#16 Australia 2014 : Day 5 Part 4 | The Royal Botanic Gardens, Melbourne


Assalamualaikum


I'm back from Bangkok. Tak sangka Bangkok super duper ohsem. Bangkok tak pernah ada dalam senarai tempat yang teringin nak pergi. Hihi. Lain yang saya bayangkan, lain yang saya dapat. Ok cerita Bangkok kemudian ye. Sekarang misi kita habiskan dulu cerita Melbourne. Jom sambung episod jalan-jalan Melbourne!

Cerita ini bersambung dari sini [ Day 5 Part 3 ] 



Lokasi kita hari ini ialah Royal Botanic Gardens (RBG)  yang terletak di Birdwood Avenue, Melbourne. Jaraknya lebih kurang 2km dari Melbourne CBD. RBG berdekatan aje dengan Shrine of Remembrance. Jalan kaki sahaja sampai. Keluasan RGB 38 hektar. Cukup luas kan. Ada lebih 10,000 jenis spesies tanaman yang ada di taman ni. Memang cantik dan PELIKS sangat pokok di sini. UNIK.




FYI, ada Melbourne Visitor Shuttle juga tau. Visitor shuttle ni berhenti di The Royal Botanic Gardens Melbourne. Shuttle ni memang ronda Melbourne setiap 30 minit dari 9.30am - 4.30pm setiap hari. Atau pun korang boleh bayar 5AUD untuk bus hop on hop off. Salah satu hentian ialah Stop 13 di Botanic Gardens.


Dari Shrine jom kita ke Royal Botanic Gardens 



Ternampak Jardin Tan ni masa nak ke The Royal Botanic Gardens. Ingatkan tempat apa. Rupanya Viatnamese Cafe. Cun juga landskap cafe ni. Menarik. Opssss tapi tidak halal. Ia tutup jam 4.00pm. Lupakan Jardin Tan, misi kita nak ke taman-taman indah! Jadi mari kita teruskan perjalanan.

Ini Children's Garden

Sekali tengok macam kaktus kan. Tapi bukan tau. Pelik pulak pokok ni. Keripu-keriput gitu

Cantik-cantik-cantik tempat ni.




Selama berjalan-jalan di dalam Royal Botanic Gardens ni, MasyaAllah, I'm in awe, every second, every moment. I don't know how to describe it in words. Yang penting I enjoy the beauty that created by Him. Ada serenity lake and swan. Ohh myyyy.. namun apakan daya hari dah beraunsur petang, senja pulak nak datang berlabuh sebelum datang bulan dan bintang. 


Sorry tak banyak gambar nak share with u guys. Masa ni RGB pun dah lengang, kami tak jumpa orang pun. Risau pulak kalau semua gate ditutup dan terperangkap pulak kitaorang kat dalam ni. Camne nak minta tolong. Nyamuk dah mula terbang gesek kaki keliling telinga. FYI, RGB ini banyak gate-gate keluar. Masuk gate lain, keluar gate lain. Kami ni pun berjalan ikut kaki melangkah sampailah jumpa gate keluar. Yes, akhirnya kami nampak gate keluar tapi dah berkunci! Tapi-tapi-tapi mujurlah ada lorong kecil kat celah-celah pokok tu untuk kami keluar. Phewww! Lega.


Kami pun tak sure gate mana kami keluar. Yang kami tahu our next destination is Melbourne Madinah untuk solat Maghrib dan Isyak. Bila check google maps ia terletak di 47 City Road, Southbank Victoria. Jauh juga nak menapak ni dalam 1.5km dari tempat keluar. Cuaca dah gelap sepenuhnya. Tapi kawasan sekitar meriah dengan lampu-lampu jalan. Sepanjang kami jalan tepi RGB untuk ke jalan besar, kami selisih dengan orang yang sedang berjogging, sedang bersiar-siar bawa anjing. Tengok kaki masing-masing kecik gile. I is jeles! 2 kali peha depa baru sama dengan paha saya! 


Sepanjang jalan kami jumpa tower yang macam mini Eiffel Tower. Ada tram cafe di sini. Kalau nak fefeling lepak-lepak makan-makan dalam tram bolehlah cuba di sini. Tapi tak pasti halal ke tak. So sila checkidout dulu sebelum order yer.




