17 TIPS: Persediaan Sebelum Ke Korea Selatan


Annyeong haseyo 안녕하세요
Hello!

Inilah perkataan paling kerap diulang selama 11 hari di Korea Selatan. Excited bila boleh cakap bahasa kpop dengan orang korea. #jakun. Okeeh, syukurlah impian merasa Autumn di Seoul termakbul jua dengan izin-Nya. Baru je selesai 10 November arituh. Jadi, ini nak sharelah serba sedikit tips persediaan sebelum ke Korea untuk traveller yang pertama kali ke sana. Moga-moga sedikit sebanyak membantu kembara musafir kalian deh. Semua rujukan diambil dari mr google juga.


1. Ada 4 Musim di KOREA SELATAN
Sejuk - Dec - Mac
Bunga - Mac - Mei
Panas - Julai - Ogos
Luruh - September - November . Peak foliage (minggu akhir Oktober & awal November). 


2. Join Korea Tourism Organization Malaysia
Daftar sebagai ahli Kaki Korea Club Member. Ikut program dan aktiviti mereka. Mereka sangat aktif! Banyak info kat sana. Nanti dapat T-Money percuma dan kupon diskaun. Oklah kan dari takda langsung. 



Boleh check di SINI untuk pass murah.

Tiket murah Everland
Tiket murah LOTTE World 1 Day Pass
Tiket murah Nanta Show Seoul


3. Ambil Tahu Tentang Kadar Tukaran Mata Wang Korea Semasa
Tahun 2012 1000w - RM2.85
Tahun 2015 (November) 1000w - RM3.87
Begitu banyak bezanya. Wrong timing!


4. Budget Flight
Tiket return untuk 2 orang ke SEOUL berharga RM1598 dengan AIR ASIA. RM1950 all in (seat, meal dan bag 20kg dan balik 25kg). Eh macam mahal plakk!! Dah book setahun lepas. Redha ajela.  MAS pun ada ke SEOUL. Rajin-rajinlah check harga tiket MAS. Tiket ke Jeju dengan Jeju Air harga 159,200W = RM566 utk 2 orang.


5. Budget Hotel di Jeju & Seoul
Day 1 & 4 Jeju stay di Yeha Guest House - 120,000W
Day 2 di Jeju Hiking Inn - 29,750W
Day 3 di Ilchulbong Tourist Hotel - RM230 
Namsan Guest House 3 di Seoul - 266,000W
The House Hostel Sokcho - 40,000W

Total: 455,750W (RM1,700) + RM230 = RM1,930


6. Budget Untuk Pengangkutan Awam di Seoul
Perlu ada T-Money. Apa itu T-Money?
Macam Touch N Go untuk kegunaan Subway dan Bas di Seoul. Beli T-Money card dengan harga 2500W untuk setiap orang di 7Eleven, GS25, Family Mart. Top-up di machine yang disediakan di subway. T-Money refundable tapi perlu bayar 500w fee. Ada machine refundable di Subway. Jika baki dalam T-Money lebih 20,000W, pergi ke T-Money headquarters right outside Seoul Station, Exit #8 untuk dapatkan pulangan duit semula. Ataupun simpan untuk next trip sebab T-Money NEVER expires! Sila ripit Seoul cukupkan 4 musim!

TIP menggunakan T-Money;
1. Tap card di sensor setiap kali NAIK & TURUN bas; MASUK dan KELUAR subway. Kalau tak kena charge maksimum. 

2. Subway di Seoul seringkali perlukan anda transfer line. FREE up to 4 times.

3. Sesetengah teksi juga boleh dibayar guna T-Money. 

Berapa nak topup T-Money? Kami topup 30,000W seorang untuk 6 hari di Seoul. Minimum topup 1,000W. 




7. Bajet untuk WIFI atau SIMCARD

RENT POCKET Wifi - 8,800W setiap hari untuk servis 4G. Masa kami pergi ada diskaun. Jadi harga 7100W per day. Tapi kena caj 700,000W di card credit sebagai jaminan (banyak giler oiii). Reset  semula jika dipulangkan dalam keadaan elok dan sempurna. Yang ni kami tanya di airport. Nak murah sewa di sini. Sehari RM11.

Memandangkan kiteorang stay 10 hari maka option paling sesuai adalah EG SIM CARD. Harga untuk 1G SIMCARD Nano 34,900W. Lebih dari cukup untuk kegunaan 10hari. Memang perlu internet akses ni. Risau masa kat Jeju je.

Option lain adalan Public WiFi yang percuma di sekitar Seoul.



atau

Boleh pilih 4G Wifi Device (Korea Pick up).


8. Bajet Untuk Sewa Kereta di Jeju


1. Choose English. Daftar sebagai ahli untuk dapatkan diskaun up to 60%. Pilih kenderaan untuk disewa (kaiteorang ambik Kia Morning sebab 2 orang je). Pilih Gasoline. Pilih lokasi untuk ambil dan hantar kereta. Masukkan No. International Driving Permit, ni optional jer. Pilih insurance cover. Jika berlaku accident, tidak perlu susah hati kerana semua ditanggung car rental servis. Pilih English GPS. Kiteorang try emel mintak Portable WIFI tapi jawapan balas yang diterima servis tersebut sudah tiada. Setelah berjaya akan dapat reservation list seperti ini. Tiada sebarang caj dikenakan untuk reservation.




Sampai sana, ambil no giliran dan bawa reservation list ke kaunter. Bayaran boleh guna KAD KREDIT sahaja. Tak boleh cash. Masa ambil kereta, check kondisi kereta. Gas kene FULL TANK. Nanti kita pulang balik kereta pun kene FULL TANK. Harga Gasoline: 1645W per liter. Jangan lupa siapkan duit minyak sekali dalam bajet!


Cara mohon International Driving Permit
Pergi JPJ bawa
1 keping gambar passport
1 salinan IC,
1salinan lesen memandu yang tarikh luput lebih dari 1 tahun.

Isi borang yang diberi pegawai JPJ. Then ambil no giliran.
Pergi kaunter dan serah borang & dokumen berkaitan. Bayaran RM150 untuk tempoh sah (1) tahun.




9. Just nak share TIPS yang dikongsi suami semasa memandu di Jeju :

1. Left-hand drive
2. Selalu ingatkan diri sendiri untuk drive lorong KANAN
3. Di roundabout, ikut lawan arah jam
4. Highway exit selalu belah KANAN
5. Di highway, LORONG LAJU lorong PALING KIRI, lorong SLOW lorong paling KANAN
6. Banyak speed camera, cuba ikut had kelajuan. GPS akan bising suruh kita slow. 
7. Kalau nak suruh kereta belakang jalan dulu pasang hazard light. Kalau pasang lampu signal, kadang-kadang orang akan tunggu belakang kita sebab ingat kita nak masuk simpang


10. Kiblat & waktu solat di Jeju & Seoul
Waktu di Seoul 1 jam lebih awal dari Malaysia. Download apps Muslim Pro untuk Qibla & Waktu Solat.

Qiblat di Jeju 286 degree
Qiblat di Seoul 285 degree





11. Bekalan Makanan
Jangan lupa bawa makanan extra dari Malaysia macam Brahims, Maggi, Roti Gardenia, Sardin, Ikan bilis tempe dan sebagainya. Sebab Korea seperti Hong Kong tidak strict tentang makanan. Harga makanan di Korea bila convert memang mahal! Sekali sekala bolehla cuba makan makanan Korea. Jika di makan di restoren atau kedai, plain water akan diberi percuma. Jadi tak perlu order air lain. Setiap menu yang kita order akan disertakan sekali 3 atau 4 jenis side dishes. Salah satu yang wajib ada ialah KIMCHI si kubis jeruk  (kalau Malaysia kita kan ada budu, sambal belacan, cincalok). Hihi.


12. Persediaan Pakaian
Tengokla musim apa. Macam kami pergi dah late Autumn. Suhu cecah 10C. Dah le siap hujan berangin bagai. Kami pun jenis tak tahan sangat sejuk (Jari jemari siap pecah merekah menggerutu gitu) Jangan lupa bawa baju hujan (standby) dan pakai thermal wear. Sangat membantu mengekalkan haba badan dan mengurangkan kesejukkan. Thermal wear ada baju dan seluar (macam inner). Setakat ini KATHMANDU macam BEST! (Beli di Melbourne. Harga murah gile). UNIQLO thermal wear tidak membantu sangat. Masih juga kesejukan keketaran. GRRRRRR.


13. Jangan lupa bawa International Adapter

Benda terpenting nih. Korea guna 2-pin mata bulat seperti di bawah.


Kredit: Google


14. Beristinjak
Jangan lupa bawa wet tissue dan botol mineral kosong ke mana sahaja anda pergi. Siap2 letak dalam handbag. Senang untuk beristinjak.


15. Download Subwap APPS

Download Jihachul apps untuk subway. Senang nanti nak kemana-mana di sekitar Seoul.




