Jeju Road Trip Nov 2015 : Day 2 Suweolbong Peak & O'Sulloc Tea House Museum


Ahad, 1 November 2015

Annyeong haseyo 안녕하세요
Hello!

Subuh 5.20AM. Sebelum Subuh dah celik mata. Teruja orang kata. Siap mandi, solat turun sarapan pagi.  Jam 8.20AM laju-laju pergi bus stop tunggu bas No.95 atau No.70 untuk ke Jeju International Airport semula. Setengah jam tunggu. Dah hampir pasrah baru la bas tiba-tiba munculkan diri. FYI di bus-stop ni ada skrin monitor yang info bus apa yang akan lalu sebentar nanti dan juga lokasi terkini bus-bus sekalian. Umpama live update gitu. Bus no.95 dan 70 tu memang tak muncul langsung skrin di monitor. Itu yang pasrah tu.

Sampai Jeju Aiport cari LOTTE Rent-a-car kiosk untuk car rental di Gate 2. Selesai urusan di kiosk, naik shuttle bus yang disediakan untuk ke Jeju Auto House. Tak jauh pun dari airport. Tunjuk booking confirmation, Driving International Permit dan Passport. Dia minta isi borang perjanjian, tandatangan perjanjian di skrin monitor & bayar. Pembayaran menggunakan kredit kad sahaja. Check kondisi kereta. Bagitau mana yang scratch. Belajar guna GPS. Selesai urusan di sini gerak ke Yeha semula untuk checked-out dan ambik luggage.


Makan maggi Adabi, telur goreng, roti bakar dan teh tarik instant Ali Cafe. Nangis! Bestnya lahai kalau dapat makan roti canai kuah banjir!

Masukkan Kod GPS Yeha: 724.5506. Ching! Sampai la depan Yeha Guest House Terminal. Kagum!. Gitula perasaan manusia jakun (Kod GPS diambil dari no. telefon tempat tersebut. 7 digit terakhir). Kenapa tak ambil kereta semalam masa sampai? Sebab rasa rugi. Sewa kereta di sini kira jam. Banyak perbezaan kalau ambil semalam dan ambil pagi ni. Lagipun bukan boleh pakai kemana pun kalau ambil semalam. Kami ambil jam 9.00am pagi ni dan pulangkan semula jam 10.00am 4 Nov 2015. Harga 132,100W. Lebih kurang RM500. (Ini pun dah terasa mahal!)



Sebelum bergerak sempat Wendy dari Yeha Guesthouse ajar guna GPS keyin dalam bahasa Hangul. Kelas selama 20 minit memang hadam selumatnya. Terima kasih banyak Wendy! Sepanjang 4 hari explore Jeju, memang kiteorang keyin dalam Hangul. Satu pencapaian yang membanggakan. Errkk not me, but my husband. Dia sangat cekap guna Hangul. Lucky me! Oh dan Google Map juga sangat membantu! Mujur beli simcard!





Sebenarnya sebelum kelas dengan Wendy kiteorang memang ada masalah dengan kod GPS (no telefon location yang kita nak pergi tu). Keyin-keyin tapi tak jumpa. GPS memang English talking.

1. Kod GPS kami ambil di website Official Korea Tourism Organisation. Mujurlah sebelum bertolak ada inisiatif mahu check semua kod GPS tempat-tempat yang kita nak pergi. Tak tahu apa masalah, banyak lokasi tak jumpa cari. Kami andaikan no tu dah tak valid dan ada no baru.
2. Hari terakhir barulah belek naskah Jeju Tourism magazine (car rental yang bagi, tapi dia letak kat celah pintu) rupanya dalam tu ada kod GPS terkini. Sila sekeh kepala sendiri dan sekeh kepala orang kat car rental tu. Bukan dia nak bagitau.

Dah selesai isu GPS jom kita mulakan eksplorasi. Bismillah. Rabbi yassir wa la tu’assir, rabbi tammim bil khayr, aameen. Moga perjalanan di Jeju ini dipermudahkan.

Just nak share, selain sewa kereta ada beberapa option lain yang boleh dipertimbangkan untuk explore Jeju;
1. Yeha Tour. 79,000W per person untuk 1 hari (harga istimewa jika bermalam di Yeha Guest House). Boleh refer website mereka untuk detail info.
2. Sewa teksi ikut bilangan hari.
3. Jeju Tour & Travel IG: jejutourntravel
4. Jeju Muslim Travel IG: jejumuslimtravel

Banyak pilihan! Semuannya tepuk dada tanya bajet. Bajet ciput, drive sendirilah pilihan terbaik.




Jeju diwartakan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Menyebabkan hati teringin menjelajah Pulau Jeju. Alhamdulillah finally we make it. Ada 12 tempat di Jeju Island yang diwartakan sebagai Jeju GEOPark:

1. Mount Hallasan
2. Manjanggul Lava Tube
3. Seongsan Ilchulbong Tuff Cone
4. Seongwipo Formation
5. Cheonjiyeon Waterfalls
6. The columnar joints along the Jungmun Daepo Coast (Jusangjeolli Cliff)
7. Sanbangsan lava dome
8. Yongmeori
9. Suweolbong Tuff Ring
10. Udo Island
11. Biyang Island
12. Seonheul Gotjawal

10 dari 12 tempat kami berjaya sampai. Item 11 & 12 tu tak pernah dengar pulak. Destinasi pertama; Suweolbong Peak ataupun Hill of The Wind yang terletak di western side of Jeju Island. Dengan kereta naik terus sampai ke puncak.


View dari Chagwi Island. Diorang kata boleh nampak China kalau cuaca elok. Yeke?


Suwolbong Gosan Meteorology Observatory

Gosan Weather Station


View from Suwolbong Pavillion



    Ladang Kimchiiiiiiii!! Kulihat semua hijaaauuu.






Dah terang lagi bersuluh papan tanda bahayakat tepi tu kan. Pura-pura berani.
View kat belakang tu Masha Allah cantik dan unik tengok depan-depan.
Ternanga jugakla seminit dua.

"Suweolbong Tuff Ring not only claims Jeju Island’s westernmost tip, it also claims first place amongst Korea’s nine Geoparks. It was the first Geopark site designated by UNESCO’s Global Geopark Network and is highly regarded by volcanologists and geologists alike for its uniqueness.  - Jeju Weekly.com

Cuaca mendung ketika ini, lagit tidak sebiru yang diharapkan. But the view Masha Allah. Amazing! Jika ke Pulau Jeju luangkan masa ke sini untuk melihat keindahan alam di sini. Masuk percuma. Parking kereta pun percuma.

Next kite ke O'Sulloc Tea House Museum. GPS No: 794-5312. Elok je sampai di sini, gerimis pun mengundang. Asalnya memang nak skip O'Sulloc. Tapi lepas baca review tourist yang mengatakan Green Tea Latte di sini sedap dan bloodsucking Starbuck pun jauh ketinggalan, maka ke sini jua akhirnya. Tempat wajib datang dan tak boleh skip! Lagi pulak ada Innisfree di belakangnya mengukuhkan lagi alasan ke sini.

O'Sulloc Tea Museum merupakan muzium teh pertama di Korea. Milik Amore Pacific selama lebih 40 tahun. Eco-friendly museum dan sekelilingnya ditanam dengan teh hijau seluas 330 hektar. Sesampai di sini, memang kulihat ladang teh hijau meluas di kiri kanan muzium. Ladang teh tak heran sangat sebab ladang teh kita di Cameron Highland tu jauh lebih awesome. Yang awesome  di sini katanya O'Sulloc Cafe ada menu pastries dan ice cream berasaskan GREEN TEA. Selain cafe, ada juga rangkaian penjagaan kulit, muka & rambut berasaskan GREEN TEA. Mampu tengok aje warga HongKong dan China bershopping sakan. Banyaknya duit diorang nih!

O'Sulloc Cafe full house! Beratur pun panjang. Orang kata green tea ice cream and green tea roll cake are the best dessert ever! So jom kita cuba.

Green Tea Cafe Latte - 6,000W


Green Tea Ice Cream 4,500W


Green Tea Cake Roll 5,000W


Green Tea


Latte tu dan aiskrim memang best bagi si suami yang penggemar kopi dan penggemar green tea. Bagi Azie, green tea aiskrim tu ada rasa sedikit pahit. So i don't like it. Pertama kali minum green tea latte. Ofkosla sedap. Bau pun sodap. Hahaha. Tengah cuaca sejuk minum latte memang nikmat. Dua-dua tak manis. Green Tea Cake Roll macam makan kek span berperisa teh hijau =P. Ingatkan dapatla 1 roll macam kita beli kat kedai tu. Rupanya sepotong aje. Celah gigi yo la. Total makan sini aje dah 15,500W. Cubalah korang convert harga tu ikut rate terkini, boleh tengok harga dia dalam RM. :) Berbaloi ke? Berbaloi juga mencuba menu yang rare macam ni sekali sekala. Selesai alas perut di O'Sulloc Cafe, cuci mata di innisfree pulak. Sempat beli beberapa item yang orang pesan. Jika berbelanja lebih dari 30,000W boleh dapat tax refund.









Selesai jelajah di sini kita ke Mount Sanbangsan pulak. Ayuh.


Bersambung....


4 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang sangat2 informative dan penuh ilmu. Saya tgh survey tips melancong ke S.Korea. tak sangka stumble into your blog. Kudos to you. Moga Allah murahkan rezeki sebab baik hati kongsi pengalaman dan tips :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Syikin,
      Masha Allah. It's so sweet of you! Aminn. Aminn. Terima kasih atas doa :)

      Moga info yang tak seberapa ni membantu & memudahkan Syikin dan traveller2 lain yang nak bercuti ke Jeju.

      Padam
  2. Assalamualaikum Azyyati,

    Saya Puan Ayu. Terima kasih atas perkongsian.
    Saya nak tanya masa kat JEJU, kereta booking dulu kat Malaysia dulu ker? atau terus pergi kat kaunter Lotte?

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Puan Ayu.
      Ya saya booking awal di Malaysia. Register jadi ahli & booking awal ada diskaun.

      Padam