Jeju Road Trip Nov 2015 : Day 4 Melihat Matahari Terbit di Seongsan Ilchulbong Tuff Cone


Selasa, 3 November 2015

Annyeong haseyo 안녕하세요
Hello!


Dah masuk hari ke-4 di Pulau Jeju. Belum nak balik lagi. Harini kita nak melihat matahari terbit di Seongsan Ilchulbong Tuff Cone. Orang kata kalau pergi Jeju tak melawat Ilchulbong ni tak sah. Sebab ia tempat ini diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang diiktiraf UNESCO! Menjadikan ia tempat wajib pergi jika ke Jeju.


Tak jauh pun dari hotel. Lepas Subuh breakfast jup. Sejuk-sejuk memang nikmat sangat dapat minum air panas. Bancuh teh tarik Ali Cafe dan makan biskut cicah air. Sempoi je. Then terus ke Seongsan Ilchulbong Sunrise Peak. Hari masih gelap. Tapi banyak ok kenderaan di parking spaces ni. Ingat takda orang. Ramai betul orang nak mendaki di Subuh hari! Ambil gambar tapi tak nampak apa. 

Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak) - UNESCO World Heritage

Ketinggian Seongsan Ilchulbong ini adalah 182m. Mula-mula mendaki, anda akan jumpa laluan berbatu dari batu-batuan gunung berapi, kemudian laluan bertangga lebar, kemudian laluan bertangga sempit yang curam. Toleh kiri kanan, lelaki dan perempuan macam-macam umur dari pelbagai bangsa datang mendaki gelap-gelap nih. Boleh dengar bunyi orang mengah-mengah semput naik tangga curam. LOL. Walaupun sejuk tapi berfeluh wei kalau dah mendaki anak tangga curam macamnih! Kenapalah semua tempat di Jeju ni bertangga dan tempat menariknya semua tinggi-tinggi belaka. Memang terbakar semua lemak dan kalori macam nih. Rasa macam berat badan makin susut, peha makin kecik. 



6.15AM kami start naik, dalam 6.35AM kami sampai di puncak. Sampai di atas memang ramai pelancong yang dah siap tunggu di atas ni. Cukup meriah. Lagi ohsem, atas ni dah siap sedia platform dan bangku panjang yang cukup banyak untuk tengok matahari terbit. Bila duduk ramai-ramai begini, teringat pulak suasana macam di Philip Island Victoria setahun yang lepas. Ramai-ramai tunggu depan laut sejuk gigil-gigil nak tengok penguin naik ke pantai. Memori. Memori itu datang kembali. LOL. Setahun kemudian, di Pulau Jeju pulak, ramai-ramai tunggu melihat matahari naik dari ufuk timur. 


Crowd yang ramai

Tak lama kemudian, cahaya kuning-kuning mula muncul. Crowd dah mula eksaited. Masing-masing meluahkan perasaan dan kekaguman mereka tu dalam bahasa masing-masing. Ada yang hentak-hentak kaki naik syeikh ke apa. Expression masing-masing berbeza tapi maksudnya satu. TERPEGUN & KAGUM. Masing-masing mula keluar camera. Selfie stick digunakan secara meluas oleh pelancong di sekitar Jeju. Snap sana sini. Selfie. Mencari shot terbaik untuk disimpan sebagai kenangan. 

Matahari terbit dengan perlahan-lahan. Meremang sekejup bulu roma melihat kejadian Allah yang satu ni. Rasa sebak dan beremosi sekejup. Rasa macam nak menangis pun ada. Satu, sebab rasa bersyukur Tuhan izinkan dan beri peluang ini. First time ni tengok matahari terbit. So jakun sikit. 


Camera fon je ni. Nampak kecik je matahari. 
Tapi realitinya besar tau!
Kalau pergi Jeju, korang mesti datang sini dan feel sendiri.


Kiteorang pun nak selfie jugak di Jeju Sunrise Peak. Tak dapat dinafikan ia tempat menarik di Jeju.


Panoramic view. Dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitaqnya menjadikan kawah ni kelihatan macam mahkota semulajadi yang menarik.


Seongsan Ilchulbong terletak di paling hujung bahagian Timur Pulau Jeju. Pemandangan di atas ini cukup istimewa. Dikelilingi oleh kira-kira batuan semulajadi di keleliling. Di tengah-tengah nampak seperti padang rumput berbentuk mangkuk yang besar. Keluasan 99,000 meter persegi. Camne puncak ni dapat nama? Seongsan bermaksud sebuah gunung berbentuk istana dan Ilchulbong merupakan puncak dari mana matahari terbit dengan indah sekali. 


Pulau Jeju tersenarai dalam senarai New 7 Wonders of Nature!


Seongsan Ilchulbong terbentuk daripada letupan gunung berapi di bawah air 5,000 tahun dulu. Merupakan salah satu zon kecil gunung berapi (oreum) yang bertaburan di sekitar pulau 

Pemandangan Seongsan Village masa nak turun semula

Nampak indah Seongsan Village


Tempat bersambungan


Spam. Sambil merehatkan kaki.

Matahari yang mula menampakkan sinarnya. 
Harini cuaca yang cerah dan langit membiru

Selain lihat matahari terbit, ada lagi aktivit lain yang best boleh dibuat di sini. 
Antaranya menunggang kuda, boating dan melihat persembahan women diver


Explore selagi boleh. Sejam dua memang tak cukup

Padang rumput

Sampaila kami turun bawah nak kelaur, kaunter tiket masih tak bukak lagi.
So kami masuk FOC! Muahahahaha

View from our room window

Kod GPS: 783-0959
Harga tiket: 2,000W per person
Waktu operasi: 1 jam sebelum terbit matahari


Balik Ilchulbong Tourist Hotel. Checked-out dan lepas ni kita nak explore pulau misteri yang diberi nama Udo-Island! Pulau kecil di Pulau Jeju. Pernah dengar? Totally in love with Jeju. 


3 ulasan: