Vietnam 2015 : Makanan Halal di Ho Chi Minh



Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sebelum terlupa baik kita update dulu. Masa pergi Vietnam bulan September lepas memang nampak banyak makanan halal di Nguyen An Ninh Street a.k.a Malaysia Street. Suka leeetu rakyat Malaysia. Tak perlu risau pasal makanan halal. Ni nak share restoren yang sempat kita cuba. 


Restoren Hj Basiroh
33 Nguyen An Ninh Street, Ben Thanh Ward, District 1

Pho Daging - Harga 70,000Dong
Best!!! sebab ada ulam dan sambal tu.
Kebanyakkan rakyat Malaysia mesti pernah makan sini kan?!
2 kali ulang makan kat sini sebab murah dan sedap.

Nasi Goreng Ayam - 80,000Dong
Nasi ni rasa pelik sikit rasanya di lidah dan di tekak.
Tapi takpe asal halal dan boleh alas perut ok je kan.


The Daun Restaurant
194 Le Thanh Ton, District 1

Harga sudah lupa. Owner orang Sinagapura tak silap. Boleh cakap Melayu.
Nasi di sini memang kena betul dengan selera orang Malaysia.
Sedaaaap! Harga agak mahal. Berbaloi dengan kualiti hidangan yang diberi.


Warung 1 Malaysia
47, Nguyen Ann Ninh Street, Ben Thanh Ward, District 1

Nasi Lemak Rendang Ayam Coconut Rice - 65,000Dong
Ni pun sodap! Nyuumms. Dapat jugak makan nasi lomak rondang kek Vietnam ni.


Sreet Food

Tuna Kebab - Roti crunchy. Makan roti ni panas-panas. Pecah-pecah kulitnya jatuh atas lantai. Rasa best sebab ada daun. Vietnam memang suka daun-daun kan. Ada rasa mint jugak.


Buah-buahan di Pasar Malam Ben Thanh


Kopi Vietnam jangan lupa rasa.



Betul ke semua restoren yang bertanda halal itu halal? *pliss jangan kecam dulu
Sebab pernah terbaca isu di website Go Halal Vietnam. Jadi sebelum pergi ke Vietnam, cuba godek-godek sini dulu baca isi kandungannya. 
Kalau nak tahu restoren mana yang halal di District 1 boleh refer kat sini




Senarai restoren halal di District 5, 7, 8 & Phua Nhuan District pun ada di sini


6 ulasan:

  1. kalau ke HCM x erlu bawak bekal hiksss

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... bawak duet je laa kepuk2 ea sis JM :P

      Padam
  2. Kopi vietnam tu nampak hitam pekat...sedap....hihi

    BalasPadam
  3. Pho Daging tu akak pernah makan masa roommate akak punye mak buatkan...mak dia memang asal vietnam dan berkahwin ngn Duta Malaysia masa tu iaitu ayah dia lah...memang sedap... ;-) mcm terasa2 ditekak nie...

    BalasPadam
  4. uu... boleh tanye tak... tau tak kopi ape yang sedap utk bawak balik malaysia...

    BalasPadam
  5. Tip untuk ke HCM :
    http://moccalaici.blogspot.my/2017/03/tip-bercuti-ke-ho-chi-minh-part-1.html

    BalasPadam