Jeju Road Trip Nov 2015 : Day 3 Cheonjiyeon Waterfall The Pond of God


Isnin, 2 November 2015

Annyeong haseyo 안녕하세요
Hello!




Tidur lena malam tadi menyebabkan mata terjaga lebih awal pagi ini. Persiapkan diri dan tepat jam 7.05AM dah start kereta comel bewarna merah ke Cheonjiyeon waterfall. Awal kan. Korang kat Malaysia (8.05AM) mesti tengah bersesak-sesak dalam jam kan. Mihmihmihmih. 

Kod GPS Cheonjiyeon: 733-1528
Tiket masuk : 2,000W per person
Waktu operasi : 7:00 - 23:00


Lepas Subuh mata susah nak lelap kalau di negara orang. Dari melanguk tengok dinding dalam bilik baikla keluar tengok pemandangan yang mengkagumkan di Pulau Jeju ni. Yakin pagi-pagi buta ni lengang takde orang. Senang nak bergambo syok sendiri. Sampai sana je, memang betul takde orang! Kereta warna merah ni sahaja yang ada di parking lot! Dekat sangat rupanya dari Jeju Hiking Inn. Enjin kereta tak sempat panas pun. 7.10AM dah sampai!


FYI, di Pulau Jeju ni ada dua air terjun yang hampir sama namanya. CheongJiYeon Waterfall dan CheongJeYeon Waterfall. Jangan keliru. Nampak sama tapi tak serupa. Satu Ji dan satu lagi Je. Air terjun yang kite pergi ni Ji.  

Entrance Chanjiyeon Waterfall. Perlu berjalan kaki melalui taman. 
Aman damai tiada penghuni. Kosong weh pagi-pagi macam ni. 
Dapatlah menikmati suasana indah ni dengan aman sekali =) B.A.H.A.G.I.A!!!

Mulheobeok water pot adalah periuk tembikar yang digunakan di Jeju untuk membawa air pada zaman dahulu


Memang aman damaila!


Diwartakan sebagai Jeju Geopark


Tenang sangat rasanya. Yang dengar hanya bunyi unggas dan air terjun sahaja


Cheonjiyeon Falls dengan ketinggian 22meter, 12meter lebar, 20meter dalam. 
Dikelilingi dengan flora yang menghijau. 
Ada itik lagi berenang-renang di tepian. 
Nampak ke? Alahai memang mendamaikan sangat tempat ini. Rindu!


Cheonjiyeon bermaksud ' The God's Pond'. 
Nama ini berasal dari legenda 7 pari-pari yang meyediakan kolam ini untuk 'King of Heaven' yang turun menggunakan tangga awan untuk mandi di air yang bersih. 
Fuh, macam cerita emperor cina petang-petang kat TV3 dulu.


Cheon = Sky
Ji = Land
Yeon = Deep Pool


Air di sekitar kawasan air tejun ni memang bersih dan jernih. 
Tengokla ada bangau dan itik sedang berseronok atas batu. 
Ini binatang betul tau bukan batu hiasan berbentuk binatang!
Ralit je tengok depa ni main-main air terjun.


Nampak je kita duduk sini dari jauh itik empat sekawan ni datang.
Pastuh buat aksi-aksi comel kat depan kita.
Peramahnya lahai. 

Yeoeuiju Magic Bead


Ada penceritaan tentang manik ajaib Yeoeuiju ni. Kisah tentang seekor naga yang tinggal di Cheonjiyeon ini telah menyelamatkan Sucheon perempuan cantik dari dianiya oleh seorang lelaki. Naga ini telah bawa Sucheon ke terbang ke syurga. Gitu katanya. Tiba-tiba teringat Dragonball. Salah satu bola oren tu ada kat sini rupanya =p

Mitos: Gosok manik ajaib ini untuk kesejahteraan kemakmuran dan kejayaan dalam kehidupan. 


Penjaga Cheonjiyeon Waterfall!


Kalau korang ni jenis pecinta alam, wajib singgah air terjun ni. Kaya dengan flora dan faunanya. Ikutkan hati nak berlama-lamaan di sini. Tapi kena bebelan comel dengan suami yang dah mengomel-ngomel ajak pergi destinasi seterusnya. Itinerary kemain ambitious katanya. Ada hati pulak nak lepak lama-lama. Tak puas! Tak nak balik. Tak nak balik. Nanges. Tak perlu berdrama Azie. Kita teaser sikit destinasi seterusnya. 


Eh ada kapal layar pulak! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan