Jeju Road Trip Nov 2015 : Day 3.1 Saeyeongyo Bridge: Bridge to Saeseom Island



Tadi semua hijau di Cheonjiyeon Waterfall. La ni semua biruuuu di sekitar Seogwipo. Ni kita nak pergi Saeyeongyo Bridge, bridge to Saeseom Island yang merupakan jambatan terpanjang yang dibina di kawasan paling selatan di Pulau Jeju. Yang ohsemnya jambatan ini khusus untuk pejalan kaki sahaja. Jadi bolehla lompat-lompat atas bridge tanpa segan silu kan. Mula dibuka pada tahun 2009. Menghubungkan Seogwipo Port dan Saeseom Island atau Pulau Burung. 


Dari Cheonjiyeon memang dekat sangat nak pergi bridge ni. Jalan kaki pun tak sampai 10 minit. Kalau naik kereta lagi cepat sampai.  Alhamdulillah pagi tu cuaca cerah dan matahari keluar sinarnya. Pheww! Alhamdulillah.

Park kereta tepi jalan dan mula playing tourist!


Akhirnya dapat tengok matahari pagi ni

Seogwipo Formtion. Antara 12 tempat yang diwartakan sebagai Jeju Geopark. Masha Allah pelik betul susunan batu-batu ni. Ini bukan kerja manusia tau. Ini semua kerja Tuhan sekalian alam. Ajaibnya lahai rock formation ni. Patutlah Jeju diiktiraf sebagai salah satu dari keajaiban dunia. Banyak sangat keajaiban kejadian alam yang istimewa di Pulau Jeju. KAGUM. Allah Maha Besar.


The Seogwipo Formation 
  1. A 100-meter thick layer of rock underlying the entire island 
  2. Over 1.2 million years old 
  3. Only 1.5 kilometers are exposed as 40-meter-tall cliffs on the south-central shoreline of Seohong-dong
  4. Found at the entrance of Cheonjiyeon Waterfall 
  5. A UNESCO-mandated environmental designation: Geopark status as certified by the Global Geoparks Network (2010) 
  6. Korean Natural Monument No. 195 (1968) 
  7. Of strong scientific interest since the 1930s, with distinct sedimentation layers, a fossil record and information that shows past changes in sea levels and climate change 
  8. A mostly impermeable layer (called an aquiclude) prevents groundwater from escaping, thus giving Jeju Island a precious natural resource: pure spring water (yongcheonsu) 
Jeju weekly.com




Jambatan ini panjangnya 1.2km. Jangan taktahu jambatan ni keluar lampu LED di waktu malam. 


Girang rasa hati. Tak pernah terfikir pun akan sampai di bumi Korea Selatan apatah lagi Pulau Jeju. Nah nak sangat kan.


Gamba berdua mesti ada =) Jangan marah you.

Seogwipo Port, Seogwipo Submarine ada di sini.
Weeehu, kita nampak jelas Mount Hallasan dari atas jambatan ni!
Terus rasa berkebolehan nak panjat Mount Hallasan kejup lagi.


Panoramic View of Seogwipo 


Di sini juga ada Seogwipo Submarine. Boleh rasai pengalaman naik kapal selam! Kapal selam kat Malaysia dah tersadai jadi muzium kat Pantai Klebang nuh. Jadi memang takda harapan nak selam di dasar laut. Asalnya memang nak naik submarine. Tapi sebab tak buat reservation, maka hancur berkecai impian nan satu itu. Korang kalau ke Jeju jangan lepaskan peluang naik submarine tau! Buat reservation dulu. Harga lebih kurang RM200-300 seorang (berbeza mengikut tempat. Ada beberapa perkhidmatan Submarine di sekitar Pulau Jeju). Pasti ia menjadi pengalaman paling rare buat diri sendiri.


8.40AM gitu kami gerak semula ke Jeju Hiking Inn untuk checked-out. Oppa yang jaga kaunter baru terpisat-pisat bangun. Alololo. So cute. Masuk pantry, tapau roti 2 keping untuk makan dengan sambal kentang. Minum banana uyu. Pagi ni kita breakfast dalam kereta je.  Barulah terasa kembara namanya. Hehe. Bermulalah perjalanan ke Mount Hallasan. Bismillah.



Jom!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan