Ayuh kite ke Mount Sanbangsan.
Kod GPS: 794-2940.
Harga tiket : 1,000W per person
Poyo sangat kan keyin Hangul . Lain orang lain pengalamannya.
Tips memandu kereta di Jeju (left-hand drive) yang dikongsi suami:
1. Kena selalu ingatkan diri sendiri untuk drive lorong KANAN
2. Di roundabout, ikut lawan arah jam
3. Highway exit selalu belah KANAN
4. Di highway, LORONG LAJU adalah lorong PALING KIRI, lorong SLOW adalah lorong paling KANAN
5. Banyak speed camera, cuba ikut had kelajuan. GPS akan bising macam jam loceng besi zaman dulu2 nak suruh kita slow kalau ketika itu memandu lebih hadlaju. Jangan drive macam nak balik kampung kat PLUS pliss.
6. Kalau nak suruh kereta belakang jalan dulu (sebab tiba-tiba nak berhenti beli barang ke, nak fefeling tourist ke) pasang hazard light (pelik sangat kan!). Kalau pasang lampu signal, kadang-kadang orang akan tunggu belakang kita sebab ingat kita nak masuk simpang.
Tips melintas jalan kat Jeju & Seoul:
- Tengok kiri, tengok kanan, tengok kiri, lintas
FYI, di kaki Mount Sanbangsan ni ada 2 jenis parking lot, jenis parking berbayar dan free parking. Kiteorang tersilap parking di tempat berbayar. Mana nak tau mana bayar mana tak. Huahuahaua. Parking depan gunung bayar 1000W ya! Rugi. Rugi.
Kod GPS Yongmeori: 794-2940
Harga tiket Yongmeori : 2000W seorang
Waktu operasi (Nov-Feb) : 8:00am-18.30pm.
Kod GPS ke Jusangjeolli : 738-1532
Harga tiket Jusangjeolli : 2,000W per person
Waktu operasi (Nov-Feb) : 8:00am-18.00pm.
Gunung Sanbangsan ni terbentuk daripada aktiviti letusan gunung berapi aktif 700,000 hingga 800,000 tahun dahulu. Makna ‘Sanbang’ gua di dalam gunung kerana di gunung ini terdapat gua yang terletak pada ketinggian 150 daripada aras laut. Tempat untuk cuci mata kerana menyajikan pemandangan yang indah.
Lepas beli blah la gitula maksudnya. Nama kedai yang kreatif!
Apa nak buek kat sini? Cuci mata sahaja loh.
Creepy stones. Janganla mereka ini datang dalam mimpiku....
Temple tadi tu mengadap Yongmeori Tuff Ring. |
Sebelah kapal tu la Yongmeori Tuff Ring |
Mount Sanbangsan dan Yeongmeori Tuff Ring antara 12 tempat yang tersenarai dalam Jeju Geopark |
Turun ke Yongmeori Coast. Percaya tak time ni gerimis sebenarnya. Pura-pura cool. |
Berposing dengan hensem sekali di atas batu-batuan gunung berapi. Kiki. |
Suasana kat sini macam |
Harga tiket Yongmeori : 2000W seorang
Waktu operasi (Nov-Feb) : 8:00am-18.30pm.