16.  Breakdown Itinerary di Jeju *klik link di bawah if nak tahu details*

Lama juga kami study & research untuk dapatkan itinerary seperti di bawah ni. Selagi boleh tapau nak tapau semua tempat. Banyak sebenarnya tempat-tempat lain yang menarik di sekitar Jeju & Seoul. Tengoklah preference masing-masing. Misi trip ni nak tengok Autumn scenery tercapai di Nami Island & Mount Seoraksan. Alhamdulillah :D

Day 1 - INC Aiport -> GIMPO Airport -> JEJU International Aiport -> Checked-in Yeha Guest House

Day 2  - Patah balik pergi JEJU International Aiport -> Jeju Auto Car -> Suweolbong Peak -> O'Sulloc Tea House Museum -> Mount Sanbangsan -> Yongmeori Coast -> Tebing Curam Jusangjeolli -> Checked-in Jeju Hiking Inn

Day 3  - Cheonjiyeon Waterfall -> Saeseom Island Saeyeongyo Bridge -> Checked-out Jeju Hiking Inn -> Mount Hallasan (Yeongsil Trail) -> Oedolgae Rock -> Sangumburi Crater -> Checked-in Ilchulbong Tourist Hotel

Day 4  - Seongsan Sunrise Park -> Udo Island -> Manjanggul Cave -> Woljeongri Beach -> Checked-in Yeha Guest House

Day 5  - Yongduam Rock -> Mysterious Road -> Checked-out Yeha -> Jeju International Aiport -> GIMPO Airport -> Checked-in Namsan Guest House 3 (NGH3) -> Namsan Park & Tower -> Myeong-dong

17. Breakdown Itinerary di  Seoul

Day 6  - Checked-out NGH3 -> Nami Island -> Petite France -> Morning Calm Abreratum -> Gapyeong Bus Terminal -> SOKCHO -> Checked-in The House Hostel

Day 7  - Yeonggeumjeong Sunrise Pavillion -> Blue Bridge & Pink Bridge -> Abai Village -> Checked-out The House Hostel -> Mount Seoraksan National Park -> Checked-in NGH3 -> Myeong-dong

Day 8  - Everland -> Myeong-dong

Day 9  - Changdeokgung Palace -> Insa-dong -> Ssamziegil Mall -> Itaewon -> Seoul Grand Mosque -> Myeong-dong

Day 10  - Namdaemun Market -> E-Lengdang -> Ewha Women University -> Doota Mall Dongdaemun -> Dongdaemun Design Plaza (DDP) -> LED Rose Garden -> Seoul Lantern Festival -> Myeong-dong

Day 11  - Fly back to KL. Flight early in the morning.

Nota: Jangan lupa setiap tempat atau maklumat-maklumat penting print juga dalam bahasa Hangul. Senang nak tanya orang nanti, walaupun umpama bercakap ayam dengan itik. At least kita boleh bertanya kan!

TQ for reading.  Details tak details? Selamat bercuti ke Jeju & Seoul =)

Lots of love
Azyyati Liah

48 ulasan:

  1. wahh, bestnya. nice sharing. thanks for the tips. sgt berguna. In Shaa Allah, sy akan ke Seoul Mac thn dpn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ain,
      U'are welcome! Musim bunga! Selamat beronok-ronok di Seoul nanti =)

      Padam
  2. i like this entry much much much ahahha..
    lagi2 simkad tu.. kang menggagau tadak internet.. oklaaaa
    10 hari banyak tu mahal.. baik.. akan ku spare siap2.. cewah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti,
      Tau takpe. Simcard tu dah cara terakhir dah. Simcard paling mahal penah beli setakat nih. Nanges ceruk dinding. Sob.sob.sob.

      Padam
    2. agaklaaaaa.. memang mahal tramat sangat.. huurm.. belum decide apa yg trbaik ni.. tp kalo nak intrnet 24/7 mmg kena beli sim la kan..

      Padam
    3. Kalau Siti dan internet berpisah tiada, memang kena beli sim la nampaknya =)

      Padam
  3. Terima kasih untuk tips yang sangat detail! Spring in Seoul 2016 insya Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elle,
      U are welcome. Thanks for reading dear! =)

      Padam
  4. Nice sharing.. sy akn pegi awal mei ni. Pakaian apa yg sesuai dibawa ye? 1st time pegi ni..mohon tips. Byr kt agen rm3080 dewasa rm3030 kanak2 utk 6d 4n.. mahal ke murah tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Effa,
      Tq for reading =) Musim bunga lagi kan. Suasana tak panas dan tak sejuk sangat. Nyaman2 gitu. Masih bawah 20c. Kalau musim panas pun suhu antara 23c - 27c. Bawakla pakaian yang sesuai. Nak selamat bawak jugakla jaket tebal. Takut juga kalau diperlukan.

      Tak pastilah murah ke mahal tu. Pergi dengan agen senang kan. Tinggal kemas luggage je. Semua dah diuruskan. Cuma tempat dan masa terhad. 6H 4N tu lebih kurang 4 hari berjalan penuh. 2 hari untuk tempoh perjalanan. KUL ke Seoul lebih kurang 6 jam terbang. Sebab tu Azie memang suka travel sendiri dengan suami. Explore tempat2 yang kita sendiri nak..ikut masa dan waktu sendiri. Total bajet untuk kami berdua selama 11 hari (Jeju & Seoul) lebih kurang 3-4K seorang (tak termasuk shopping). Tapi kene buat banyak homework laaaaa untuk buat iti sebab nak pergi banyak tempat =)

      Btw selamat melancong ke Seoul and have fun! Seoul best.

