Sabtu, 31 Oktober 2015
Annyeong haseyo 안녕하세요
Hello!
Selesai di immigration, ambil baggage di 1st floor. Bila dah keluar kami cari-cari tempat yang boleh sewa pocket wifi. Ada di Arrival Hall 13 & 14. Tak ingat jenama apa (yang pasti bukan KT Olleh). Kebetulan ada promosi. Harga biasa 8,800W per day. Promosi hanya 7,150W per day. Terus setuju. Tapi bila dengar caj sebanyak 700,000W di kad kredit sebagai jaminan terus batal tak jadi. Eeeeee banyaknya! Lebih kurang RM2,600 tu.
Setelah sekian lama merancang dengan suami akhirnya hari bermusafir ke Korea pun tiba. Kenapa Korea? Nak fefeling Autumn In My Heart kata si isteri. Sang suami kepingin sangat mahu ke Jepun. Takpa, takpa In sha Allah doakan Azif Azie jejak Jepun pula ya =) . Flight jam 8.00AM dari KLIA2. Kami gerak dari Seremban sebelum Subuh. Abahla orang paling setia menghantar kami dan menjemput kami di epot walau ke mana sahaja kami travel. Kalau abah tak dapat hantar, kawan dia atau staff dia yang jadi tukang hantar. Terharu. Kami tumpang solat Subuh di ofis abah pagi Sabtu tu.
Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar. Flight pun on time. Tidak delay. Cuaca pun elok. Flight pun penuh dengan rakyat Malaysia yang mahu bercuti di Korea. Perjalanan 6 jam sangat terasa lama! Sampaikan budak pun mengamuk. Terjaga semua penumpang disebabkan tangis esak dia yang tak henti-henti tu. Sampai resahla si kabin krew nak menenangkan si kecik ni. Akhirnya setelah berpuluh minit berteriak senyap jua. Letih otot suara agaknya. Suami macam biasa, naik je flight terus mata lelap sampaila dah sejam terbang baru terjaga. Itupun dengan kedatangan Nasi Lemak Pak Nasser! Rindu tau dengan nasi lemak Pak Nasser nih. Biasanya flight yang lebih dari sejam memang kami akan preorder meal. Nampak sangat kan pengguna setia AIR ASIA. Macam biasa seat tepi tingkap jadi pilihan. Alasan: Nak tengok awan! Tak jemu-jemu tengok awan. Memang terapi jiwa sangat tengok awan. Rasa tenang, aman damai dan sejuk mata memandang. Apa taknya warna putih saujana mata memandang. Pastu mulalah susah nak keluar pergi ke tandas. Sudahnya 6jam tahan kencing! Dah sampai Incheon Airport baru laju-laju cari tandas untuk buang air. Kami sampai di Incheon International Airport jam 3.20pm waktu sana. Sampai sana blur blur nak kemana pulak kita ni. Ikut ajela pergerakkan orang ramai. Naik shuttle train ke kaunter immgration.
Penumpang yang baru tiba. Ramai-ramai beratur nak naik shuttle train |
Selesai di immigration, ambil baggage di 1st floor. Bila dah keluar kami cari-cari tempat yang boleh sewa pocket wifi. Ada di Arrival Hall 13 & 14. Tak ingat jenama apa (yang pasti bukan KT Olleh). Kebetulan ada promosi. Harga biasa 8,800W per day. Promosi hanya 7,150W per day. Terus setuju. Tapi bila dengar caj sebanyak 700,000W di kad kredit sebagai jaminan terus batal tak jadi. Eeeeee banyaknya! Lebih kurang RM2,600 tu.
Untuk naik AREX perlu ke sini, sebenarnya INC Aiport bersambung dengan bangunan ni, kami TERikut jalan luar pulak |
Taknak pening-pening kepala kami terus cari AREX untuk ke GIMPO Airport. Takut lewat. Flight Jeju Air jam 6.55pm. Sebelum tu pergi reload T-Money di 7 Eleven dulu, 30,000W seorang.
AREX (Airport Railroad Express) ada 2 jenis;
1. All Stop Train - Berhenti di setiap station sampaila ke Seoul Station.
2. Express Train - Express tanpa henti antara Incheon Airport dan Seoul Station.
Nak pergi Jeju perlu ke GIMPO Aiport (domestic airport) . Bagaimana ke sana? Naik AREX All Stop Train sebab perlu turun di GIMPO dulu sebelum ke Seoul Station (Takboleh ambil Express Train. sebab ia terus ke Seoul Station dan tidak berhenti di GIMPO Airport). Harga tiket All Stop Train 2,850W person. Boleh guna T-Money. Perjalanan ambil masa 40 minit untuk tiba ke GIMPO Airport.
Jika mahu terus berlibur di Seoul boleh naik Express Train non-stop ke Seoul Station. Harga untuk dewasa 14,800W. Harga promosi sehingga Disember 31, 2015 adalah 8,000W. Guna kupon yang diberi Korea Tourism Malaysia dapat 6,900W per person. Tidak boleh guna T-Money.
Kering mulut, beli dulu Korean Banana Uyu a.k.a susu pisang yang terlajak laris di segala pelusuk convenient store di Korea Selatan katanya. Lebih 100 juta botol jualannya setiap tahun. Gempak sangat bunyinya kan. Harga sebotol susu pisang 1,300W. Sedap? Memangla sedap! Kata suami macam susu pisang yang minum kat Thailand (ada dijual di convenient store). Wateverlah suami.
Suami ternampak promosi simcard dalam GS25. Bila tanya info apa pun taktau. "I only sell", jawabnya. Sedih. Suami beli jugak as a backup. Smart Traveller In Korea EGSim. Nano sim untuk 1G harga 34,900W. Pasang sendiri. Godek-godek sendiri. Mujur sangat boleh guna.
Elok sampai GIMPO checked-in di Jeju Air dan tak lama terus boarding. Eh eh rasa macam dah buffer lama. Tapi masih ngam-ngam aje. Pheww! Masa ini lega sangat. Mujurla Air Asia tak delay pagi tadi. So elok korang sediakan buffer masa lebih sikit. Dalam Jeju-Air mereka hanya serve fresh orange sahaja.
Ganas betul pilot touchdown in Jeju. Lega semua selamat. Sampai Jeju International Aiport, cari Gate No.2 di 1st Floor, cari bus no.100. Driver bus ni macam blur. Bila tanya dia tak jawab, tak paham le tu. Boleh pulak dia acah-acah gerakkan bus. Apa maksudnya? Suami dah cuak gile. Terus melompat naik bus kami laki bini. Takut kena tinggal. Touch T-Money terus duduk. Harga 1,000W. Lega lagi. Lepas ni perlu turun depan HANKOOK Hospital untuk ke Yeha Guesthouse. Camna nak tahu dah sampai? Suami bangun dan tunjuk map di bawah. Mujur jugak ada bahasa K-Pop dalam map. Pahamla si ahjussi yang kami nak turun di Hankook Hospital.
Rupanya atas kepala ada monitor info yang bagitau bus ni akan stop di stesen mana, dan ada mention juga hentian seterusnya. Siap dengan suara sekali. Gitu sekali canggihnya. Apesal la tak perasan tadi. Menggelabah sangat. Bila fikir balik, canggih lagi bus di HongKong. Mereka siap ada tempat untuk letak luggage dalam bus. Yang ini kami kepit aje dengan kaki. Agak mengganggu juga penumpang yang lain. Mujurla tak tergolek sana sini. Sampai Yeha lebih kurang jam 9pm camtu. Ada rakyat Malaysia pun baru checked-in juga. Kami dapat bilik aras 3. Nasibla ko takda lift. Sila panjat tangga dengan gigih mengangkut beg bersaiz besar dan bersaiz medium. Rasa menyesal tak request bilik bawah masa book aritu. Sampai bilik, mandi, solat. Turun semula ke pantry untuk dinner. Makan roti dan maggi Adabi untuk alas perut. Naik bilik terus fengsan. Penat Ya Rabbi! Acane hari esok nih?! Esok baru fikir. Malam ni berehat dulu. Yang penting, alhamdulillah sampai dengan selamat-Nya!

kakak oooo kakak !!! ke Jeju pulak diaaa ahahah.. lajunya travel ceq tak dan kejaq..
BalasPadami noticed 'tonyok' hahaha.. jarang org guna.. hewhew..
mahalnyaaaaaaaaa sim sana T.T kat Ozi pun x mahal tu mencekik.. dahla 1GB je.. boleh guna lah senang ke tidak ? berbaloi dak ? huurm.. tu laa pocket wifi tu caruman mahal.. eh caruman ke orang sebut ? tataula.. cepat2 update lagi...
Siti,
PadamHahaha..cepat kejar! Mahal ya amats. Boleh guna. Kalau setakat nak pi Seoul je takperlu simcard. Membazir sangat. Guna je Public Wifi yang percuma sekitar Seoul!
tapi CT specis kenot laaa without wifi hahaa.. kena wasep mak slalu =D or mak kena wasep CT slalu.. kang nanti dia tak lena..
PadamGood girl! Itulah yang sepatutnya perlu buat bila travel di negara orang. Barulah orang tua tak risau =)
PadamSalam,
BalasPadamLotteria makanan yang paling simple untuk alas perut. Apapun, banyak kedai makanan korea yang boleh dimakan. Paling senang, cari kedai SaengSeon Gui - ikan bakar.