Jeju Road Trip Nov 2015 : Day 3.3 Oedolgae Yang Kesepian dan Keindahan Sangumburi Crater


Breath taking Oedolgae I must say. Pronounced way-duhl-gay bermaksud Batu Kesepian, 'Lonely Rock'. Ada yang panggil 'Grandmother's Rock'. Oedolgae merupakan batuan gergasi setinggi 20m yang muncul dari laut oleh letusan gunung berapi 1.5 juta tahun dulu. Disebakan pemandangan di sini magnificent sangat, maka ia pernah menjadi lokasi Drama Korea "Daejangguem" tahun 2003. Siapa tengok? Katanya sejak itu tempat ini popular dan menjadi tarikan utama pelancong.


Kod GPS Oedolgae : 760-3033
Harga tiket : PERCUMA


Tempat ini masuk percuma dan sepatutnya parking tidak berbayar. Tapi ada ahjumma yang datang collect duit parking. Harga parking 1,000W.  Maybe sebab kiteorang parking tepi tangga nak turun ke Oedolgae. Tak perasan kat mana public parking. Katanya ada lebih kurang 100 parking spaces.

Yang tak bestnya kene turun anak tangga dan berjalan lagi. Kesian betul kat kaki. Terkejut dia. Turun tak kisah sangat. Duk risau nak mendaki balik nanti. Nak lihat Oedolgae perlu turun ke bawah lebih kurang 50 anak tangga (dalam 250m) dan berjalan di laluan yang disediakan untuk melihat view ini. Ada 2 pilihan laluan; kiri atau ke kanan. Kiri akan dapat view seperti ini. Laluan kanan paling happening dan mungkin nampak lebih jelas batu ini. Bolehla kalau nak selfie dengan Oedolgae. Selesai menjamu mata dengan view di bawah ini, ajak suami ke side sebelah. Kata suami, baik lepak sini lama sikit. Mana-mana side pun ia tetap seketul batu. Pffffttttt! Ok bos.


Nyaman dan tenang suasana di sini. Ada bangku disediakan. Bolehla layan bayu laut saambil minum susu pisang


Gambar "We were here" la sangat. Kikiki.

Panoramic View of Oedolgae Rock

Selesai melihat keunggulan Oedolgae kita pergi tengok keindahan Sangumburi Crater pulak. Katanya, San bermaksud gunung. Gumburi bermaksud kawah berapi. Lokasi ini tiada dalam itinerary pun. Kami pergi sebab ada lebihan masa. Lagipun tak jauh mana. Dalam perjalanan kami nampak Jeju Orange. Apa ada di dalam? Mungkin ladang limau atau kilang coklat?! Baru tahu rupanya musim luruh dan sejuk adalah waktu terbaik untuk tanam limau ni. Patutlah kiri kanan jalan banyak ladang limau yang buahnya besar dan gebu. Seronok jugak kalau ada Jeju Orange Festival. Pasti ada aktiviti petik buah limau. Teringin pulak nak rasa limau Pulau Jeju ni. Ada di jual di tepi-tepi jalan. Selonggok harga 3,000W. Nak beli risau dapat yang masam. 






Tak lama lepas tu sampailah di Sangumburi Crater The Volcanic Crater ataupun Kawah Gunung Berapi. Parking lot banyak disediakan. Sampai sini lebih kurang jam 3.15PM. Tak tunggu lama beratur beli tiket. Tertanya-tanya apa  yang indah sangat di Sangumburi? Jom usha apa yang menarik.


Kod GPS Sangumburi Crater : 783-9900
Harga tiket : 6,000W per person
Waktu operasi Nov-Feb : 09:00-17:00


Untuk sampai ke kawah area, perlu berjalan melalui Taman Sangumburi dengan melalui pintu "Glorious Phoenix Gate". Bersebelahan dengan pintu gerbang ada batu lama yang familiar di sekitar Jeju (macam di Cheonjiyoen). Rupanya ia dipanggil Harubang ( 돌하르방 ). Harubang dialek Jeju-do bermaksud 'datuk'. Boleh kata semua tempat di Jeju pasti ada Harubang ini. Di Odolgae tadi pun ada. Dia ada di pintu masuk (kalau zaman dulu kampung dan pagar kubu). Tujuan untuk menangkis roh-roh jahat dan melindungi rakyat. Oh begituuu.

Rumah yang dibuat daripada batu-batuan gunung berapi. Unik kan. 
Batu-batu gunung berapi kebiasannya bewarna hitam. 
Nampak macam grey-grey gitu bila disinari cahaya matahari.

Tiba-tiba rasa seperti pergi honeymoon! 
Yes, kita patut datang honeymoon kat sini dulu. Hehe.

Tempat ini TERSANGAT cantik. Sooooo breathtaking eoksae (억새) view hokeyy! Eoksae tu nama Korea untuk "silver grass". Ketika autumn boleh lihat lautan 'silver grass' yang setinggi manusia ni melambai-lambai beralun ditiup angin. You get to feeeeeel the wind!!!! Masha Allah. So calm and serene. Memang indah!

Kena datang sini baru tau macamana bestnyer tempat ni. Yang dah pernah sampai sini high-five sikit! Pendapat kita sama!!!! Serious, ia tempat wajib datang jika anda ke Jeju. Put Sangumburi as your priority list! Rasa bersyukur sebab Allah gerakkan hati dan minda untuk ke sini. Lapang fikiran. Melihat kebesaran Tuhan. No wonder Sangumburi Crater is a filming site for drama ‘’Love Wind, Love Song” and “Goddess of Marriage”. Ada tengok?



Korea panggil Eoksae, Melayu panggil bunga lalang. 
Di Korea lalang pun nampak cantik!!!

Fantasia bulan maduuuuu

Tak cukup dengan sekeping gambar lalang.

And guess what? Mendaki lagi. Haih semua tempat di Jeju kene mendaki. But no worries. Sangumburi Crater merupakan kawah yang tak cerun sangat. Ia mengambil masa yang singkat untuk sampai ke tanah rata di atas. Ini kawah yang paling mudah didaki di Jeju. Di atas nanti bolehla menjamu mata sepuasnya dengan panorama 360 yang saaaaangat cantik, ohsem & magnificent! Taktahu dah nak describe camne the beauty of Sangumburi.


Boleh nampak Mount Hallasan dari sini

Eh ada buaian kat atas ni 

Tempat yang sama seperti gambar atas. Ini pemandangan hadapan. 
Kawah dia macam bukan kawah gunung berapi! Kerana dipenuhi dengan pokok-pokok yang subur. Nampak macam kolam taman botani yang besar seluas stadium!! 
Ukur lilit 2km! 650m lebar dan 100m dalam.

Cuaca terik! Tapi sejuk. 

Batu asas Sangumburi. Alhamdulillah sampai la juga kami di sini. 

Miss this magical place so muccchh!

Nampak tak si rusa di sinun? Ada lagenda tentangnya. 

Ancient grave. 


Damai


Inilah dia hikmahnya balik awal dari Hallasan =_= 

Sayang nak tinggalkan Sangumburi yang indah. Tapi road trip perlu diteruskan. Kene sampai Ilchulbong sebelum malam. Petangnya alas perut dengan TimTam lagi dan susu pisang. Serious taktahu nak cari makan kat mana. Stok makanan kudap-kudap pulak semua dah habis licin. Plan nanti nak dinner di Ilchulbong. Then kiteorang terus ke Ilchulbong Tourist Hotel di Ilchulbong untuk bermalam di sana. Dalam perjalanan nampak banyak air turbine!


Autumn ni banyak betul pokok lalang setinggi manusia menghiasi tepi-tepi jalan Jeju. Menyebakan landskap Jeju bertambah indah menawan!

Checked-in Ilchulbong Tourist Hotel. The view from our room. Seongsan Ilculbong Tuff Cone! Masha-Allah so beautiful! Walaupun tak habis explore tapi dah terasa percutian ke Jeju sangat berbaloi-baloi!

Kredit: Mr Google


Norwegian Grilled Mackerel


Inilah rupa dinner. Restoren muslim friendly. Hanya served seafood and vege. No meat used. Alhamdulillah, harini first time makan luar. First time juga rasa Kimchi si kubis jeruk originally from South Korea. Honestly pertama kali juga kami makan Korean food.  Sedap ke? Kalau tengok mackerel grilled ni kosong camtu je takde rempah ratus pun. Isi fresh ofcosla sedap. Side dishes yang lain tu no komen. Yang hitam tu terung jeruk. Bawah kimchi tu, jeruk lobak putih. Ada bawang besar jeruk (tak rasa pun). Dan fish cake. Bolehla makan untuk alas perut. Harga satu set ni 15,000W. Tambah 1,000W untuk 2 mangkuk nasi. Jumlah keseluruhan hampir RM60! 

Balik dinner mengada-ngada pergi cari Seopjikoji Beach. Berjaya sampai, tapi gelap tak nampak apa. Orang pun takda. LOL. Ingat kot ada lampu spotlight ke kan. Pasrah jerla. Balik hotel tidur awal. Esok lepas subuh nak mendaki lagi. Mendaki Seongsan Ilchulbong Tuff Cone untuk lihat matahari naik dari ufuk timur. Kaki oh kaki...plis be nice to me, plissss.

Sweet dreams!

2 ulasan:

  1. erkkk nampak pun mcm x menyelerakan hidangan dia...tapi depa memang mkn mcm nie kan...depa mementingkan rasa asli tu kan? hihihi kalo akak sure rindu sambal ikan bilis...

    BalasPadam
  2. as slm..cik boleh tanya apa nama restoran yg cik dinner di illchubong tu

    BalasPadam