Review Kuvings Whole Slow Juicer Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sejak ada permainan baru di dapur, makin rajinla saya masuk ke dapur. Mehla nak perkenalkan permainan baru saya. Memperkenalkan...Si Merah Kuvings. Jomlah kita tengok bagus ke Kuvings Whole Slow Juicer ni? Kita review sikit.


Kuvings Whole Slow Juicer (Big Mouth Innovation) 


Pernah dengar slow juicer? Orang dah berzaman agaknya dengar kita baru je tahun lepas tahu kewujudan alat yang ohsem ni. Masa tu tak tahu ada Kuvings slow juicer. Hanya kenal Hurom slow juicer sahaja. Sejak dari itu berazam nak beli Hurom dan letak di dapur sendiri. Sebelum ni memang kerap beli jus segar yang dibotolkan dari kedai-kedai online. Dan harganya boleh tahan. Untuk 300-500ml harga RM10 ke atas. No wonder!


Lepas consult dengan seseorang yang amat sukakan gadget di dapur (you know who you are!), dia mencadangkan KUVINGS. Masa tu first time dengar nama ini. Then bermula aktiviti berkenalan dengan Kuvings Malaysia. Rupanya products of Korea juga. Yang best Kuvings ni, ada inovasi baru,  tak perlu potong buah sampai kecil. Amat sesuaila untuk iols yang malas memotong ni =P. Epal tu terus masukkan sebijik ke dalam juicer. Begitu juga lobak, oren, lemon, saleri dan lain-lain buah yang bersesuaian. Refer gambar pada kotak dan video di bawah. Wah! to me ini sangat BRILLIANT! Serious tersangat BEST! Cepat siapla kerja-kerja juicing tanpa kerja potong-memotong. 


Maka terus berpaling tadah dari Hurom kepada Kuvings. Muehehe. Mana yang best? Kuvings vs Hurom? Nak buat comparision antara kedua-duanya sekarang ni tak boleh sebab tak pernah guna Hurom. My sister beli Hurom. Insha Allah ada masa nanti kita buat comparison between the two juicer okeeeey. 


Free Gift beli Kuvings:
1. Kuvings Dessert Makers
2. Kuvings Trolley
3. Kuvings Pulp Mesh

Ok dipendekkan cerita, akhirnya diizinkan Allah untuk dapatkan slow juicer selepas setahun mengidam. Terima kasih encik suami kerana menjayakannya! Itupun setelah keep on sharing video-video juicing yang ohsem dari Youtube. Macam best-best je kan. Tambah pulak Prof Muhaya pun guna slow juicer untuk slot masakan sihat dengan Dr Hajar tu, lantas membuatkan hati si suami tertawan dan terbuka hati. 



Kuvings Juicer easy peasy to assemble, use, disassemble and clean!



Slow juicer berbeza dengan blender. Perbezaannya ketara dari segi vitamin dan khasiat jus itu sendiri. Jus yang terhasil adalah 100% dari buah dan sayuran itu sendiri. Tak perlu tambah air! Takperlu gula! Pastinya jus buah dan sayur ni lebih enak dan paling penting berkhasiat.



Sebelum 

Selepas. Ohsem weh. Sedaaaaaap!


Slow juicer ekstrak air dan nutrisi dari buah/sayur dengan cara asingkan serat. Serat ni fiber sebenarnya. Jadi usus tak perlu bekerja keras untuk menyerap zat dan nutrisi daripada buah. Jadi, badan lebih mudah serap nutrisi dengan jumlah yang lebih banyak dan optimum. Jadi, memang sesuailah untuk orang-orang yang mempunyai masalah pencernaan atau pun sistem pencernaan yang sensitif.




Kuvings Slow Juicer



Paling best sebenarnya untuk ekstrak jus dari sayuran. Kalau takde alat ni kene blendla kan. Macam 'yuck' aje nak makan sayur kubis purple yang diblend ataupun bayam blend. Bila guna slow juicer bolehla dapat jusnya. Untuk orang-orang yang suka detoks haaaaa, slow juicer ni memang berguna untuk uols! Bolehla detoks hari-hari. Lama-lama kulit makin floles dan badan makin kurus. Kalau kena denggi, bolehla nak ekstrak pucuk betik bolehla kot. Oh-oh-oh sangat sesuai untuk ibu berpantang dan ibu menyusu. Bolehla juicing sayur hari-hari untuk tambah susu.




Apples and tomatoes


Dari segi harga pula, semestinya juicer lebih mahal dari blender. Harga Hurom dan harga Kuvings RM2K ke atas. Sebenarnya ada banyak brand slow juicer di Malaysia. Range harga juga berbeza-beza. Ada yang murah sampailah yang paling mahal RM6000+ pun ada. Tujuannya sama untuk ekstrak jus jugak. Jadi ikutla bajet masing-masing =)


Siapa yang dah ada slow juicer? High-five sikit. Korang beli brand apa? Dah guna berapa lama? So far best tak? Jom kita tukar-tukar resepi. Lupa nak inform. If u guys berminat dengan Kuvings boleh sentiasa check harga di SINI.


Kalau yang takda lagi, meh nak belanja video ni. 





Amacam?

Ok tak Kuvings ni?
.
.
.
.
.


Happy juicing!


Signing off

11 ulasan:

  1. Bestnya kalau ada juga slow juicer ni...nak buat jus pun senang kan dik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sangat teramat senang! Tak sia2 labur duit beli Kuvings ^_^

      Padam
  2. Wahh memang bagus...tapi lepas buat boleh tak malas nk basuh..kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhahahaha. Memang itu part paling malas sekali! Mula2 tu rasa macam lama gile habiskan masa untuk mencuci. Lama2 expert. Eh dah siap basuh! =p

      Padam
  3. Balasan
    1. Yusfa,
      Kuvings ni beli di Harvey Norman. Ada promo masa tu.

      Padam
  4. Saya beli brand NUC di laman http://m.11street.my/productdetail/100-genuine-nuc-kuvings-whole-slow-juicer-wsj-962k-15465151..100% sama.dgn kuvings.Harga lagi murah..direct kurier dari korea..ada custom tax RM160

    BalasPadam
  5. Saya beli brand NUC di laman http://m.11street.my/productdetail/100-genuine-nuc-kuvings-whole-slow-juicer-wsj-962k-15465151..100% sama.dgn kuvings.Harga lagi murah..direct kurier dari korea..ada custom tax RM160

    BalasPadam
  6. Cold press juice is just predominant quality. The nature of this juice is apparent in both taste and shading. Mike pius

    BalasPadam
  7. Having beet root juice when you are pregnant will help boost your energy. It will give you the necessary strength needed as your pregnancy progresses. Beet root juice is loaded with iron, so consuming this juice will help avoid any conditions of anemia. Celery juice side effects

    BalasPadam