Yongmeori Coast merupakan tebing laluan di tepi laut. Tebing ini terbentuk daripada hakisan angin sejak beratus ribu tahun dulu. Menjadikan tempat ini tempat paling unik dan wajib singgah jika ke Pulau Jeju. Tempat berbayar ni akan ditutup jika keadaan cuaca tidak mengizinkan dan jika air pasang. Itulah yang berlaku pada kami. So unlucky! Yongmeori Coast ditutup sehingga jam 4pm hari tu. Kerana hujan gerimis dan sedikit berangin. Air naik dikhuatiri membahayakan pelancong. Jadi lihat sahaja ia dari jauh. Jika cuaca panas, pasti batu-batuan ni menjadi tempat yang cantik dan unik untuk dilawati. Redha dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Air kelapa |
Kaitan cerita antara Mount Sanbangsan dan Yongmeori |
Dari Mount Sanbangsan lintas jalan dan jalan kaki aje ke Yongmeori. Kami habiskan masa lebih kurang 2jam di kedua-dua tempat ini. Itu belum masuk dalam Yongmeori lagi. Di Sanbangsan tadi kami panjat tangga sampai ke atas. Sedih juga dihati, ingatkan sempatlah tengok daun bertukar warna. Tapi semua sudah luruh tinggal ranting. Betul kata suami. Mujurla pemandangan dari atas yang menenangkan menjadi ubat hati yang sedih. Gitu. Next kita ke Jungmun Daepo Jusangjeolli (Columnar Joint) ataupun tebing curam Jusangjeolli (Jusangjeolli Cliff).
Dalam perjalanan ke Jusangjeolli banyaknya ladang limau! Wah musim limau agaknya. Ikutkan hati nak je petik buat kudap-kudap dalam kereta. Ladang ni tidak berpagar pun. Seolah-olah sesiapa pun boleh masuk dalam kebun limau ni. Agaknya kalau di Malaysia ada ladang limau tepi jalan kiri kanan macam ni apa jadi agaknya? Mesti tinggal daun aje kan. Buahnya licin licau dipetik orang. Huhu.
Kod GPS ke Jusangjeolli : 738-1532
Harga tiket Jusangjeolli : 2,000W per person
Waktu operasi (Nov-Feb) : 8:00am-18.00pm.
Jusangjeolli merupakan 'The Biggest Columnar Joint in South Korea'. Merupakan gunung batu yang bersegi-segi sejauh 2 km di sepanjang pantai dari Jungmun-dong untuk Daepo-dong di Seongwipo City. Terbentuk oleh penyejukan dan pemejalan aliran lava daripada kon Nokhajiak sejak 140,000 ke 250,000 tahun dulu. Bentuk heksagon ini akibat daripada penguncupan lava yang lebur semasa penyejukan. Batuan ini mempunyai 5-6 segi (heksagon yang hampir sama setiap sudut. Seolah-olah ditempa oleh tukang tempa. Gitula. Perjalanan tak lama. 4.58PM sampai di Jusangjeolli.
Nampak tak kebanyakan kenderaan sini warna putih.
Dari jauh dah boleh nampak si merah ni.
Parking di sini berbayar.
|
Tiket masuk harga 2,000W seorang |
Tebing curam Jusangjeolli |
Cantik betul batu-batuan bentuk heksagon ni. Keajaiban Allah. |
Keadaan sebenar suasana di sini =) . Penuh dengan pelancong
Oh gitu penceritaannya. Korang bacalah sendiri. |
Hari dah beransur senja. Mujur sempat sampai sebelum hari gelap. |
Hari dah gelap. Malamnya checked-in di Jeju Hiking Inn. Kod GPS ke Jeju Hiking Inn : 763-2380. Baru sedar seharian kiteorang puasa tak makan. Makan TimTam dengan banana uyu je kat Sanbangsan tadi. Lepas mandi, solat turun balik cari GS25. Malamnya hujan semula dan semakin lebat. Mujurla Jeju Hiking Inn bagi pinjam payung. Beli nasi instant, makan nasi dengan sambal ikan bilis, magggi adabi dan teh tarik Ali Cafe. Masa ni sangat menyesal sebab tak bawak makanan banyak-banyak dari Malaysia. Eh-eh apesal Jeju Hiking Inn senyap sunyi macam takde orang. Jauh sangat beza dengan suasana Yeha Guesthouse.
Selamat malam kalian. Jumpa esok.
I haven't got a chance to go to Jeju during my previous trip to South Korea. Kena gi la jugak nie. And that creepy stones, wayyy too creepy for me!
BalasPadamZara AB
zaraab.wordpress.com
Zara,
PadamOrang2 yang love nature, Jeju is the place to explore!!