      Padam
  5. Salam sis, mcm mn nk dptkn t-money & kupon percume tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dear,
      klik link kat atas tu & daftar sebagai ahli Korea Malaysia Tourism. T-money & kupon2 semua tu boleh redeem di Korea Malaysia Tourism. Nak redeem kena bawa IC dgn boarding pass.

      Padam
  6. Salam sis, ada buat insuran tak utk bercuti ke korea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dear,
      TAK. Jangan tiru plisss. Lebih selamat kalau ada insuran.

      Padam
  7. Salam sis. sy confuse tentang makanan yg boleh dibawa tu. sy nk p korea next year sbg backpacker. sy tak check in beg. so sy cuma bawak bagpack masuk kabin. adakah dibenarkan kalau nak bawa makanan spt sambal tumis ikan bilis, serunding, kari ayam segera (dalam tin tu) . boleh ke? sy confuse ni.

    BalasPadam
  8. tips2 yang sangat bermanfaat...terima kasih

    BalasPadam
  9. Kak nak tanya yg internet tu mcm mna ya nk buat x berapa faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Dekat airport selalu ada simkad untuk sewa. Boleh sewa kalau xnak beli

      Padam
    2. saya rasa better sewa wifi dari malaysia.. skrg rm12/day boleh kongsi 10org. WIYO.MY so far saya dah guna, service ok, unlimited

      Padam
  10. Salam Sis, Saya akan ke Korea Ogos ni utk satu projek besar yang akan launch di Malaysia Sept 2016 ni. Nampaknya info di blog sis ni banyak membantu sebagai panduan. Terima kasih dan halalkan yer segala info baik yang boleh manfaatkan saya sepanjang seminggu di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woww projek besar! Ada apa2 yang boleh kita kolaborasi. Heheh. Just kidding. Alhamdulillah. Sama2 kita mendapat manfaatnya. Ya saya halalkan. Enjoy Korea :)

      Padam
  11. Salam. Boleh try pergi ke Pyeongchang trout festival di Pyeongchang. Start pertengahan bulan 12 ke hujung bulan 1. Memancing ikan trout dibawah ais

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum klau trip ke korea pertengahan bulan mac 2017 cuaca mcmna ya?

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum klau trip ke korea pertengahan bulan mac 2017 cuaca mcmna ya?

    BalasPadam
  15. Assalamualaykum sis, tq for the info. :) accommodation you booked eralier in Malaysia or booked online while in Korea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Abaya Dubai,
      All accommodation i booked & paid earlier in Malaysia :)

      Padam
  16. Asalam sis. Saya akn pergi korea 25.11.16 ni. Da mula musim winter ke agaknya. Da boleh bw baju2 tebal la kn...

    BalasPadam
  17. Asalam sis. Saya akn pergi korea 25.11.16 ni. Da mula musim winter ke agaknya. Da boleh bw baju2 tebal la kn...

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah Islamic Traveller :)

      Padam
  19. TQ for info.. maknanya tak perlulah lama di Jeju ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are most welcome Cik Puan Nurul Afida :)

      Terpulang. Macam saya sebab nak pergi Seoul pulak. Kalau memang fokus pada Jeju boleh shj nak berlama-lamaan di sana. Jeju pulau yang sangat cantik, mendamaikan dan baaanyak sangat tempat menarik!

      Padam
  20. Google2 terjumpe blog ko azie...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah Adra ko nak pergi Korea ke?

      Padam
    2. InsyaAllah 1/4 ni...yeay alhamdulillah dpt greenlight dr abah aku...hehehe

      Padam
  21. wah thanks share tips yang best :)

    BalasPadam
  22. Sis! Car rental tue 102,100KRW total untuk 6 hari ke?

    BalasPadam
  23. sangat membantu. love it. :)

    BalasPadam
  24. Sis cmne nk tmbah luggage klu 20kg. Dab berapa?

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. Assalam nk tanya, susah x nk gerak dari guesthouse ke Incheon Airport kalau ambil flight pkul 9am?

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum Azzyati,
    Saya Puan Ayu. Terima kasih atas perkongsian.
    Boleh saya tahu sekiranya saya kesana seramai 6 orang (3 Adult, 3 child umur 5 tahun ke 10 tahun), kalau saya sewa kereta 5 seater shj ok ker? atau compulsory utk sewa MPV 7 seater?

    Terima kasih

    BalasPadam
  28. Salam Azzyati, terima kasih atas info yang best ini. Memang details betul. Dalam 4 musim di Korea Selatan, Azzyati paling minat musim mana?

    BalasPadam