Jantung Rumah



Assalamualaikum & Salam Jumaat!



Hai semua. Dulu masa zaman-zaman sebelum kahwin nak mengaku yang Azie jarang stay lama di dapur. Hiks. Lepas kahwin pun sama. Tahun pertama bekerja sempatla jugak masak-masak. Masuk tahun berikutnya kita makan luar jela. Keluar pagi balik malam memang sekejap jela masuk dapur. Masuk dapur untuk masak air dan masak meggi je. Hihi.

My kitchen is my territory. Gitu kekdahnya. Mujurlah masa berpindah masuk ke rumah ini dulu dah siap-siap cantikkan dapur. Terima kasih suami kerana memahami. Barulah semangat sikit nak main masak-masak kat dapur. Empat ke lima tahun menabung gaji sebab nak masuk rumah baru. Nak berpindah ke rumah sendiri. Excitednya tak payah cakap. Dalam kepala ni dah macam-macam lakaran dekorasi dah. Tapi itulahhh, bila bajet ciput... lain yang difikir, lain pulak yang direalisasikan. Kesian.

Gigih keluar setiap Sabtu dan Ahad mencari idea-idea dekorasi. Selalu terjah Homedec, SSF, IKEA, Signature Kitchen dan tak ingatlah pulak. Memang dah plan dengan suami, apa-apa pun dapur kena siap dulu at least ada kitchen kabinet dan peralatan yang sesuai macam hood dengan hob. Bajet untuk dapur ciput je, tapi kiteorang sedaya upaya menjadikan dapur tempat yang best untuk bersantai suami isteri, family, kawan-kawan (yang datang) minum kopi dan makan keropok lekor. *ewah bersantai kat dapur* Sebab tu ada orang kata dapur ni JANTUNG RUMAH. 

Dan akhirnya kami pilih Signature Kitchen untuk realisasikan dapur idaman. Masa tu ada pakej promo kat Homedec KLCC (lima tahun lepas). Kitchen Consultant Miss Ai Bee memang THE BEST. Kerja dia tip top dan hasilnya memang terbaik. Dia arrange dengan baik semua pemasangan untuk jadikan dapur tu selengkapnya. Kami pun tak pening kepala. Alhamdulillah. Bersyukur sangat. Mudah berurusan dengan dia. Kami happy dengan hasilnya dan semuanya berbaloi-baloi.


Pengstoran yang kemas mewujudkan dapur yang selesa dan sedap mata memandang. Azie memang request nak ruang storan yang banyak. Sebab takmo sepah-sepah semua barang atas kaunter dapur. Kuali periuk belanga, tong gas semua masuk dalam kabinet. Dapur dah la kecik. Nanti celah mana pulak nak memasak. Nak prep bahan lagi. Pastu pintu kabinet takmo cermin. Biar tak nampak isi dalam. Barulah sejuk je mata hati memandang. Nampak putih je semua.



Putih adalah warna pilihan sebab nak ruang dapur nampak lebih luas. 



Azie letak Eubiq ni kat dapur. Jadi tak perlu guna extension kalau nak guna semua plug serentak. Dan yang penting wayar-wayar tak berselirat. 




Kalau pakar dekorasi tengok ni confirm kena bebel. Kemain tinggi kedudukan microwave itu. Jangan ngomel dulu plis, meh nak explain. Sebenarnya ruang tu tempat letak peti sejuk. Peti sejuk kan tinggi. Tapi kami dihadiahkan peti sejuk kecik comel kiut miut ni. Orang bagi kita ambik ajela. Ye tak. Rugi kalau tak digunakan dan membazir kalau beli peti sejuk lain. Peti sejuk baru mau ribu riban. *fengsan*. Plus jimat letrik hakak. Jadinya, ruang yang terbiar tu, kita drill pasang besi letak kayu putih buh microwave kat atas tu. Menggunakan ruang sebaiknya. ^_^

