5 Tempat Makan Yang BEST di Sungai Buloh


Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Masa zaman-zaman kerja office hour dulu, jalan Sungai Bulohla laluan hari-hari. Lagi pun tak jauh mana Sungai Buloh tu dengan rumah kami. Kalau orang tanya, Azie tempat makan BEST di Sungai Buloh kat mana? Nah ini listnyaaaa ya. BEST in town. Enjoiceeeee! 

1. SATE SRI SUBANG 

Sate terbaik di Sungai Buloh babe. Kalau orang Kajang tu tersohor sangat dengan Satay Kajang, orang Sungai Buloh boleh berbangga dengan Sate Sri Subang. Memang sedap. Satay kat sini tak main tipu. Lemak-lemak ayam takde letak. Ayam dan dagingnya memang tender juicy. Dibakar sempurna. Kuah kacang dia marvellous! Lokasi Sg Plong batu 16, menghala ke Kuang Sg buloh. Dari Sg Buloh jumpa traffic light Kuang tu masuk kanan. Sate Sri Subang tak jauh dari tepi traffic light tadi. Lokasinya belah kiri jalan. Pelanggan yang datang ramai Ya Rabbi. Sila datang di luar waktu puncak. Kalau tak berjanggut pulak tunggu baru dapat makan satay.

Alamat: Jalang Kuang, Kampung Cempedak Sungai Buloh
Waktu Operasi: Setiap hari 5.30pm - 11pm. AHAD TUTUP.




2. RESTOREN ASAM PEDAS SELERA MELAYU MELAKA, TSB SG BULOH 

Hoiii asam pedas MELAKA ni TERBAIK di Sungai Buloh. Merecikkkk air liur tengok asam pedas kat sini. Yes, akhirnya peminat asam pedas macam Azie tak perlu pergi jauh sampai Melaka. Start kereta pergi je di TSB Sungai Buloh. Restoren Asam Pedas ni memang nampak dari tepi jalan. Asam pedas dia macam-macam. Pilih aje mana yang berkenan di hati!

-Asan Pedas Ikan Pari
-Asam Pedas Siakap dan sayur asin
-Asam Pedas Patin
-Asam Pedas Ikan Parang dan Sayur Asin
-Asam Pedas ikan Kembong
-Asam Pedas Ayam

Selain lauk asam pedas, lauk pauk lain juga ada. Pastu jangan dilupa ulam-ulaman dengan sambal belacan. HEAVEN. Azie pernah cuba asam pedas ikan pari. Perhh! Kuahnya memang SLURP habis semangkuk. Pakcik nanti kami nak datang lagi tau!


Alamat kedai: No 89G Jalan Nautika AU/20A, TSB Commercial Centre Sg Buloh
Waktu Operasi: SELASA - AHAD. 7am - 10 pm.




3.  CUCUK-CUCUK STEAMBOAT di TSB SG BULOH

Lokasinya di TSB Sg Buloh. Cucuk-cucuk steamboat ni jual atas van aje. Van ni diorang park kat belakang signboard TSB tu. RM1 sebatang. Aneka pilihan ada. Kuah steamboat dia mengancam anak tekak betul. Ada kacang. Boleh makan kat sini atau bungkus. Selain tu, mereka ada jual ABC jugak. Kami pi ni hari Sabtu petang(kelmarin). Hari biasa tak pasti ada jual ke tak sebabnya van ni dah guna parking orang. Kalau siap letak meja kerusi tu dah banyak parking space guna. Try cari Sabtu & Ahad okey. Sabtu, Ahad kawasan TSB ni tak banyak kenderaan. 

Serious, kuah steamboat ni memang SEDAP!

Tips: WAZE: PASAR RAYA SYED.




4. ILIN CENDOL HOUSE

ILIN Cendol House ni pernah masuk dalam Jalan Jalan Cari Makan TV3. Lokasinya di Caltex Bandar Baru Sungai Buloh. Berdekatan dengan Pasaraya ECONSAVE Sg Buloh. Kedainya tak besar mana, tapi ada khemah disediakan di tepi untuk menikmati cendol Ilin. Harga pun murah. Servis pun ok. Cendol Jangung dia sedaaaapppp. Nanti kami nak repeat.




5. PISANG BAKAR / GORENG CHEESE

Boleh buat kudap-kudap minum petang ni. Tahap rangup pisang dia memang KRUP KRAP! Tak jauh dari ILIN Cendol House. Lokasinya berdekatan ECONSAVE Sg Buloh (dari Masjid Kuning lorong nak ke Caltex Sg Buloh). Dia jual pisang goreng ni bawah khemah. Kalau nampak orang beratur panjang tu yela tu. Ada macam-macam perasa. Antaranya;

Original pisang cheese - RM5
Chocolate Cheese - RM6
Messy Chocolate - RM6
Strawberry Cheese - RM6
Blueberry Cheese - RM6
Crunchy Oreo - RM7

Ada limited edition punya perasa macam butterscotch & apple. 10 flavor, RM35. Siap ada membership card (macam carwash). Penuh kesemua cop dapat free 1 set. Datang awal, cepat habis ni....





Sekian sahaja 5 senarai makanan BEST di Sungai Buloh. Tempat makan SEDAP di Sungai Buloh ni tak habis lagi tau. Ada lagi. Tunggguuuuu....

9 ulasan:

  1. terliur dah ni..jauhla pulak nak pergi Sg Buluh..kalau p saja-saja mungkin tak tapi memang nak try pergi makan area sana..sebab sana banyak kedai makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Afidah,
      Ha'ah sini banyak tempat makan menarik =) Jemputlah datang ke Sg Buloh ni. Hihi.

      Padam
  2. Sedapnyer semua makanan ni.... teros jadik lapar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farikica,
      Samalaaaaah. Dah 20 kali telan air liur *gulp*

      Padam
  3. Semua sedap2! Ilin Cendol House tu selain kat Econsave, cawangan utamanya di Kampung Cempedak jugak. Diorang ada servis delivery lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Farrah!
      Haaaa orang Sg Buloh dah bersuaraaaaa!
      Ilin Cendol House ada delivery? Yay. Itu sudah sangat bagus =)

      Padam
  4. steambot tu bukak jam brapa...

    BalasPadam
  5. Kat mana ye sup2 sedap area sg buloh ye

    BalasPadam