Salam Khamis semua.
Nak review sikit factory outlet mall terbaru di Malaysia, Mitsui Outlet Park KLIA (Japan's beloved luxury goods outlet mall). Baru tak baru sangatla sebab Mitsui Outlet ni dah buka sejak May 2015 lepas. Chinese New Year aritu nak balik ke Seremban. Tapi time nak balik tu jem pulak kat Nilai sebab ada tiga kemalangan (check gmaps). Dari Lebuhraya ELITE langsung DIVERT ke Mitsui Outlet Park Sepang dengan exit Tol KLIA. Mitsui Outlet Park berdekatan dengan KLIA & KLIA2. Lebih kurang 6km sahaja. Dari Mitsui ikut jalan dalam je balik Seremban.
Ada lebih kurang 2,000 tempat letak kereta open space. Tapi parking berbayar ya. RM2 sejam. Yang best dekat Mitsui Outlet Park KLIA ni semuanya beraircond. Dah macam shopping mall. Sejuk dingin je nak jalan-jalan kat dalam factory outlet ni. Barulah selesa nak bawak budak berjalan-jalan. I like! Takla macam Melaka Premium Outlet (MPO) dan Johor Premium Outlet (JPO) yang berkonsep terbuka tu. Aircond hanya ada dalam kedai je. Selain tu, ada dua tingkat dan boleh kata agak factory outlet ni lapang dan luas. Kami ambik masa lebih kurang 3 jam untuk selesai tawaf jelajah semua kedai.
Lebih 100 jenama ada di Mitsui Outlet Park from upper-middle to high-end brands
- Polo Ralph Lauren Factory Outlet
- Club 21 Collectibles (Paul Smith, Balenciaga, Lanvin, MOSCHINO, Versace.)
- DIANE von FURSTENBERG
- Hackett London
- LACOSTE
- BALLY
- Cole Haan
- Aigner
- Hugo Boss
- BCBG MAXAZRIA
- Karen Millen
- Tommy Hilfiger
- FJ Benjamin
- Topshop
- Topman
- Miss Selfridge
- Dorothy Perkins
- Mango Outlet
- SACOOR Outlet
- BONIA
- Guess
- Timberland
- Clarks
- Samsonite
- Isetan Outlet Store
- ACE
- asics Factory Outlet
- adidas
- Onitsuka Tiger
Selain itu, ada Levis, LeSportsac, Puma, Nike, Hush Puppies, Crocs, Skechers, Florsheim, dll. Mitsui Outlet Park juga ada promote barang-barang seni tradisional Jepun seperti seni kraf, teh, sushi, sake di 'JAPAN AVENUE'. SK11 pun ada dijual dalam Japan Avenue ni. Pendek kata kalau pi 'Japan Avenue' ni boleh jumpa macam-macam barang tradisional Japan. Selain tu, ada juga Japan Fashion Outlet. Bolehla usha-usha fesyen dari Japan.
Kalau lapar boleh makan atau lepak minum coffee di DOME, The Loaf (our favourite!), The Coffee Bean. Tempat makan pun ada pelbagai pilihan. Seperti Sushi King, Hidang, Padi House, Para Thai, Foodcourt dll.
Kalau dibandingkan antara Melaka Premium Outlet dengan ini, Azie lebih suka Mitsui Outlet Park KLIA ni. Sangatttt suka outlet sini! Masa Chinese New Year ni SALE cecah 90% daripada harga biasa. Levis pun sale 40%. So memang berbaloi-baloi lah kalau nak shopping di sini. Jenama-jenama mewah pun ada sale sehingga 30% daripada harga retail atau butik. Kalau ketika musim perayaan atau grand sale boleh cecah sehingga 70% diskaun. Kalau compare dengan JPO Fcoursela JPO lagi gempak (walaupun barang-barang branded design lama yang ada di situ).
Sebenarnya MOP Sepang ni adalah rangkaian outlet terkemuka di Jepun. Dah ada 12 cawangan di sekitar Japan. Ini merupakan cawangan nya yang pertama di Asia Tenggara. Untungla orang-orang Sepang, penduduk Bandar Enstek, at least ada juga tempat jalan-jalan cuci mata hujung minggu. Kalau tak mati kutu takde shopping mall kan. Kena pergi Jusco Seremban 2 paling dekat. Takpun KLIA2 Mall.
Free Shuttle Bus juga disediakan. Boleg refer SINI
Antara jenama yang ada SALE.
Zalora SALE up to 90%.
GAP dalam FJ Benjamin 20% (abis size dah)
LEVI's Outlet Store 40% SALE
Hackett London up to 70%
Tempat menjamu selera
Cara nak dapat free parking. Tapi weekdays only!
Sebab malu, tepi dinding je la kita bergambar =P
Nak datang lagi ke lepas ni? Yes, mesti datang lagi. Kumpul duit bagi berkepuk dulu. Hihi. Time ni cuci mata survey dulu. Hanya sekadar shopping roti di The Loaf sahaja. ^_^
Till then wassalam.
Mitsui Outlet Park KLIA
'Where luxuries always become affordable'
Belum sempat jejak kaki ke sini lagi... In Shaa Allah, ada kesempatan dan kelapangan nak juga ke sini nanti...
BalasPadamsy tak jejak lg..
BalasPadamlast time makan pizza telur sedap jugak....
BalasPadam