Rabu, 4 November 2015
Annyeong haseyo 안녕하세요
Hello!
Wah sedar tak sedar dah masuk hari kelima di Pulau Jeju. Rasa macam lama. Tapi tak cukup gak sebenarnya. Banyak lagi tempat tak cover. Macam Teddy Bear Muzium, Hallim Park, Play Kpop, Jungmun Duty Free, Glass Castle, pantai-pantai lain yang ada di Jeju ni tak sempat lagi nak pi. Tengahari ni dah nak balik ke Seoul. Banyak sangat tempat-tempat best kat Jeju nih. Nampak gaya macam kene ripit kan?
Harini pulang kereta jam 10am. Maknanya ada masa lagi nak merayap. Lepas breakfast ingat nak merayap pergi cari batu berkepala naga yang selalu menjadi sebutan pelancong. Alah yang nama Yongduam Rock tu.
Harini pulang kereta jam 10am. Maknanya ada masa lagi nak merayap. Lepas breakfast ingat nak merayap pergi cari batu berkepala naga yang selalu menjadi sebutan pelancong. Alah yang nama Yongduam Rock tu.
Yongduam (yong = naga, du = kepala, am = karang). Terletak di bahagian Utara Pulau Jeju. Maknanya takjauh dari Yeha GH dan Jeju airport. No GPS: 7283918. Masuk percuma. Tempat ini dibuka 24 jam tak kira masa. Jadi terpulanglah mahu datang siang atau malam.
Bentuk kepala naga ni terjadi dari hakisan angin kencang dan hempasan ombak yang kuat sejak 2 juta tahun dulu. Sehinggala bentuknya serupa seolah-olah kepala naga. Setiap tempat pelancongan di Jeju mesti ada sejarah atau lagenda di sebaliknya. Samalah macam Yongduam ni. Katanya ada seekor naga mencuri jade hijau beharga dari Gunung Hallasan. Malangnya dipanah dewa si penjaga gunung dan terhempas di Yongduam. Separuh tubuhnya tenggelam. Yang tinggal kepala naga yang mengeras membeku sedang memandang langit.
Inilah Yongduam Rock dari dekat =) |
Dari kejauhan. Nampak ke kepala naga ituu? ke nampak kepala Azyyati Liah sahaja? Muehehe. |
Cahaya matahari naik. Makin tak nampak kepala naga itu. Yang dapat 2 kepala manusia. |
Kedai souvenier di Yongduam. Menarik tertarik sangat. Rugi pulak tak beli batu gunung berapi ni. Boleh jugak buat sental-sental badan. |
Selesai jengah Yongduam, rasa macam sempat lagi nak cover Mysterious Road. Mysterious Road di Utara Jeju juga. Hanya 7km sahaja dari Jeju Airport. No GPS: 7428866
Budak-budak ni baru nak pi sekolah. |
Sampai sini, haruslah buat eksperimen kan. Dari tempat mula, letak gear 'N'. Jangan lupa pasang hazard light. Memang kereta bergerak ke hadapan dengan sendiri dan berhenti di tanda 'The Last Stop'. Kata suami memangla gerak sebab kedudukan geografi jalan ni nampak seolah menuruni bukit. Huhuhu. Tapi orang kata jalan ni naik bukit.
Kiteorang try 2 kali. Memang hasilnya tetap sama la kan. Masa cubaan kali ke-2 jalan ni dah dipenuhi orang ramai. Eh-eh-eh ramai pulak yang sedang merekod video cubaan dan eksperimen dengan kereta kecil warna merah ni. Kelakor pulak rasa. Kiri kanan jalan penuh orang sedang rekod video dan tengok kereta bergerak sendiri. Miahahaha. Bus pelancong juga mula memenuhi jalan ni. Dan melakukan eksperimen yang sama. Bus pun kene rekod sekali.
Tempat mula: Kereta warna putih dalam gambar. |
Ada juga yang buat eksperimen letak botol air. Eh taknak bergolek pulak dia. Berhantulah jalan ni!
Informasi mengenai Mysterious Road. Katanya teksi yang membawa pengantin baru yang discover jalan ni. |
Bila berada di sini teringat satu jalan rata di Sabah. Seakan-akan begini. Tapi keretanya bergerak ke belakang seolah-olah ditarik sesuatu. Orang kata disebabkan graviti. Tak sempat ke jalan tu masa Sabah Road Trip 2011.
Then kami nampak Jeju Loveland Museum. Masa ada sejam lagi sebelum jam 10am. Tapi suami taknak masuk. Jadi, kiteorang balik Yeha GH untuk check-out dan terus ke Jeju Auto House untuk pulang kereta. Sebelum pulang kereta, isi minyak kasi penuh dulu. Walaupun pulang sejam awal, tiada refund ya untuk ituuu.
Flight sepatutnya jam 12.20 tengahari tapi ditunda 1 jam berikutnya. Dah delay tu kita makan dulu Shrimp Burger LOTERIA dan shopping di JDC Duty Free. Shopping di Innisfree la kan. Mana lagi. Rupanya harga di Duty Free lebih murah dari Innisfree Jeju House. Tu yang menjadi-jadi tu. Sempatlah ambik beberapa order.
Alhadulillah selamat touchdown GIMPO Airport jam 2.30PM.
|
Let's begin our journey to the Seoul, Soul of Asia!
Cantik nye pemandangan disana...akak tompang tgk jelah...huhuhu
BalasPadam