Tram Cafe



Kalau ada banyak masa, bolehla tengok 'The Greatest Show On Earth' katanya. Kami nak kejar masa, jadi memang takda harapan nak tengok. Jadi, lupakan show dan teruskan berjalan kaki menyusuri Yarra River. Meriaaaah sangat di waktu malam. Penuh dengan pelancong dan orang tempatan. Maklumlah esoknya Sabtu, malam minggu katakan. 

1.5km menapak dari Royal Botanic Gardens ke Melbourne Madinah

Lokasi : 47 City Road, Southbank Victoria
Ruang solat lelaki

Sampai je sini lega sangat. Bolehla rehatkan tapak kaki ni. Betis, paha dah rasa kebas. Rasa nak tercabut tapak kaki dah. Kalau dapat rendam kaki dalam air panas, hiris-hiris lemon sikit, perrhh sedap gila nih! Tapi dalam mimpi je la ye. Alhamdulillah, dapat menunaikan solat di sini. Tempat solat yang sangat sempurna. Bilik air bersih. Ada pantry. Tempat solat wanita di tingkat atas. Sesiapa pun boleh datang solat di sini. Ada bahan-bahan bacaan. Ada sofa jugak. Bolehla baring-baring membetulkan tulang belikat yang dah bersimpul ni. Elyn kata bulan Ramadhan mereka datang berbuka puasa di sini ramai-ramai. Teringin juga bermusafir di bulan Ramadhan. 


Dah selesai solat nak isi perut pulak. Nak makan di ES TELER 77. Tutup pulak.  Pergi RESTOREN NELAYAN, tinggal saki baki je. Ish perut lapar krok, krok dah ni. Mana selera nak makan saki baki. Hihi. Kebanyakkan restoren dah tutup jam 9 malam. Dah penat pusing-pusing kami akhirnya nak cuba ke BLOK M. Restauren Indonesia. Sebelum tu tapau dulu SAN CHURRO. 



3 batang 8.95AUD gitu. Mahal gilos! Dapatla rasa sebatang sorang. Hihi. Buat alas perut. Memang sedap! Tak puas makan :(



Ini la menu yang kami order di Blok M. Atas tu Lele Bakar. Bawah Bontot Bakar. Sedap sampai nak nangis je bila makan ni. Jadi jika ke Melbourne jangan lupa try makan di Blok M tau!


Sampai rumah packing barang, on heater, selimut dan tidur. Esok mahu pulang ke Malaysia. Kami call STARBUS untuk pick up di Parkville dan hantar kami ke Tullamarine Airport. Charge yang dikenakan 20AUD per person. Kami tak mahu episod berlari di HongKong berulang kembali. Cukup-cukupla sekali tu. Jadikan itu pengajaran. Hahaha. 


Kesimpulannya trip Melbourne ni memang trip paling best dalam hidup saya setakat ni. Betullah orang kata banyak berjalan luas pemandangan. Bermusafir untuk mencari keindahan alam ciptaan-Nya yang tiada di negara tercinta. Terima kasih juga kerana sudi baca catatan perjalanan yang tak seberapa ni, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan.  


Bye - bye Melbourne, u'll be missed!



AL-TAMMAT.

6 ulasan:

  1. cantik-cantik gambar.. tetiba rasa macam nak ke sana jugak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ros Reeza,
      Terima kasih Ros sebab tempat ni dah memang sedia cantik pun =)
      Azie doakan moga Ros ada rezeki ke sana juga

      Padam
  2. Alhamdulillah... Dpt hbis baca.. Dlm perancangan utk ke sn.... Cari2 jumpa blog sis... Mmg menambah keterujaan dan mmg penuh info... Rs nk lompat2 sbb suka dpt info best cam nie...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Dpt hbis baca.. Dlm perancangan utk ke sn.... Cari2 jumpa blog sis... Mmg menambah keterujaan dan mmg penuh info... Rs nk lompat2 sbb suka dpt info best cam nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. MasyaAllah terima kasih dear. Moga sama-sama dapat manfaatnya :D

      Padam
  4. Finally habis baca tentang Trip Melbourne ni. Sangat membantu. Terima kasih ye! :-)

    BalasPadam