Kaunter bar tak buat sebab tak cukup bajet. Jadi belilah meja IKEA warna putih letak di tengah-tengah dapur. Siap! Kalau perasan kaunter dapur tu semua azie lapik dengan pelapik IKEA. Sebabnya permukaan kaunter dapur Azie warna putih bersih! Kalau tak memasak sekadar deko kat dalam rumah takpe tak nak lapik. Tapi bila memasak sayangnyaaaaa kalau tak lapik. Takut calar balar. MENANGIS nanti. Bila permukaan kaunter warna putih kena extra care. Letak lapik selesai masalah. Tak perlu nak extra care sangat. Muahahaha. Azie pun bukannya rajin sangat. Kalau anda heavy memasak untuk berniaga ke apa ke kan better cari permukaan yang tahan lasak. 

Ni saja nak share jenis-jenis permukaan kaunter dapur yang Azie dapat berdasarkan pembacaan dan siri penjelajahan kedai ke kedai.

JUBIN SERAMIK
PRO: Ada pelbagai rekabentuk. Boleh disuai padan dengan macam-macam kombinasi warna. Mudah dibersihkan, mudah dijaga, tahan kelembapan dan tahan suhu panas. Selain tu mudah dipasang sendiri dan kos lebih murah. Biasa orang letak jubin seramik untuk dapur basah. Senang nak lasak-lasak. 

CONS: Yang orang tak tahu, simen yang digunakan untuk melekat jubin mudah jadi kotor dan membiak kulat. Jubin pulak mudah retak dan pecah. 

CORIAN
PRO: Kalis kotor, tahan lama, mudah dibersihkan dan terdapat dalam bermacam-macam warna, rekabentuk dan kemasan. Permukaan corian mencegah pembiakan kulat, kulapuk dan bakteria.

CONS: Senang calar dan tidak tahan suhu yang tinggi. Tak semahal granit tapi kosnya boleh tahan tinggi jugak

BATU TIRUAN
PRO: Diperbuat daripada batuan asli macam zarah quartz. Menjadi pilihan ramai sebab sifatnya tidak mudah kotor, kalis calar dan kulat tidak membiak

CONS: Kos berbeza mengikut warna dan pengeluar.

GRANIT
PRO: Kandungannya kebanyakkan batu quartza dan feldspar. Keras dan padu. Tahan lama dan pilihan terunggul untuk dapur. Selain itu, tahan suhu yang tinggi, kalis calar.

CONS: Teramat mahal

Jadi pilihan permukaan kaunter dapur kiteorang....jeng..jeng..jeng.. CORIAN. Sebab nak dapur moden tapi dengan harga murah. Mueheheh. Yang penting senang cuci. Letak lapik sebab taknak bagi calar. Kalau macam minyak atau kunyit kena lap segera. Kalau dibiarkan lama nanti warna kuning tu lekat kekal. Kalau tunggu sebulan sekali baru nak lap minyak tu jangan ambik warna putih. Ambik warna gelap. Semut berjalan pun tak nampak. Hihi. Macam Signature Kitchen ada servis untuk polish balik permukaan kaunter dapur bagi berkilat. Cuma tak tahanla nak berabuk satu rumah. 

Oklah panjang pulak menaip dah ni. Azie doakan korang pun dapat dapur idaman dan happy sentiasa sepanjang berada di dapur. Pasang ayat-ayat Al-Quran sambil memasak tu. Selamat berdekorasi kepada korang yang baru pindah rumah baru! Pindah rumah memangla sesuatu perkara yang seronok dan excited...tapi nak maintain rumah selepas tu yang jadi cabarannya. Lagi-lagi dengan anak-anak yang tengah membesar. Lepas tiga or empat tahun tengok rumah jadi apaaaa.....

Sekian tips tak seberapa dari #dapurazyyatiliah. Hiks

1 ulasan:

  1. bestnya dapat dapur mcm ni..Fida tak dapat buat lagi..sebab umah sewa kan..kang buat t yang untung tuan rumah...nanti beli umah sendiri baru nak buat..dah ada idea dah lama

    BalasPadam