Redha Diracun Mee Racun Batu Pahat


Assalamualaikum dunia!

Adik beradik yang lain tak cuti. Jadi kami berdua balik rumah ayahbonda masa CNY. Takdela rasa kesepian cuti 4 hari. Pagi Sabtu kami berempat breakfast Nasi Goreng Ringkas & Mudah =P  Selesai kerja-kerja rumah dalam jam 12 tengahari, lepak kat ruang tamu melepaskan penat di sofa. Tiba-tiba ayahanda tanya, cuti ni nak ke mana kita? Ok masing-masing buntu. Tiba-tiba ayahanda ajak 'Batu Pahat jom!' . Maka ke Batu Pahat la kiteorang. On the spot! Masing-masing kalut ribut mandi bersiap nak pi Batu Pahat.  

Jam 2.30pm macam tu kiteorang sampai di Parit Raja, ziarah abang sepupu Azie di sana. Azie sendiri pun tak pernah sampai rumah diorang ni. Diorang pulak macam dah 40 kali datang ziarah rumah ayahbonda. Jadi kali ni macam nak balas balik kunjungan mereka yang dah acap sangat tu. So kiteorang pulak la pergi visit mereka. Kebetulan ada di rumah dan tak balik kampung. Dah maklum awal-awal dah nak pi rumah mereka. Lunch pun di rumah mereka. Kata Bonda, jauhnya kita lunch hari ni sampai ke Batu Pahat!

Lepas sembang dan solat Zohor selesai, mereka bawak pergi satu tempat yang rare! Rengit Batu Pahat. Nanti Azie buat satu entry yang lain. Rengit ni tempat jualan barang2 terpakai. Ingatkan baju je bundle rupanya ada juga perabot dan barang2 elektrik bundle. JEMM OKEY tempat tu!

Next mereka bawa kami pi makan MEE RACUN. (Sorry guys intro dia panjang berjela). First time dengar menu ni. Ayahbonda dah cuak. Apa ni nama makanan macam tu? Takde nama lain ke. Akhirnya kami semua pasrah dan menyerah diracun. Rela diracun. 

Mee Racun Batu Pahat. Ada banyak tempat yang jual Mee Racun sekitar Batu Pahat. Tapi katanya ini antara Mee Racun tersedap di daerah Batu Pahat ni. Mee Racun 3G. 




Mee Racun 3G Batu Pahat. 
ALAMAT:  No.2 Jalan Timah Sari, Kampung Kenangan Dato' Onn 1




Siap masuk dalam AFC (Asian Food Channel), Jalan-Jalan Cari Makan Tv3, Berita Nasional RTM & Sarapan TV3. So mestilah sesuatuuu kan.





Mee Racun Tulang Special

Inilah kali pertama kami makan Mee Racun Batu Pahat. Begini ke rupanya Mee Racun Tulang. Gearbox kambing tergolek-golek dalam pinggan. Kuah pulak warna kemerahan agak menakutkan untuk dimakan. Siap ada straw disediakan untuk hirup sumsum tulang kambing. Sekali sluuurrrpppp kuaaahh! Hmmm...sedap, lazat dan pekat jugak kuah Mee Racun ni. Sekali tengok macam Mee Bandung. Tapi rasa bukan Mee Bandung. Rasa tomato agak kuat. Tapi nikmat di mulut!

Ewahh masing-masing laju menyudu mee racun dalam mulut. Sedar-sedar masing-masing habis sepinggan! Menjilat bibir masing-masing. Alhamdulillah. Pergi Batu Pahat wajibla try Mee Racun Tulang. Harganya agak berpatutan. Hanya RM10 untuk Mee Racun Tulang dan RM5 untuk Mee Racun Biasa. Mee Racun ni dah wujud sejak 40 tahun dulu rupanya. Hanya popular sejak 8 tahun kebelakangan ni (sebab wujudnya media sosial leteeeww)

Masha Allah.. Malaysia memang unik dan kaya betul dengan pelbagai menu lazat dan mempesonakan tekak dan perut. Yup, setuju kalau ada yang mengatakan Mee Racun Tulang ni antara makanan sedap di Batu Pahat. 

7 jam rebus tulang kambung uols! Patutlah BERBISA =) *telan air liur*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan