebenarnya ada je yang suka atau sengaja check in lambat tu dengan harapan dapat upgrade hotseat for free. Ramai dah yang dapat upgrade free ni bila check in lambat. Kalau flight tu banyak dan destinasi yang dituju tak femes, pastu terbang pun weekdays selamatla nak check in lambat-lambat pun. Bertuah pulak tu dapat upgrade hotseat percuma.
Tapi jangan biasakan diri plisss buat macam tu. Jangan jadikan habit tau check in lambat. Malang tidak berbau weeii. Nak selamat check in je la awal-awal okeeyy? Kalau kat Malaysia ok boleh balik rumah, kalau kat negara orang, silalah bermalam di airport ya.
p/s: Kalau ada info tambahan berkaitan boleh tulis dalam komen di bawah ya. Sharing is caring =)
Selamat bercotiiiiiii...
berdebar pulak rasa hati ni..Baru nak book flight..Kali pertama pulak ni..nasib baik baca blog Azi..
BalasPadam