Translate

No-No-NO!

Bayar Saman DBKL


Kredit: Google
Assalamualaikum

Apa?! 18 SAMAN dari pihak DBKL!!!! *hantuk kepala kat dinding*

Masa bila pulak kena saman ni. Time-time gawat ni saman datang berlonggok sekaligus. Check punya check rupanya di Jalan Dungun tahun 2010. Ayaiyai, dah 5 tahun berlalu baru surat saman nak sampai ka? DBKL baru upgrade sistem ke? Harga setiap saman bernilai RM150 x18 = RM2700!!!  *gulp*

Macam mana tahu kena saman? Dengan kedatangan surat cinta dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL. Surat cinta datang 8 je macam tu. Kemudian check MyEg. Baru tahu jumlah keseluruhan saman ada 18 kesemuanya.

Flashback balik detik-detik kena saman. Siapa yang pernah bekerja di Jalan Dungun, Bukit Damansara pasti maklum dengan keadaan ini. Boleh kata setiap hari pihak DBKL akan keluarkan saman ke atas kereta yang diparking di tepi-tepi Jalan Dungun, Bukit Damansara. Jika bernasib malang, kereta ditarik pihak DBKL sampai ke Jalan Jinjang. Serious memang Jalan Dungun parkingnya terhad dan berbayar. MAHAL pulak tu (lebih kurang RM15 sehari). Maka terpaksalah parking tepi-tepi jalan dekat sekitar rumah kediaman tu. Sebenarnya tak mengganggu lalu lintas pun. Dan parking pun hujung jalan. Kadang-kadang tu berpeluh ketiak parking punyalah jauh tepi rumah orang tetap kena saman jugak. Haih. PASRAH.

Jadi kalau pekerja-pekerja sekitar Jalan Dungun tu memang acapkali dah kena saman. Koleksi saman setahun masing-masing berpuluh agaknya. Situasi kereta kena tarik dengan DBKL pun dah biasa dah. Jika bernasib baik sempatlah selamatkan kereta masing-masing. Tak bernasib baik, kereta hilang kena tarik DBKL dibawa ke Depoh Unit Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Jinjang.

Kesian kan. Duit gaji tiap2 bulan habis bayar saman, habis bayar paking, belum campur bayar minyak kereta, bayar tol sebab rumah sejauh 40km dari pejabat. Maka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tiada siapa yang tahu. Sobs.Sobs.Sobs. Akhirnya kami carpool. Azie bekerja di Jalan Semantan dan suami di Jalan Dungun. Maka dapatlah reduce kepada 18 saman sahaja. Alhamdulillah, itu cerita 5 tahun lepas.

Nak bayar ke taknak saman DBKL ni? Kawan-kawan yang lain tak bayar pun. Buat dek je. Ada yang nasihat abaikan je. Jenuhla setiap tahun nak bayar saman. Kena ada peruntukan pulak untuk saman tahunan. Banyak sebab kenapa taknak bayar. Salah satunya dah tentulah takpuas hati dengan DBKL. Yang tak bayar tu selamat je setakat ni. Takde pulak yang masuk jail atau kena tangkap. Ada juga yang dapat surat mahkamah. Suami Azie prefer bayar. Hatinya tak tenang selagi tak bayar. Tak bayar dikira berhutang dengan DBKL. Hutang tetap hutang. Lepas di dunia, di akhirat nanti camne pulak? Jadi terpulanglah kepada pemikiran dan pendapat masing-masing. Peace. ^-^




CARA BAYAR SAMAN DBKL

1. Pergi ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 
(Elok datang awal pagi seawal jam 8.30am)

2. Pergi ke kaunter bayaran (sebelah lobi utama)

3. Ambil nombor giliran. Tekan C (rayuan kompaun)

4. Tunggu nombor giliran dipanggil. Tunggu di hadapan bilik pegawai kompaun (Bilik 13)

5. Setelah nombor dipanggil, masuk dan jumpa pegawai untuk sesi rundingan.

6. Suami tak bawa surat sokongan apa pun. Pergi menonong je. Setelah berunding akhirnya diberi diskaun dan perlu bayar RM30 untuk setiap saman. Kata pegawai tu, ini harga termurah yang DBKL boleh bagi. Sebabnya, jumlah saman / kompaun yang banyak dan nak langsai semua walaupun kes lama sejak tahun 2010 lagi. Jadi RM30x18 jumlah RM540 perlu dibayar. 

APA NAK BUAT JIKA KERETA DITUNDA PIHAK DBKL

1. Call/SMS/Whatsapp Unit Tunda DBKL - 0126663255 untuk semak betul ke kereta anda ditunda DBKL. 

A. TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA

Perkhidmatan: Menunda kenderaan yang menghalang kelancaran lalulintas melalui rondaan dan aduan awam


Masa Urusan :
24 Jam
Alamat Tuntutan:
Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda (Kenderaan Ditunda)
Jabatan Penguatkuasaan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Jalan Galloway Off Jalan Hang Tuah,
55100 Kuala Lumpur.

(sebelum ni di Depoh Simpanan Kenderaan Tunda di Jinjang)
No Whatsapp :
013-6663255


BIL
JENIS KENDERAAN
PENGAPITAN
(CLAMPING)
PENGALIHAN
(REMOVAL)
PENAHANAN (DETANTION)
SEHARI/PER DAY
KOMPAUN
1.
Motosikal & Motosikal beroda tiga
RM 20.00
RM 30.00
RM 50.00
RM 100.00
(Mengikut Kesalahan)
2.
Motokar
RM 50.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut Kesalahan















Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :
  1. Kad pendaftaran asal kenderaan (Geran)
  2. Cover note (insurans) asal kenderaan
  3. Wakil - Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik.

8 comments:

  1. Fida pun baru tahu kena saman speed track kot...dekat lebuhraya nak ke N.Sembilan tu pun tahun 2014...tergamam bilak suami yang cek..kena bebel la jawabnya

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu bila pergi DBKL bayar saman tu? Sebab sepanjang bulan Februari 2016 lepas memang DBKL buat promosi diskaun kompaun trafik serendah RM30 je sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.... So memang patut pon kena RM30 je satu saman. Tapi kalau pergi selain bulan Februari tapi masih kena RM30 je memang special tu..
    So, bila U pergi bayer tu yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon,
      Anda orang DBKL kah? Hihi. Bayar dekat-dekat nak hujung tahun lepas =)

      Delete
  3. Hi, nak tanya, kalau nak minta rayuan saman harus pemilik kenderaan ke? Atau boleh sebagai wakil? Sbb kereta nama parent :s
    Harap sudi balas. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sorry lambat reply. Kami pun kereta nama parent juga =)

      Delete
  4. Akak kalau nak parking kereta free dekat area perumahan yang dekat jln dungun ni kat mana ye kak?

    ReplyDelete
  5. http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1282&Itemid=324&lang=ms

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kempen & diskaun bayar saman DBKL sepanjang Ogos 2016

      Delete